ANTARA ANWAR, MANDELA DAN HITLER

Friday, June 26, 2009


Oleh: Mohamad Radzzi

Nelson Mandela di penjarakan selama 26 tahun. Setelah di bebaskan, Mandela hanya menjadi presiden Afrika Selatan selama 4 tahun.
Walaupun begitu disayangi rakyat dan popular, namun Mandela melepaskan jawatannya. Memberi laluan kepada pemimpin lain dan berbakti kepada Afrika Selatan dan seluruh warga Afrika dalam kapasiti yang berbeza.
Mandela menjadi idola dan icon rakyat Afrika dan dihormati seluruh dunia.

Kenapa semudah itu Mandela melepaskan kuasanya? Mandela adalah contoh negarawan tulin. Dia tidak semata-mata berniat untuk jadi Presiden Afrika Selatan. Dia dipenjarakan kerana menentang penindasan dasar Aparthied terhadap orang kulit hitam. Selama 26 tahun dalam penjara, tidakkah timbul rasa dendam? Sama sekali tidak. Mandela tidak pernah tunjukkan perasaan benci untuk membalas dendam kepada golongan kulit putih walaupun ketika berkuasa.
Anwar Ibrahim pernah ditahan ISA selama hampir 2 tahun. Penahanan itu menjadikan Anwar hero dan sering didendangkan pengorbanannya itu. Tun Mahathir yang berminat dengan bakat Anwar, beri laluan mudah menyertai UMNO. Meniti hirarki parti sehingga ke jawatan kedua tertinggi sebagai timbalan presiden dalam tempuh tidak sampai 11 tahun.

Menyandang jawatan sebagai menteri kanan termasuk menteri pelajaran, kewangan dan timbalan perdana menteri. Dengan bakat semulajadi yang dianugerah Allah, Anwar amat berpengaruh. Sepanjang perjalanan politik Anwar, beliau begitu focus terhadap matlamatnya. Bijak menggunakan segala sumber yang ada dan tidak melepas peluang jika ada untuk menempat dirinya dalam politik.

Selepas itu Anwar sekali lagi dipenjarakan. Lebih kurang 5 tahun. Poster mata lebam Anwar sahaja hampir menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya 1999. Betapa hebatnya karisma Anwar, walau dalam penjara, namun posternya bisa berkempen!

Pilihan raya 2008, Anwar tidak bertanding tetapi BN hilang dua pertiga majority dan kehilangan 5 negeri. Sekali lagi kehebatan Anwar terserlah.

Dalam politik Anwar adalah seorang Michavellian yang sebenarnya. Dikalangan pendokong Islam, dia seorang ulamak. Dikalangan orang sosialis, dia lebih Marxis. Dikalangan orang India, dia pejuangkan orang India, dia kata orang India sepatutnya menjadi peneroka FELDA. Di kalangan orang Melayu, dia jadi hero Melayu. Dikalangan orang Cina, Anwar pejuang meritrokrasi. Mahu hapuskan prinsip DEB dan macam-macam lagi.

Sewaktu Hitler mengadakan mesyuarat pertama penubuhan parti Nazi yang hadir hanya 11 orang termasuk dirinya. Tetapi dengan karisma yang dianugerah Tuhan kepada Hitler, 11 orang ini mempengaruhi seluruh rakyat Jerman untuk membenci bangsa Yahudi. Hitler bijak memanipulasikan kemiskinan yang melanda Jerman selepas Perang Dunia Pertama sebagai angkara bangsa Yahudi.

Timbul marah, kebencian dan dendam membara sehingga membangkit semangat rakyat Jerman untuk menawan dunia!

Menurut Max Weber, seseorang yang berkarisma bukan sahaja mampu menarik perhatian dan sokongan orang ramai terhadap ucapan-ucapan dan pendapat serta pandangannya, tetapi juga lebih penting lagi ia berupaya memberikan rangsangan.

Begitulah yang berlaku bila anugerah Tuhan kepada manusia tidak digunakan untuk kebajikan seluruh umat manusia!

Read more...

TANAM SEMUA PADANG BOLA DENGAN KELAPA SAWIT. BANYAK DAPAT DUIT?

Thursday, June 25, 2009


Politik bolasepak Malaysia. Tak perlu tukar format.
Foto: Ronaldo bernilai 94 juta Euro.
Antara tajuk utama berita sukan bolasepak:
- MyTeam akan menarik diri kerana masalah kewangan.
- Pasukan Perlis menarik diri kerana masalah tunggakan gaji.
- MAFA masih berhutang dengan pemainnya sejak 2006.
- Banyak lagi pasukan akan menarik diri akibat masalah kewangan
- Pasukan Kedah yang mewakili Malaysia kalah 8-2 kepada satu pasukan Kelab dari Vietnam dalam pertandingan kelab-kelab Asia.

Apa yang menyedihkan kehadiran penonton yang tidak sampai 1000 orang menonton perlawanan bola sepak Liga Perdana. Bagaimana bolasepak dapat duit kalau penonton tak menonton bolasepak tempatan? Syarikat gila dan bodoh mana yang mengeluarkan duit menaja pasukan bola jika tiada penonton?

Saya pernah cadangkan, semua padang bola di Malaysia, FAM wajar buat JV dengan pemilik stadium, tanam saja dengan kelapa sawit. Berapa ratus hektar agaknya jumlah semua padang bola di negara ini tidak termasuk padang sekolah kerana kita masih perlukan padang permainan untuk kanak-kanak sekolah? 500 hektar?1000 hektar? Baka baru kelapa sawit boleh dituai buahnya selepas 3 tahun.

Selepas 20 atau 25 tahun, hasil dari kelapa sawit, tentu FAM sudah cukup wang! Bolehlah buat liga super, liga Malaysia atau apa-apa liga. Pada masa itu juga ramai pemain bola Melayu yang tinggi seperti Zainal Abidin Hassan, Khalid Ali, James Wong kerana ramai dari keturunan Afrika, Bangla, Russia dan keturunan pekerja asing lain yang kawin dengan wanita Melayu dan menjadi PR.

Pada masa itu, tidak mustahil akan ada pemain Malaysia dibeli Manchester United, Real Madrid atau Barcelona sampai ratusan juta ringgit seperti Ronaldo. Bolehlah FAM buat lebih banyak padang bola. Fikir-fikirkanlah.

Read more...

PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA BERKEMBANG KE SABAH.

Wednesday, June 24, 2009


Musli Hj Oli dilantik mengetuai PERKASA negeri Sabah
Oleh:Embo Koyoh

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) pertubuhan NGO yang bertujuan memperkukuhkan perpaduan Melayu dan kaum pribumi sebagai teras perpaduan dan keharmonian bangsa Malaysia serta kestabilan negara akan mengembangkan sayapnya ke Sabah pada bulan September depan.

Presiden PERKASA, Dato Ibrahim Ali telah melantik seorang aktivis dan penulis politik, Musli Haji Oli sebagai Ketua Penyelaras Penaja PERKASA Negeri Sabah. Beliau menerima surat tauliah perlantikannya di Ibu Pejabat PERKASA di Kuala Lumpur Rabu.

PERKASA Sabah dijangka akan dilancarkan selepas Hari Raya Puasa iaitu pada bulan September. Sesiapa rakyat bumiputera Sabah yang berminat menyertai pertubuhan PERKASA boleh terus menghubungi Musli Oli dengan menghubungi email muslihjoli@gmail.com atau hp: 0168050550.

Read more...

JEMPUT SPRM DALAM TENDER BOARDS

Sunday, June 21, 2009

Teladani Kerajaan Selangor. Pegawai SPRM dalam ‘tender boards’

Foto: Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor menunjukkan teladan baik untuk dicontohi negeri-negeri lain.
Hari ini saya baca akhbar The Star mengenai peraturan baru Kerajaan Negeri Selangor yang menjemput pegawai SPRM menduduki tender boards semua 12 PBT di negeri itu. Menurut Pengerusi Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu, peraturan baru ini akan mengelakkan kemungkinan berlakunya salah laku dalam proses pemberian kontrak oleh PBT.

“Kita mahu ketelusan dalam semua peringkat membuat keputusan supaya orang awam akan lebih yakin. Dengan kehadiran pegawai SPRM, sudah tentu rakyat akan tahu hanya pembida yang berhak akan mendapat kerja” tegas Ronnie Liu.

Dalam masa yang sama, katanya, ini akan menolak dakwaan bahawa system yang diamalkan sekarang tidak telus. Menepis dakwaan pihak-pihak tertentu bahawa kerajaan Selangor mengamalkan political quotas bila mengagihkan kontrak.

“Walaupun pegawai SPRM tidak terlibat dalam proses membuat keputusan tetapi kehadiran mereka membuktikan kita tidak sembunyikan apa-apa dari rakyat” tegas Ronnie Liu.

Disamping itu, menurutnya lagi, kontraktor yang diberi kerja akan dipantau dan diberi masa tiga bulan untuk membuktikan keupayaan mereka. “Dalam tempuh tiga bulan ini, kita ada hak untuk membatal kontrak syarikat yang tidak memuaskan. Ini juga secara langsung beri peluang kepada banyak kontraktor dan pastikan kawasan-kawasan terjaga dengan baik”

Bagaimana dengan PBT negeri-negeri lain? Tak berhajatkah jemput pegawai SPRM? Jangan hanya laungkan ketelusan tetapi tidak mempraktikkannya! Tahniah kepada kerajaan Selangor.

Read more...

RAMZI DAN SATU KERUSI RODA

Saturday, June 20, 2009


Oleh:Kedah Ku (Jelapang)

Kalaulah kita Ramzi Abdul Rahman, Ketua Umno Bahagian Kuala Krai, seharusnya kita rasa malu dengan majlis yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Kampung Sungai Sok di Manik Urai semalam. http://www.utusan.com.my/utusan

Di majlis tersebut Muhyiddin menghadiahkan sebuah kerusi roda kepada sepasang suami isteri di kampung tersebut.Menurut laporan Utusan Malaysia: "Sejak lima tahun lalu, Yusoff Awang, 76, sukar untuk membawa isterinya Rogayah Samad, 75, yang terlantar akibat lumpuh untuk ke hospital mendapatkan rawatan atau mengambil angin di luar rumah.
Dulu dia menggunakan basikal tuanya yang disediakan palang khas untuk membawa isterinya yang uzur kerana sakit tua keluar rumah, namun basikal itu sudah rosak.

"Selepas lima tahun?
Malangnya tiada langsung rasa segan dan silu pada Ramzi. Semalam Ramzi turut hadir untuk sama-sama bergambar dalam majlis menyampaikan kerusi roda tersebut.Inilah masalah ketua-ketua bahagian Umno. Semasa nak diadakan pilihanraya kecil baru lah kesana kemari menziarahi golongan rakyat yang marhaen.

Selama ini apa yang Ramzi lakukan?Tidak mampukah Ramzi yang juga bekas Setiausaha Politik Tun Abdullah Ahmad Badawi menyediakan peruntukan tahunan untuk membeli kerusi roda untuk mereka yang lumpuh?

Biarlah kita berterus-teras. Sebenarnya, pemimpin Umno di semua peringkat dari Puteri, Pemuda kepada yang tua-tua, semuanya asyik berlari ke sana sini mengejar projek.

Itulah lah sebabnya selepas lima tahun dan kebetulan Adun Manik Urai meninggal dunia baru lah Yusof Awang menerima sumbangan sebuah kerusi roda untuk membantu isteri beliau yang lumpuh ke sana sini.

Read more...

SATU LAGI KUNJUNGAN NOSTALGIA NAJIB. KALI INI DI SARAWAK

Thursday, June 18, 2009


Kalaulah Tun Razak pernah melawat kampong saya dulu..dah beres isu padang ragut!!

OLEH: EMBO KOYOH

Dua minggu lalu saya mendapat panggilan telepon dari seorang rakan yang mendakwa dirinya orang kuat Perdana Menteri. Dia kurang senang dengan artikel saya dalam http://www.muslioli.blogspot.com/ berhubung dengan artikel lawatan Najib ke negara China yang saya anggap sebagai tidak lebih dari sekadar lawatan nostalgia.

Menurut kawan itu, Najib membawa emak, anak dan isteri kerana ingin menunjukkan perjuangan yang dimulakan ayahnya. Part Itu saya setuju. Malah kata-kata Dato Seri Najib semasa di China “kalau kita minum air telaga, jangan lupa siapa yang gali telaga itu?” sebagai merujuk kepada lawatan yang dimulakan ayahnya, juga saya setuju.

Salahkah saya mengatakan kunjungan ke China itu lawatan nostalgia? Semalam berita TV3 siarkan lawatan Dato Najib ke Kampung Pichin, sebuah kampong orang Bidayuh di daerah Serian, Sarawak. Mulut Najib sendiri menyebut ayat nostalgia. Katanya lawatan itu amat bermakna kerana 43 tahun yang lalu, tahun 1966, ayahnya, Tun Razak pernah melawat kampong itu merasmikan projek bekalan air paip.

Antara lain PM berkata “lawatan ini sebagai menunjukkan perjuangan memajukan kampong ini adalah kesinambungan perjuangan daripada ayah kepada anak”. Hari ini saya bercadang ke Arkib Negeri Sabah dengan harapan dapat maklumat mengenai siri lawatan Tun Razak ke Sabah semasa TPM atau PM.

Jika Tun Razak pernah melawat kampong saya, di Kota Belud atau Pitas 30 atau 40 tahun dulu. Sudah tentu lawatan nostalgia Dato Najib pasti disusuli. Saya pasti juga isu padang ragut di Kota Belud dapat diselesaikan PM tanpa orang kampong Labuan dan Kg Wakap adakan tunjuk perasaan sekali lagi dan tidak perlu menulis surat kepada PM.

Jika Tun Razak pernah melawat Pitas atau Kota Marudu, maka akan selesailah juga masalah rakyat dan orang kampong yang masih minum air telaga. Fikir-fikirkanlah

Read more...

UMNO DAN PEMIMPIN POPULAR-SALLEH SAID KERUAK

Wednesday, June 17, 2009


Hari isnin, saya sempat bertemu dengan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Dato Salleh Said Keruak, di Likas. Seperti biasa, sejak menceburi politik hampir 30 tahun (bermula 1981) rumah beliau kerap dikunjungi rakyat dari seluruh pelusuk negeri.
Foto: Dato Seri Panglima Md Salleh Tun Said Keruak

Semasa menjadi KM Sabah (1995-1996) Dato Salleh bukan sahaja mengamalkan pejabat terbuka setiap hari Sabtu tetapi rumahnya juga sentiasa terbuka menerima rakyat di sebelah pagi dan petang untuk menemui beliau. Kerana itulah walaupun menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah tak sampai 18 bulan, Salleh Said tetap dikenang rakyat Sabah sebagai pemimpin yang prihatin.


Pada hari itu, kebanyakan yang hadir adalah dari kalangan Ketua UMNO Cawangan kerana kebetulan cawangan-cawangan UMNO Kota Belud yang di ketuai Dato Salleh baru selesai mengadakan mesyuarat.

“Saya harap semua yang berminat jadi pemimpin terutama ingin menjadi calon dalam pilihan raya akan datang, mulai sekarang mestilah mendekati rakyat, mendengar denyutan nadi rakyat. Soal jawatan dalam parti tidak seharusnya jadi syarat menjadi calon. Rakyat sekarang lebih kritikal seperti pililan raya lepas. Sebagai Ketua UMNO bahagian saya akan cadangkan siapa sahaja pemimpin yang popular di kalangan rakyat” Dato Salleh memulakan perbualan.

Saya tertarik dengan kata-kata beliau, selaras dengan slogan “Rakyat di dahulukan. Pencapaian diutamakan”. Apa yang penting kata Dato Salleh ialah calon yang dipilih disenangi grass roots dan kita menang pilihan raya umum.

Read more...

NIZAR HERO BARU PAKATAN RAKYAT!!

Tuesday, June 16, 2009

oleh: EMBO KOYOH


Menang pilihan raya, kalah dalam mahkamah. Salahkah Nizar membantah dalam Dewan Rakyat?

Tentu sekali kepada penyokong kerajaan mereka menganggap tindakan DS Nijar dalam Dewan Rakyat Isnin kelmarin tidak wajar. Yang bercakap itu bukan penyokong Nizar.

Yang bercakap tidak menyokong itu sebenarnya tidak pernah merasakan apa yang telah dilalui DS Nizar. Mereka tidak memahami perasaan DS Nizar. Setelah menang pilihan raya DUN. Di lantik jadi MB. Di lucut jawatan. Menang PRK Bukit Gantang. Mahkamah putuskan jadi MB semula. Di lucut lagi. Kalah pula di mahkamah.

Hakikatnya, DS Nizar seorang tokoh baru parti pembangkang yang sedang bersinar bintangnya. Dalam pemilihan PAS baru-baru ini, beliau mendapat undi tertinggi sekali dikalangan calon Majlis Tertinggi parti itu.

Tindakannya dalam Dewan Rakyat membuktikan DS Nizar adalah seorang pejuang politik sebenarnya. Kalau bukan protes di Dewan Rakyat, dimana lagi? Masuk mahkamah kalah! Minta bubar DUN, Sultan Perak tak perkenan. Jadi Nizar nak buat apa?

Dari kacamata rakyat yang bersimpati dengan Nizar dan dari dikalangan penyokong Pakatan Rakyat, Dato Seri Nizar Jamaludin adalah hero baru mereka selain Anwar Ibrahim.

Read more...

KERIS BERDARAH CINA?!! BIAR BETUL KARPAL!

Monday, June 15, 2009


KERIS BERDARAH CINA" : NAJIB NAFI DAKWAAN KARPAL (laporan dipetik dari web akhbar Cina)

bypass308.blogspot.com

SERIUS, GEMPAR DAN TERKEJUT BERUK"semasa ops lalang pada tahun 1987, adakah YB pernah sebut YB tidak akan simpan keris kecuali keris ini dapat rasa darah orang Cina?" Ini bukan cerita main-main, inilah soalan yang diajukan karpal sigh dalam dewan rakyat hari ini.
Foto: MAHARAJAH SINGH MALAYSIA

Dengan bukan main-main juga, orang yang diajukan soalan tersebut, yang 1Malaysia sanjung, PM ds Najib berkata, "Perkara ini tidak pernah berlaku, saya tak pernah buat kenyataan seperti yang dikatakan oleh YB, oleh itu yang harus minta maaf bukan saya, tetapi beliau sendiri (karpal)."


Ramai yang terkejut beruk apabila karpal ungkitkan soalan pasal peristiwa 22 tahun lalu, siapalah yang masih ingat, kalau masa tu ada akhbar laporkan ungkapan sedemikian, memang najib tak boleh nafi.

Tapi karpal pun janganlah ingat najib dah nyanyok, nak buat tuduhan melampau sebegitu, sepatutnya masa nak tanya tu kenalah bawa sekali bukti yang ada, bukan tanya untuk sedap mulut je. lagi pun ni soalan jenis sensitif yang kalau silap langkah boleh cetus macam-macam insiden tak senang.

Bagaimanapun, lim kit siang yang juga salah seorang tahanan ops lalang memberitahu bahawa menurut satu catatan dewan rakyat pada 3.3.1988 memang ada catatan yang menunjukkan Pada 17.10.1987, pada satu perhimpunan yang diketuai Najib selaku ketua pemuda umno ada menampilkan kain rentang yang tertulis ayat bermaksud merahkan keris dengan darah orang Cina.

PM ds Najib menafikan beliau ada perkatakan soal "darah cina" dan "keris" seperti didakwa karpal, oleh itu beliau tidak perlu mohon maaf kepada masyarakat Cina. sebaliknya beliau kata karpal lah yang sepatutnya minta maaf.

Read more...

KUNJUNGAN HORMAT ATAU SINDIRAN TERHORMAT LEE KUAN YEW?

Sunday, June 14, 2009


Perjumpaan dengan Rosmah. Apa tujuan sebenar Lee Kuan Yew?

Membaca tajuk utama akhbar tempatan hari ini terpapar berita pertemuan sejam antara isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor dengan Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan Yew. Hampir semua akhbar perdana dan tempatan memuat gambar-gambar pertemuan itu yang berlangsung sejam di rumah PM di kuala Lumpur.

Perjumpaan turut dihadiri tiga menteri Singapura, Menteri Kewangan Tharman Shanmugaratnam, Menteri Pelajaran Ng Eng Hen dan Pemangku Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kesenian Singapura Lui tuck Yew dan Setiusaha Kanan Parlimen Magasos Zulkifli. Jelas sekali pertemuan itu pertemuan rasmi bukan kunjungan biasa untuk makan satay dan kueh sahaja.

Menurut Lee Kuan Yew, pertemuan itu diatur sendiri DS Najib kerana dia difahamkan Rosmah dan DS Najib “worked as a team”. Apakah maksud Lee Kuan Yew mengeluarkan kenyataan itu? Apa tanggapan umum terhadap kenyataan Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah bekerja sebagai satu pasukan?

Jika perjumpaan itu antara isteri Lee Kuan Yew atau isteri Lee Hsien Long isteri PM Singapura dengan isteri PM Malaysia, orang ramai tidaklah mengambil pusing sangat tetapi Menteri Kanan Singapura yang begitu berpengaruh berbincang dengan isteri PM Malaysia? Apakah yang dibincangkan?

Konsep 1Malaysia, 1Perdana Menteri. Fikir-fikirkanlah

Read more...

BILA KALDAI TAHU MENULIS DAN MEMBACA!!

Saturday, June 13, 2009

Foto: Chavez dan Obama. Bermulanya hubungan baik Kapitalis dan Sosialis?

Malam tadi saya menonton rancangan “Don’t Tell My Mother…”Discovery channel 553. Saya tertarik sekali dengan paparan rakyat miskin negara Venezuela mencari tanah dan membawa pita, menyukat dan memacak tiang-tiang menentukan bahagian masing-masing. Setiap individu dewasa dibenar memiliki 2.7 ekar.

Begitu mudah rakyat mendapat tanah di negara Venezuela setelah Hugo Chavez menjadi presiden negara itu pada 1998. Selepas menang, semua tanah diistihar milik negara dan milik rakyat. Inilah janji pilihan raya Chavez yang meletuskan revolusi rakyat miskin menyokong perjuangannya.

Slogan “Kuasa Rakyat” adalah slogan Chavez. Majoriti rakyat Venezuela adalah miskin tegar sungguhpun negara Amerika Latin itu negara kelima pengeluar petroleum dunia. Kemanakah kekekayaan hasil minyak?

Pada pilihanraya 2000 dan 2006, Chavez terus dipilih rakyat sebagai presiden. Namun persoalannya sejauhmanakah pembaharuan sosial yang dilakukan Chavez dapat merubah nasib rakyatnya? Seperti di paparkan dalam rencana itu, rakyat yang dahulunya menjadi pekerja di ladang tebu. Berkerja dengan gaji minima dan secukup makan, kini telah mempunyai tanah sendiri dan mampu bercucuk tanam untuk keperluan keluarga dan selebihnya di jual di pasar.

Namun rakyat terus miskin, kadar pengangguran tinggi dan taraf pendidikan yang daif sehinggakan ada penduduknya sendiri mengatakan Kaldai, binatang yang dijadikan kenderaan utama di lereng-lereng gunung lebih banyak yang tahu menulis dan membaca daripada rakyat Venezuela!

Hugo Chavez adalah seorang bekas anggota ‘paratrooper’ tentera. Gerakan revolusi Cuba menjadi inspirasi kepadanya dan Fidel Castro adalah idola Chavez. Pada tahun 1992 beliau cuba mengetuai coup de tat tetapi gagal. Dia ditangkap dan penjarakan. Namun beliau diberi pengampunan dan mengetuai “Kuasa Rakyat”.

Chavez adalah seorang pemimpin populist. Bijak berpidato dan menyemarakkan sentiment rakyat miskin. Beliau pernah berkata kepada musuh politiknya “yang kamu tentang bukan Chavez tetapi rakyat Venezuela”. Chavez menjanjikan pembaharuan sosial kepada rakyat dan menghapuskan golongan capitalist yang merupakan punca rasuah di Venezuela. Beliau bersedia “fighting terror with terror” dengan negara kapitaist Amerka Syarikat.

Saya tertarik dengan perjuangan Chavez. Sebutlah apa juga falsafah perjuangannya. Socialism, komunism atau apa ism juga tetapi namun ramai rakyat yang tidak bertanah dan terlalu sukar bersaing dengan golongan kapitalis termasuk pemimpin politik yang memohon tanah untuk diri dan keluarga mereka akan gembira memiliki 2.7 ekar tanah milik sendiri.

Tentu ramai seperti saya yang lahir di negeri Sabah yang kaya dengan tanah dan sumber alam tetapi tidak memiliki walau seinci tanah…menunggu seorang Hugo Chavez membebaskan rakyat dari belenggu kemiskinan.

Read more...

PERPECAHAN POLITIK MELAYU (SIRI AKHIR)

Wednesday, June 10, 2009



Pilihan raya 2008: kombinasi 1969 dan 1999

Tun Mahathir berjaya dalam pilihan raya 1999 kerana bijaksana mengatasi krisis matawang Asia 1997 sungguhpun undi Melayu berpecah selepas pemecatan Anwar.

Artikel ini saya akhirkan pada siri yang ke 4 walaupun sebenarnya banyak lagi peristiwa yang membawa kepada perpecahan politik Melayu seperti penubuhan parti HAMIM, BERJASA, BERJAYA dan parti-parti kecil pimpinan Melayu seperti PSRM tetapi perpecahan itu tidaklah signifikan berbanding dengan penubuhan parti KeAdilan pada 1999 (dikenali sebagai PKR selepas bergabung dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia).

Sungguhpun Parti Perikatan kehilangan majority dua pertiga pada pilihan raya 1969, sokongan orang Melayu tidak berpecah berbanding dengan pilihan raya 1999. Pada 1969, UMNO masih kuat dan majority Melayu masih menyokong Parti Perikatan sungguhpun Kelantan buat pertama kali telah Berjaya di tawan parti PAS.

Apa yang ketara ialah sokongan pengundi bukan Melayu begitu merosot sehingga Pulau Pinang di tawan parti pembangkang GERAKAN. Parti Perikatan juga tidak dapat sokongan majority diPerak. Hanya setelah 4 wakil PPP menyertai parti Perikatan kerajaan dapat dipertahankan.

Situasi politik yang tidak menentu berlaku di Selangor dimana Perikatan dan Pembangkang yang diketuai DAP masing-masing mendapat 14 kerusi sehingga bertitik tolak dari situlah tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei.

Perpecahan undi Melayu begitu jelas berlaku pada pilihan raya 1999. Disamping mempertahankan Kelantan dan menawan Trengganu, ramai pemimpin tertinggi UMNO tewas kepada PAS dan KeAdilan. Adalah dijangka hampir 40% pengundi Melayu telah tidak menyokong BN pada pilihan raya itu.

Yang menyelamatkan kerajaan BN ialah sokongan undi bukan Melayu yang nampaknya masih yakin dengan kepimpinan Tun Dr Mahathir yang dapat mengatasi krisis kewangan ekonomi Asia yang bermula pada 1997.

Keputusan pilihan raya Mac 2008 adalah kombinasi keputusan pilihan raya 1969 dan pilihan raya 1999. Undi Melayu berpecah kepada BN dan Pakatan Rakyat manakala majority sokongan pengundi bukan Melayu adalah kepada parti-parti pembangkang.

Kesimpulannya, perpaduan dan perpecahan Politik Melayu banyak bergantung kepada faktor kepimpinan. Jika pemimpin Melayu kuat maka akan kuatlah perpaduan Melayu. Sebaliknya jika lemah, maka akan lemahlah perpaduan itu.

Persoalannya sejauhmana kekuatan kepimpinan Dato Najib berbanding dengan Dato Seri Anwar Ibrahim. Golongan muda Melayu kelihatan mempertimbangkan ketokohan seseorang pemimpin daripada organisasi parti politik.

Read more...

PERPECAHAN POLITIK MELAYU (SIRI 3)

Tuesday, June 9, 2009

Penubuhan IMP dan PAS

Ada dua kesan besar selepas cadangan membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu. Pertama perletakan jawatan Dato Onn Jaafar sebagai presiden UMNO dan menubuhkan parti IMP dan Party Negara. Kedua ialah perpecahan berikutan tindakan golongan ulamak yang menubuhkan parti PAS. Sungguhpun penubuhan PAS ada hubungan dengan cadangan Dato Onn Jaafar, namun punca sebenarnya ialah golongan ulamak dalam UMNO kurang senang pendekatan pemimpin-pemimpin UMNO dilihat terlalu kebaratan. Bukan sahaja dari segi prinsip perjuangan tetapi juga dari segi stail seperti berpakaian kot dan lain-lain amalan budaya barat.

Pada 28hb Mei 1949, Dato Onn Jaafar mencadangkan dalam perhimpunan agung supaya keahlian UMNO terbuka kepada bukan Melayu. Cadangan itu ditolak majoriti orang Melayu dan ahli-ahli UMNO. Namun atas penghormatan mereka kepada sumbangan besar Dato Onn, bantahan secara terbuka tidak diperlihatkan ahli-ahli UMNO semasa Onn kemukakan cadangan tersebut.

Ada penganalisis sejarah berpendapat Dato Onn termasuk dalam perangkap British yang berdendam dengan beliau kerana membantah Malayan Union. Kerajaan penjajah British pernah membayangkan kepada Onn bahawa British akan mempertimbangkan self-government kepada orang Melayu jika mereka berkerjasama dengan kaum-kaum bukan Melayu.

Onn pernah mengadakan beberapa pertemuan dengan Tan Cheng Lok dari MCA dan pemimpin-pemimpin Cina yang lain untuk merealisasikan hasratnya untuk menuntut merdeka dengan kerjasama kaum Cina. Maka tertubuhlah CLC (Communities Liasion Committee) yang menggalakan pendekatan berbilang kaum.

Sokongan Dato Onn terhadap CLC menimbulkan kririkan yang hebat. Pada mesyuarat agung UMNO 20 Mei 1950, beliau telah dikritik secara terbuka. Pada 11 June, 1950, Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO. Beliau mengingatkan UMNO bahawa slogan “Tanah Melayu untuk Melayu” mestilah berubah kepada “Tanah Melayu untuk semua rakyat berbilang kaum”.

UMNO bagaimanapun memujuk Dato Onn terus mengetuai parti dan memilih semula sebagai Presiden pada 27 Ogos 1950. Tetapi oleh kerana Onn terus berkeras dengan cadangannya menerima kaum bukan Melayu dan menukar nama UMNO kepada United Malayan National Organisation, maka ahli-ahli UMNO tidak lagi dapat menerima beliau.

Pada 28 Ogos 1951, Onn akhirnya meletak jawatan dari UMNO. Pada 16 September 1951, beliau menubuhkan parti baru, Independence of Malay Party (IMP) yang membuka keahlian kepada semua kaum.

Perletakkan jawatan Dato Onn kemudiannya diikuti Persatuan Alim Ulama UMNO (Umno Association of Islamic Religious Scholars). Sebulan selepas itu, persatuan itu menjadi sebuah parti politik, Parti Islam Se Malaya atau Pan Malayan Islamic Party (PMIP). Ianya kemudiannya dikenali sebagai parti PAS.

IMP bagaimanapun gagal mendapat sokongan dalam pilihan raya Kuala Lumpur Municipal Council 1952. Perikatan UMNO-MCA menang 9 kerusi, IMP 2 dan Bebas 1. Kekalahan itu menyebabkan IMP kehilangan sokongan daripada kaum Cina. Parti MIC juga meninggalkan IMP dan menyertai Perikatan pada 1954.

Dato Onn bukarkan IMP dan tubuhkan Party Negara pada tahun 1953. (Bersambung siri 4)

Read more...

PERPECAHAN POLITIK MELAYU (SIRI 2)

Monday, June 8, 2009

Daripada perjuangan bangsa Melayu kepada "Malayan Nation" punca perpecahan


Penubuhan UMNO yang asal namanya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) adalah bermula dengan gabungan 41 pertubuhan Melayu dalam satu Kongress di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada 1 hingga 3 March 1946. Kongress sebulat suara memilih Dato Onn Jaafar sebagai pengerusi.

Atas usaha kongres yang diketuai Dato Onn telah berjaya memujuk semua sultan untuk tidak hadir pada pelancaran Malayan Union oleh Governer Edward Gent pada 1 April 1946. Sungguhpun raja-raja Melayu boikot pengistiharan Malayan Union, namun British berdegil juga untuk teruskan dengan memansuhkan kerajaan negeri dan mengujudkan Malayan Union Government.

Pada 11 May secara rasmi UMNO ditubuhkan di Johor dan dato Onn Jaafar menjadi presidennya yang pertama. UMNO telah menjadi suara seluruh umat Melayu. Akhirnya pada akhir bulan Jun, British terpaksa mengalah kepada tentangan hebat UMNO dan memansuhkan Malayan Union.

Malayan Union diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 21 Januari 1948. Perjanjian itu memberi peruntukan tentang hak-hak istimewa bangsa Melayu dalam masa yang sama menghormati kepentingan kaum-kaum lain.

Akan tetapi pada ketika itu pemimpin Melayu terbahagi kepada dua kumpulan. Pertama kumpulan ekstrimis yang menganggap Tanah Melayu adalah hak bangsa Melayu sahaja dan kaum-kaum lain hanya tetamu dan seharusnya berterima kasih terhadap peluang yang mereka terima dan tidak mencemburui hak-hak istimewa orang Melayu.

Kumpulan kedua ialah pemimpin moderate yang percaya bahawa hak-hak istimewa ini hanya bersifat sementara bukannya kekal dan Melayu harus bersedia bersaing dengan kaum-kaum lain. Dato Onn Jaafar tergolong dalam kumpulan kedua ini yang yakin kepada perjuangan membina sebuah bangsa Malaya dengan kerjasama dengan kaum-kaum bukan Melayu.

Onn melihat pentingnya sumbangan kaum Cina dalam ekonomi untuk mempastikan kestabilan politik. Walaupun kaum Cina melalui MCA menyokong Malayan Union dan menentang perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, namun Onn merasakan Cina mesti dibawa berkerjasama. Lagipun dengan kerjasama dengan kaum Cina, akan dapat mengurangkan simpati dan sokongan kaum Cina terhadap gerakan Parti Kominis Malaya yang melancarkan perang gerila keatas kerajaan.

Dalam masa yang sama Dato Onn merasakan kerajaan British akan memberi kemerdekaan jika semua kaum dapat bersatu dalam satu parti politik yang lebih besar. Maka itu pada persidangan agung UMNO pada May 1949, secara berani Dato Onn membuka cadangan supaya keahlian UMNO dibuka kepada bukan Melayu untuk menjadi ahli bersekutu.

Apakah reaksi ahli-ahli UMNO terhadap cadangan Dato Onn? (bersambung)

Read more...

PERPECAHAN POLITIK MELAYU (SIRI 1)

Saturday, June 6, 2009


Saya memulakan siri pertama ini dengan melihat sejarah pertelingkahan antara sultan-sultan dan rakyat biasa berhubung dengan kepentingan politik masing-masing.
Foto: Tunku Abdul Rahman, meneruskan perjuangan UMNO tetapi tidak meneruskan semangat perjuangan Dato Onn Jaafar.

Perpecahan politik Melayu bermula seawal 1945. Persengkitaan bermula antara sultan-sultan dan rakyat biasa berhubung dengan kedudukan orang Melayu. Pada awalnya, semua Sultan dari sembilan negeri berdaulat menerima cadangan Malayan Union. Wakil kerajaan British, Sir Harold Mac Micheal hanya mengambil masa 2 bulan antara Oktober 20 hingga Disember 21 1945,untuk mendapatkan tandatangan persetujuan daripada sultan-sultan.

Sungguhpun ada dakwaan mengatakan sultan-sultan tidak diberi peluang untuk membincang cadangan itu dan ada sultan yang diugut kerana membantu Jepun dan sebagainya namun fakta sejarah mengatakan sultan-sultan telah menerima dan menandatangani Malayan Union. Tidak ada seorang sultan pun yang mengatakan TIDAK terhadap cadangan itu.

Hanya setelah cadangan Malayan Union itu diumumkan secara rasmi pada 22 Januari 1946, maka berlakunya tentangan daripada orang Melayu yang diketuai Dato Onn Jaafar. Onn pernah diambil sebagai anak angkat oleh Sultan Johor sewaktu ayahnya menjadi Menteri Besar Johor dan kakaknya, Dara adalah isteri ketiga Sultan Ibrahim.

Onn pernah mendapat pendidikan di England ketika mengiringi putera-putera Sultan. Pada tahun 1911, Onn kembali ke Johor dan bertugas dalam Johor Civil Service. Namun sebagai seorang yang mempunyai karakter yang tegas dan berani, Onn kerap mengkritik dasar British. Beliau juga kritikal terhadap Sultan sehingga dipecat daripada kerajaan pada 1920.

Sungguhpun telah dipecat dari Johor Civil Service, Onn tetap berdegil dan mengkritik tindakan sultan yang tidak dipersetujuinya. Akhirnya pada 1927, ketika berusia 32 tahun, Onn diarah buang negeri dan menetap di Singapura. Abangnya, Abdullah Jaafar, Menteri Besar Johor yang ketiga juga dipecat dan semua pangkat dilucutkan atas tuduhan menghina Sultan. Bukan itu sahaja malah kakaknya, Dara dicerai Sultan Ibrahim dan turut dibuang negeri.

Sejak awal Dato Onn melihat sultan-sultan Melayu terlalu lemah dan mengikut telunjuk British. Jika ini dibiarkan orang Melayu akan kehilangan hak ditanah milik bangsa mereka. Melalui Warta Malaya, tabloid mingguan berbahasa Jawi, Onn merayu bangsa Melayu bersatu. Tulisannya mengkritik kerjaan British yang menafikan hak orang Melayu untuk mendapat pendidikan, mengabaikan nasib rakyat luar bandar dan membiarkan kemasukan kaum Cina dan India secara bebas.

Onn Jaafar hanya diberi pengampunan pada 1935 dan kembali aktif dalam urusan dalam negeri Johor. Pada ketika Jepun menyerah kalah, Onn adalah Pegawai Daerah Batu Pahat.

British telah menjangkakan kekalahan Jepun di Asia. British telah merangkakan 9 negeri yang bersultan termasuk Melaka dan Pulau Pinang menjadi sebuah unitary state dibawah pemerintahan Governer British. Singapura akan dijadikan sebuah entity yang berasingan.

Oleh itu kejayaan Sir Harold Mac Micheal mendapat persetujuan sultan-sultan Melayu berhubung cadangan Malayan Union amat menggembirakan kerajaan penjajah British. Namun mereka tidak pernah menjangkakan bantahan dan tentangan orang-orang Melayu yang diketuai Dato Onn Jaafar.
(sambung esok)

Read more...

TIMBALAN PRESIDEN PAS. HADI VS TOK GURU?

Friday, June 5, 2009

Siapa perlu siapa? PAS perlu Anwar atau Anwar perlu PAS untuk ke Putrajaya?
Oleh: Musli Oli

Pertandingan jawatan timbalan presiden parti PAS menjadi fokus utama dalam Muktamar parti itu di Shah Alam yang bermula semalam. PAS, yang merupakan musuh tradisi politik UMNO, berusaha menonjolkan imej parti itu tidak menghadapi sebarang pergeseran dalaman berikutan pertandingan memilih jawatan tertinggi parti dan jauh sekali terlibat dengan politik wang.

Namun sebijak mana pemimpin PAS cuba menyembunyikannya, rakyat umum telah dapat menghidu bahawa PAS sedang dilanda krisis hebat yang bukan sahaja melibatkan calon timbalan dan naib presiden tetapi juga ke peringkat kepimpinan tertinggi parti itu.Pergeseran bukan sahaja antara puak ulamak dan puak Erdogan, antara PAS lama dan PAS baru tetapi membawa kepada antara presiden PAS, Haji Hadi Awang dan mursyidul amnya, TG Nik Aziz.

Sungguhpun pertandingan timbalan presiden PAS adalah pertandingan tiga penjuru antara Nasharudin Mat Isa, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu tetapi umum tahu bahawa kehadiran Mat Sabu sekadar memeriahkan demokrasi dan sekadar menunjukkan yang PAS tidak terbelah kepada dua kumpulan. Puak Haji Hadi dan puak Nik Aziz.

Nasharudin Mat Isa mewakili golongan ulamak kerana latar belakang pendidikannya. Mendapat kelulusan dalam bidang pengajian Islam di Jordan, sarjana dari Britian dan pernah menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, sebuah menara gading sejak awal 8oan, melahirkan ramai cendekiawan Melayu yang bersimpati dengan perjuangan PAS.

Manakala Husam memperolehi kelulusan B. Economics dari Universiti Malaya, mendapat didikan agama di Rusila dibawah Haji Hadi Awang sebelum berkhidmat dengan Tok Guru Nik Aziz setelah Kelantan di tawan PAS. Berlatar belakang pendidikan sekular, Husam dilihat seorang tokoh yang lebih bersimpati dengan perjuangan Anwar Ibrahim. Dalam PAS Husam, termasuk Setiausaha Agung PAS Dato Kamarudin Jaafar dianggap puak Erdogan.

Pada tahun 1974, parti PAS pernah berkerjasama dengan UMNO dengan menyertai BN. Kumpulan yang dikatakan lebih bersedia membuka ruang berkerjasama dan bermuzakarah dengan UMNO ialah kumpulan Hadi Awang yang diwakili Nasharudin Mat Isa. Disamping Nasharudin, Salahudin Ayub, calon naib presiden, juga pernah menghantar empat pucuk surat kepada Dato Hishamuddin Tun Hussien bagi mengadakan muzakarah melibatkan kepentingan negara, umat Islam dan orang Melayu.

Apa yang berlaku di Perak, dimana DAP memain peranan mengolah pemimpin PAS, Dato Seri Nizar Jamaluddin barangkali memberi kesan mendalam kepada sesetengah kepemimpinan tertinggi PAS yang melihat politik Machiavelli dibawa DAP dan Anwar Ibrahim akan menyimpang falsafah asal perjuangan parti itu.

Nasharudin dikatakan oleh kumpulan yang menyokong Husam sebagai terlalu lemah dan tidak sesuai memimpin PAS dalam keadaan politik sekarang. Beliau dilihat terlalu berlembut dengan UMNO dan tidak pernah menyerang dan mengkritik UMNO. Husam lebih dilihat sebagai seorang strategis politik yang penting kepada masa depan PAS dalam usahanya menuju ke Putrajaya.

Husam mendapat sokongan daripada Nik Aziz dan diprojekkan sebagai bakal pengganti Tok Guru mengambil alih jawatan MB Kelantan bila tiba masanya. Namun sungguhpun Husam mendapat sokongan Nik Aziz, jelas bahawa golongan ulamak dalam parti itu terutama seperti Dato Haron Din tetap bertegas bahawa PAS seharusnya dipimpin golongan ulamak. Kenyataan ini secara langsung memberi sokongan terbuka kepada Nasharudin Mat Isa.
Apakah aliran pemikiran perwakilan PAS? Sama-samalah tunggu keputusannya esok.

Read more...

Markah bonus UMNO buat Husam Musa

Thursday, June 4, 2009

oleh FUAZI IRWAN SHAH
blog bypass308.blogspot.com


Asalnya pilih satu antara dua amatlah susah, sekarang kena pilih satu antara 3, lagi tambah senak. Bukan risau akan yang tidak terpilih terguris, yang wajar dirisaukan sangat ialah sama ada para penyokong mereka dapat terima hahikat.

Antara Nasharuddin, Husam dan Mat Sabu (susunan nama tanpa prejudis lah)semuanya pemimpin berkaliber, teruji dan harus terus diketengahkan tanpa boleh seorang pun daripada mereka dipencil selepas pemilihan.

Ketiga-tiga mereka mempunyai karektor berlainan, tapi satu arah perjuangan. Mat Sabu sekian lama tergambar sebagai pemimpin yang tahan lasak, berjuang secara akar umbi, bersama akar umbi meredah halangan polis, bersama diheret dari jalan raya ke black maria.
Beliau jenis pemimpin yang tahan cuaca seperti cat PAR, kalau dalam tentera beliau ni jenis yang di tempatkan di barisan hadapan, menangkis serangan.

Nash (agak glamour juga disebut gini) berimej sederhana, bukan jenis pertahanan hadapan. Penampilannya yang ramah, senyum sokmo memang mudah didampingi. Beliau ni jenis senang diajak bicara, kalau dalam tentera beliau ditempatkan di mes pertahanan mental.
Bahasanya yang lembut mudah saja lembutkan stress anggota tentera pelbagai bahagian. Kemesraan yang memancarkan rasa ikhlas itu mudah saja menaikkan semangat juang anggota tentera yang memerlukan bimbingan agama dan kaunseling disiplin.

Husam? Beliau ada karektor lasak yang dimiliki Mat Sabu, berani lancar serangan, malah tidak gentar berlawan secara langsung di TV. Cuma, beliau bukan jenis yang merempuh kawalan polis, tidak juga mengepalai perarakan seperti Mat Sabu. Beza cara Husam ialah beliau lebih dilihat sebagai pemimpin, Mat Sabu pula memimpin.

Kalau Nash digambar sebagai antara pemimpin Pas yang menjana semangat ahli ala cikgu sekolah, Husam pula menjana semangat juang menerusi perancangan nekad. Beliau lebih tergambar sebagai antara pemimpin Pas yang kalau dalam tentera beliau adalah jeneral yang memerah otak menyusun serangan dengan pelbagai perangkap menjerat musuh.
Inilah bezanya mereka, sama junjung perjuangan Pas, cuma berbeza cara pelaksanaan.
Ada rakan yang terus-terusan asak saya jawab siapa lebih layak, siapa perlu diangkat untuk jawatan Timbalan Presiden Pas. Jawabnya semua, cuma yang akan menang nanti merupakan yang telah mendapat kelebihan markah dari luar kawalan ahli Pas sendiri.
Nyata setakat ini ialah, Husam mendahului markah bonus tersebut. Semalam dia mendapat markah bonus yang dihulur orang luar, UMNO apabila Nozula minta maaf kerana menfitnah Husam dengan dakwaan rasuah.
Nozula minta maaf secara publisiti meluas dalam akhbar arus perdana. yang hebatnya ialah bukan sidang akhbar tapi iklan notis. Habis satu Malaysia tahu bahawa Husam bukan perasuah, Husam adalah pemimpin Pas yang bersih dan disahkan oleh musuh, UMNO. Hebatkan?
Belum, yang hari ini lagi hebat apabila tidak cukup dengan iklan tersebut, Nozula jumpa Husam minta maaf secara bersemuka pula, tambah lah lagi bonus untuk Husam bahawasanya iklan semalam adalah benar, bukan Husam yang bayar untuk promosi diri.
Kehebatan berlipat ganda, muncul mula Adhan Kechik, lawyer UMNO minta maaf kerana menjadi regu Nozula fitnah Husam pada tahun 2007. Selesai sudah episod bermaaf-maafan sebelum menjelang Syawal.
Yang indah dalam episod ini bukan kemenangan bergaya Husam, yang indah ialah Husam satu-satunya pemimpin Pas, musuh semusuh musuhnya UMNO itu diakui tidak terbabit dengan rasuah sepanjang berada dalam kabinet pemerintahan Kelantan. Yang mengiktiraf ialah orang UMNO, bukan seorang tetapi dua orang.
Kalau orang UMNO sudah sahkan Husam ini bersih hati nuraninya, kuat imannya, maka apa kata orang Pas sendiri? Masihkah ragu-ragu menambahkan markah bonus buat Husam.
Akhir kata, teringin sangat saya berpesan kepada rakan saya yang asak saya jawab soalan dia, harap tolong saya bertanya soalan cepumas kalau jumpa Nozula atau Adhan, tanya mereka kenapa sepanjang 730 hari yang ada dipilih juga sekarang untuk minta maaf dengan Husam. Kebetulan atau terancang, ikhlas atau bersyarat? Soalan tanpa prejudis, saja nak tahu.

Read more...

PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO: PERANG DAH SELESAI, PELURU BARU NAK SAMPAI?..

Wednesday, June 3, 2009

Oleh: Musli Oli

Selamat datang ke Sabah kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Saya mengingati Tan Sri Muhyiddin kerana beliau adalah pemimpin tertinggi UMNO yang pertama bercakap soal perubahan dalam parti setelah kehilangan sokongan pada PRU ke 12 Mac, 2008.

Utusan Malaysia, tarikh 6hb April 2008 kira-kira sebulan selepas PRU ke 12, kenyataan Muhyiddin seperti berikut “Anggota UMNO perlu berani menyatakan perkara benar dan tidak hanya menyatakan sesuatu semata-mata untuk menyedapkan hati pemimpin, sedangkan ia adalah satu pembohongan. UMNO perlu berani melakukan perubahan tanpa mengorbankan prinsip perjuangan asal jika mahu terus relevan pada masa depan”

Semboyan mahukan perubahan ini sebenarnya pada ketika itu dilihat sebagai tindakan political suicidal kerana tidak ada seorang pun pemimpin MT yang menyahut seruan Muhyiddin itu. Tidak bimbang dan takutkah jawatannya sebagai menteri akan digugurkan pada ketika itu?

Sebenarnya kebimbangan Muhyiddin ialah “Apa yang saya bimbang ialah UMNO dan orang Melayu akan kalah. Saya benar-benar takut kalau saya tidak mengatakan yang hak(benar) walaupun hak itu pahit maka UMNO boleh terjerumus ke dalam keadaan yang lebih teruk” (wawancara dengan Utusan Malaysia 13April 2008)

Perubahan yang bagaimanakah membolehkan UMNO kembali relevan? Cukupkah dengan sekadar perubahan pucuk pimpinan daripada Abdulllah kepada Najib?

Satu lagi perubahan yang diwar-warkan sekarang ialah soal pindaan perlembagaan parti UMNO. Sejauhmana pindaan itu membawa kesan positif kepada parti UMNO dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang masih menjadi satu persoalan. Pindaan perlembagaan UMNO yang di umum Muhyiddin pada 17 Mei 2009, mungkin sesuatu yang baik kepada parti itu kerana ianya akan meminda beberapa perkara termasuk pemilihan pucuk pimpian dan system kuota.

Cadangan juga dikemuka supaya pengerusi perhubungan negeri secara otomatik menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Persoalannya, apakah pindaan perlembagaan tersebut dapat memulihkan imej parti itu menghadapi pilihan raya umum sedangkan pindaan itu hanya berkuat kuasa setelah pilihan raya umum diadakan?

Pemegang jawatan parti sekarang akan tamat tempuh pada Persidangan Agung UMNO yang sepatutnya diadakan pada December 2011. Namun kebiasaannya untuk mengelakkan perpecahan dalaman, UMNO pasti akan memohon kepada ROS tambahan tempuh selama 18 bulan. Ini bermakna tarikh baru Persidangan UMNO ialah pada pertengahan 2013. Tarikh pilihan raya umum yang saya jangkakan pada February 2013 iaitu 4 tahun 11 bulan selepas pil;ihan raya Mac 2008.

Ini bermakna UMNO terlebih dahulu berhadapan dengan rakyat dalam pilihan raya umum sebelum pilihan raya parti dengan ada pindaan baru dalam perlembagaannya. Relevan lagikah pindaan itu jika perang sudah selesai dan UMNO menerima nasib yang lebih parah daripada Mac 2008? Fikir-fikirkanlah.

Read more...

MANIK URAI - TERURAIKAH MASALAH PEMIMPIN UMNO?

Monday, June 1, 2009

Hari ini, berita TV jam 8 malam, menyiarkan kenyataan para pemimpin tertinggi UMNO termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang senada mengenai kemenangan calon PKR, di Penanti.

Saya menjangkakan mereka mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Dr Mansor Othman setelah beliau terpilih sebagai wakil rakyat dalam satu proses demokrasi sungguhpun BN memulaukan PRK itu.

Membuat kenyataan bahawa kemenangan PKR itu tidak boleh dibanggakan kerana calonnya menentang calon Bebas. Tambahan pula, kata mereka undi calon PKR telah merosot seribu lebih undi. Diselit pula ayat, keputusan PRK Penanti menunjukkan UMNO masih kuat dan masih berpengaruh.

Hari ini tercatat dalam sejarah, parti UMNO terbukti masih kuat walaupun tidak bertanding dalam pilihan raya kecil!.

Mulanya saya ingin menjawab secara detail persoalan kenapa undi calon PKR merosot berbanding dengan Mac 2008. Tapi bila fikir balik, takkan pemimpin UMNO tak tahu? Atau barangkali juga pemimpin UMNO benar-benar tak tahu…Saya akan buat analisa itu dalam buku saya yang seterusnya pada bulan Julai nanti.

Saya hanya mahu jelaskan parti UMNO mempunyai lebih ramai ahli dan banyak cawangan daripada Parti PKR. Adakalanya nama-nama yang menjadi ahli UMNO tidak sedar pun namanya disenarai sebagai ahli. Ada orang lain yang membayar yuran. Ada cawangan yang ahli aktif tak sampai 20 orang tetapi dalam rekod terdapat 79 orang ahli.

Parti PKR tidak ramai ahli yang berdaftar dan tidak banyak cawangan-cawangan seperti UMNO tetapi ramai penyokong dari kalangan orang biasa termasuk pengundi remaja, kakitangan kerajaan dan golongan profesional. Golongan yang bersimpati dan menyokong PKR ini hanya keluar mengundi atau balik kampong jika PKR tercabar.

Oleh kerana BN tak bertanding di Penanti, penyokong-penyokong ini buat kerja lain yang lebih berfaedah seperti membawa anak-anak yang sedang bercuti sekolah melancong ke Sabah atau Sarawak. Dalam masa yang sama mereka sempat juga berkempen menawan kedua-dua negeri itu dalam PRU 13.

Apa pula komen pemimpin UMNO selepas PRK Manik Urai? Saya tidak tunggu keputusan parti mana yang menang di Manik Urai tetapi menunggu komen pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO.

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP