NAJIB TEMUI KELUARGA MENDIANG TEO BENG HOCK

Tuesday, July 28, 2009


Najib bijak tangani isu kematian Teo Beng Hock.

Hari ini semasa menonton berita perdana TV3 saya agak terharu melihat pertemuan antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib dengan keluarga mendiang Teo Beng Hock di pejabatnya.

Selain ibu dan bapa mendiang Teo, keluarga yang lain dan bakal isteri mendiang juga turut kelihatan hadir dan bersalam dengan Perdana Menteri. Turut hadir sama ialah SETPOL Perdana Menteri yang baru, Dr Oh Ei Sun, yang saya pasti mengatur pertemuan tersebut kerana beliau yang mewakili PM semasa pengkebumian Teo.

Kematian mendiang Teo telah menjadi isu politik yang sensasi di Malaysia kerana kematiannya amat mencurigakan. Parti pembangkang terutama DAP dan PKR telah berusaha membangkitkan sentiment kaum ekoran isu kematian itu.

Namun setelah beberapa pemimpin UMNO termasuk pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyokong siasatan diraja, parti pembangkang gagal dalam usahanya itu. Kelihatan UMNO juga simpati terhadap kematian Teo dan mahukan siasatan menyeluruh.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO sebaik sahaja balik dari luar negara mengumumkan penubuhan inkues untuk mengetahui perkara sebenarnya yang berlaku menyebabkan kematian mendiang Teo. Serta penubuhan suruhanjaya diraja mengkaji cara-cara siasatan SPRM.

Dalam kenyataannya, PM sendiri akan menyerahkan laporan penyiasatan kepada keluarga mendiang Teo.

Daripada imej yang ditayangkan TV3, saya nampak keikhlasan di wajah Dato Seri Najib yang turut menuntut kebenaran dan keadilan kepada keluarga mendiang Teo.

Read more...

YANG BERKUASA BOLEHLAH KATA JANGAN BEREBUT KUASA...SELEPAS MEREKA REBUT KUASA!

Monday, July 27, 2009




Foto: Datuk Seri Shafie Afdal. Pemimpin Sabah yang terpaksa memberi tumpuan kepada politik negeri Kedah kerana akan hanya mendapat kredit jika BN dapat menawan Kedah
Sabtu, tanggal 25hb July, sewaktu merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Bahagian Semporna, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Afdal bercakap tentang sejarah perpecahan orang Melayu/bumiputra dalam UMNO.

Menurut Ketua UMNO Semporna itu, perpecahan dalam UMNO berpunca daripada perebutan kuasa dalam parti sehingga parti berpecah dan tertubuhnya PAS dan Semangat 46.

PAS ditubuhkan pada 1951 apabila sekumpulan pemimpin Melayu dalam UMNO yang menganggotai Biro Agama, keluar dari parti dan menubuhkan Persatuan Ulamak Se Malaya kerana berpendapat dasar-dasar UMNO terlalu secular. Persatuan itu akhirnya di daftar sebagai Pan Malaysian Islamic Party (PMIP) dan kemudiannya bertukar menjadi Parti Islam Se Malaysia (PAS).

Manakala Parti Semangat 46, tertubuh berikutan pertandingan merebut jawatan tertinggi parti pada mesyuarat agung 1987. UMNO berpecah kepada dua team. Team A yang diketuai Tun Mahathir dan team B yang diketuai YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Selepas pertandingan parti UMNO telah diharamkan dan muncullah UMNO Baru dan parti Semangat 46.

Oleh itu menurut Shafie yang juga Ketua Perhubungan UMNO negeri Kedah, perebutan kuasa dalam parti janganlah dijadikan satu budaya kerana ini akan melemahkan UMNO.

“Jika kita lihat sejarah parti UMNO, kekalahan parti dalam piliahnraya umum bukan berpunca daripada kekuatan parti pembangkang tetapi perpecahan dikalangan anggota parti telah menyumbang kekuatan kepada pembangkang”.

Ulasan penulis:

Isu yang dibangkitkan Datuk Seri Shafie Afdal merupakan isu penting. Oleh itu kita berharap pemimpin yang berada ditampuk kuasa beringat-ingatlah jangan membolot semua jawatan yang ada dalam parti dan kerajaan untuk kaum keluarga dan suku sakat sahaja. Masalahnya pemimpin UMNO lebih sayangkan jawatan daripada parti dan sanggup melihat parti berpecah daripada kehilangan jawatan.

Read more...

INIKAH IMEJ PERDANA MENTERI 1MALAYSIA?

Tuesday, July 21, 2009







Adakah foto rasmi PM menggambarkan Konsep 1Malaysia?







Cerita gambar rasmi PM mulanya keluar dari mulut seorang kawan (bukan Melayu) ketika kami kebetulan berjumpa di salah sebuah pejabat kerajaan di Kota Kinabalu. Pada ketika itu Datuk Seri Abdullah Badawi adalah Perdana Menteri.

“saudara cuba perhatikan gambar rasmi Perdana Menteri” sambil telunjuknya mengarah ke dinding.

“Itu sepatutnya gambar rasmi Presiden UMNO, dengan pakaian lengkap Melayu. Tidak sepatutnya gambar Perdana Menteri Malaysia seperti itu. Dulu gambar Tunku,Tun Razak dan Tun Hussien Onn tidak pakai baju Melayu. Mereka pakai kot dan bersongkok."

“Tetapi bukankah pakaian Melayu adalah pakaian kebangsaan?” Saya memberi jawapan.

“memang betul tetapi janganlah pakaian kebangsaan itu semuanya berciri Melayu. Kaum Cina, India, Kadazan, Bajau, Iban, Dayak juga ada perasaan bila tenguk PM pakai baju semua ciri melayu. Cukuplah dengan bersongkok sahaja. Dulu gambar rasmi Tun Mahathir, songkok pun tiada. Dia pakai kot sahaja. Sebab itu semua kaum di Malaysia sayang Tun Mahathir.”

Renung-renungkanlah…

Read more...

KEMISKINAN TEGAR - SATU TINJAUAN SOSIAL

Friday, July 17, 2009


OLEH: MOHD AMINII GAWIIS,
KOTA BELUD

Foto: Gambar amat menyedihkan. Sang Helang Vulture bersedia menunggu kanak-kanak yang akan mati kebuluran untuk santapan.





Kemiskinan merupakan satu fenomena sosial yang barangkali belum ada formula saintifik yang dapat merungkai hingga ke akar umbi apa sebab sebenarnya terjadi masalah ini dalam dalam kehidupan manusia. Bersumberkan kepada nas dalam Al Quraan masalah kemiskinan adalah merupakan qadha dan qadar Allah keatas khalik ciptaannya.

Dengan itu jelaslah bahawa fenomena kemiskinan sosial itu tersirat falsafah kebesaran Tuhan dan amat sukar diinterprestasikan oleh akal manusia yang dangkal itu.Dari segi teori sosiologi kemiskinan itu dapat ditafsiirkan sebagai satu situasi serba kekurangan samada dari aspek keperluan asasnya seperti makanan, pakaian dan tempat berteduh.

Barangkali pendapat ahli sosiologi ini amat sesuai sebagai satu landasan penghujahan melihat masalah kemiskinan itu bermula daripada tercipatnya teori ilmiah sosiologi pada masa itu hinggalah ke abad kedua puluh.Ternyata intipati pemikiran yang cukuip kritis itu amatlah diperlukan oleh mereka ketika itu. Golongan ini menilai dan menkaji sejauh mana kekesanan idea mereka merungkai punca masalah sosial tersebut.

Ali .M.Rachman dalam bukunya bertajuk Masyarakat Kecil Dalam Era Global berpendapat bahawa kemiskinan itu adalah gaya hidup yang tumbuh dari intibudaya setiap masyarakat yang spesifik habitatnya di mana tradisi memahami ekosistem telah mendarah daging.Golongan masyarakat yang dihempit oleh bebanann kemiskinan yang lahir darpada habitat kehidupan memang wajar sekali diberi tumpuan adil dan saksama oleh pihak pemerintah.

Beberapa garis panduan yang dipetik dari sebuah buku bertajuk Proses Pembangunan Masyarakat susunan Patner Of Community Organisation, menyatakan bahawa pihak yang bertanggung jawab dalam menyusun semula masyarakat wajar mengambil kira apakah pembangunan tersebut mencapai sasarannya.Perlu dilihat apakah prisip dan ciri pembangunan masyarakat itu.Penekanan harus dibuat dalam kerja menganalisa isu utama krisis kemiskinan yang telah mendarah daging dalam kehidupan kelompok masyarakat itu?

Kemiskinannya perlu dicari dan dikesan dengan rasa tanggungjawab. Kerja harus berlandaskan sifat kebajikan dan ehsan dengan slogan utamakan golongan miskin Pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat itu perlu dibuat penuh keiklasan supaya golongan sasar tersebut dapat keluar daripada kepompong kemiskinan yang membelenggu kehidupan mereka turun-temurun.

Persoalannya sekarang,bagaimana mengukur tahap kemiskinan?.Tahap kemiskinan barangkali boleh dilihat dari segi alam sekelilingnya.Penilaian tahap kemiskinan mungkin terjemahan daripada situasi persikataran yang serba kekurangan.Kelompok sasar dilihat tidak memiliki eset asas seperti tanah,rumah usang dan tidak mempunyai kemudahan bekalan elektrik dan air paip.Golongan inilah yang ditakripkan sebagai miskin tegar.

Dr.S..Hussin Ali dalam bukunya Kemiskinan dan Kelaparan di Kelantan mengariskan dua faktor utama menjadi ukuran kemiskinan iaitu pertama keadah mutlak dan kaedah perbandingan.Pengukur kemiskinan menurut kaedah mutlak ialah melihat dari segi pendapatan.Jumlah pendapatan adalah pemisah dan membeza tahap kemiskinan.Dalam merujuk kes ini sebagai contoh pendapatann RM.7000 setahun yang bersamaan purata pendapatan sabulan RM. 600 ratus, jumlah ini masih diklasifikasikan sebagai golongan miskin.
Golongan yang dikategori seperti ini disenaraikan sabagai miskin mutlak.Pengukur kemiskinan kedua dibuat secara perbandingan tara.Dr.S.Hussin meghuraikan perbandingan kes kemiskinan seperi berikut;"Perbandingan kemiskinan dalam satu-satu masyarakat biasanya dikaitakan dengan struktur susun lapis masyarakat dan perbezaan atau ketidak saksamaan ekonomi yang dijelmakan"

Mengiikut statistic Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia seramai 48,134 Ketua Isi Rumah Termiskin di Sabah setakat ini.Ini merupakan satu angka besar dan memerlukan perhatian serius pihak kerajaan untuk mencari langkah bjjaksana dan mesra masyaraka untuk mengatasi masalah itu.

Tidak hairanlah negeri ini telah dikategorikan negeri termiskin di Malaysia.Ini merupakan satu cabaran bagi kerajaan Sabah itu sendiri dan menutut satu penelitian dan kajian dasar kerajaan melalui agensi-agensi dipertanggungjawab membasmi kemiskinan.

Daerah Kota Belud adalah daerah diistiharkan termiskin di Malaysia.Apakah benar daerah itu daerah termiskin? Persoalan itu perlu ditanya kembali kerana kita perlu tahu dari sudut mana penilaian kemiskinan itu dibuat Lapangan kajian dan pemerincian skop kajian dan penilaian masyarakat Kota Belud perlu diperjelaskan kepada umum dari segi mana masalah kemiskinan itu dilebalkan kepada masyarkat Kota Belud.

Kalaulah benar apakah pelan tindakan telah dibuat oleh para pemimpin tempatan di daerah ini untuk mengetasi isu tersebut.Mungkin ada juga kewajaran pemikiran Ali.M.Rachman yang menekankan sikap dan gaya hidup masyarakat itu yang sukakan budaya kemiskinan terus melingkari kehidupan ,tak mahu menerima kemajuan dan pembangunan .

Jika inilah berlaku adalah amat sukar mengubah kehidupan sesuatu kolompok masyarakat itu dan terjadilah istilah kemiskinan itu mendarah daging dalam kehidupan turun temurun.

Read more...

NIK AZIZ HILANG MAGIS DI MANEK URAI..

Tuesday, July 14, 2009


Isu Tok Guru dan keluarganya kaya raya.

Keputusan PRK Manek Urai telah diramal akan memihak kepada parti PAS. Tapi tidaklah dengan majority begitu kecil. Namun itulah hakikatnya di MU. Ada yang berkata, factor calon sebagai punca penyokong PAS berpaling tadah. Ramai yang dulunya penyokong peribadi Pak Su Well, bukan penyokong parti.

Ramai juga penganalisis yang berpendapat pengaruh Tok Guru Nik Aziz telah mulai merosot berikutan isu kerajaan perpaduan. Isu harta kekayaan yang didedahkan para blogger juga sedikit sebanyak telah menjejaskan imej Tok Guru. Kehadiran Lim Kit Siang dan Lim guan Eng yang berucap di atas mimbar masjid juga telah menjejaskan imej Islam yang dipelopori parti PAS.

Berikut sajak saudara Yasin Saleh yang dia sms kira-kira jam 3pm sewaktu saya dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur meninggalkan Manek Urai.


Serindit Tua Hilang Magis

Manek Urai musim buah
sekarang,
berhimpunlah para
mergastua, segalanya
monyet, tupai berlompat
lompatan,

Bising bangar
berebutan melarah mutan
bergomolan berebutan
mengepong durian
bertolak-tolakan bersepak-
sepakan menggonggong
bacang
sambil semut dan
kerengga bertempiaran
berjerit-jeritan
bercakar-cakaran
di dahan-dahan
di batang-batang

Dalam demikian dusun-
dusun gempita
dengan amat tiba-tiba
Serindit tua kehilangan
magis
paruhnya tiba-tiba
mengudis getah bacang
kicaunya hilang merdu
nyanyianya hilang lagu.

Lalu, tersembamlah
serindit tua itu jatuh
ke atas taik musang
yang sedang disondolo babi
bergelumangan

dan pasirpun
memutihlah di Lakloh
dan ceritera semalam
membelantara di Manek
Urai

….yassinsalleh
1400 hrs julai 14.09
Kg Lakloh, Manek Urai.

Read more...

POLITIK DAN PEMBANGUNAN DI KELANTAN

Sunday, July 12, 2009

SETIAP HARI (KECUALI JUMAAT) 20 LORI BALAK DIBAWA KELUAR. ADA BATANG BALAK YANG SEBESAR "TIN MILO" PUN DITEBANG. ORANG POLITIK HARUS DITANYA, KEMANA PERGINYA HASIL BALAK RAKYAT KELANTAN?


Kempan semakin rancak di Manek Urai. Sekarang jam 4.15 pagi, saya baru sampai ke Hotel. Saya dan Wak Din menumpang kereta kawan dari Sabah, Tony dan Nabil. Kami bertolak dari Kg Laloh jam 11.30 malam. Tetapi kerana kesesakan lalu lintas di Kg Peria, perjalanan ke Kota Bharu yang biasanya tidak sampai satu jam mengambil masa hampir 3 jam.

Dilaporkan ada ceramah parti PAS di markas kampong Peria. Markas itu terletak ditepi jalan. Ia seperti satu pesta. Tempat menjual macam-macam barangan batik, kaset, buahan dan sebagainya. Jika tiada ceramah, penyokong masih berkumpul mendengar rakaman ucapan-ucapan pemimpin mereka melalu beberapa skrin tv.

Kenderaan yang diletak di kiri dan kanan bahu jalan mengakibatkan jem teruk sehingga 40km jauhnya. Ini sebenarnya satu taktik ‘perang psikologi’ parti PAS menunjukkan kepada kepada pengundi Manek Urai, ceramah anjuran PAS mendapat sambutan hangat. sebenarnya Polis traffic pun sukar mengawal kenderaan kerana hanya satu sahaja jalan keluar dan masuk ke bandar Kota Bharu.

Dalam kunjungan pertama ke Kelantan, dalam kepala saya pasti ada lebuh raya sampai ke Kota Bharu seperti ke JB atau Kuala Trengganu dan ibu negeri lain. Sebab itu saya tidak kisah memandu sendiri walaupun lebih 400 Km jauh dari KL. Rupa-rupanya jalan melalui Gua Musang itulah adalah satu-satunya jalan ke Kota Bharu.

Highway? Jangan sebut highway, Jalan masuk ke bandar Kota Bharu bermula dari Machang pun hanya satu lorong. Sempit dan selalu jem. Saya tanya seorang rakan blogger yang berasal dari Kelantan kenapa tak buat dua lorong. Katanya, soal tanah adalah hak kerajaan negeri bukan kerajaan persekutuan. Lagipun di Kelantan, isu tanah sensitive dan tidak mudah untuk orang kampong melepaskan tanah mereka walaupun untuk tujuan awam.

Melihat sepintas lalu keadaan rumah-rumah orang kampong di kawasan Manek Urai, saya boleh rumuskan rakyat negeri Kelantan secara umumnya masih miskin. Ini mengingatkan saya cerita YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Menurut Ku Li, pada pilihan raya 2008, semua stesen minyak di Kelantan habis stok minyak. Kereta Mercedes, BMW, Lexus dan apa jenis kereta mewah ada di Kelantan.

Pada masa itu Ku Li terus buat kesimpulan, BN tak boleh menang di Kelantan. Orang luar Kelantan majoritinya sokong parti pembangkang walaupun mendapat segala kemudahan DAN peluang perniagaan dari kerajaan BN.

Golongan yang kaya inilah yang bermain politik. Mereka tidak kisah apa yang berlaku kepada rakyat negeri yang menetap di Kelantan. Begitulah nasib rakyat Manek Urai jika mereka terus membiarkan diri mereka menjadi mangsa permainan politik, sedangkan mereka masih perlukan pembelaan dari kerajaan Pusat.

Apakah rakyat Manek Urai akan mula bertanya kemana kah hasil-hasil balak negeri Kelantan? Mulanya pemimpin PAS sembunyikan kereta mewah dari mata rakyat. Tapi pilihan raya kecil Manek Urai jelas secara terang-terang pemimpin PAS Kelantan telah menunjukkan kereta mewah mereka sewaktu berkempen. Mungkin mereka nak tunjukkan kepada orang Kelantan dari luar bahawa duduk di Kelantan pun boleh hidup mewah hasil dari balak.
Sama-samalah kita nantikan apakah keputusan rakyat Manek Urai pada 14 Julai ini.

Read more...

SEJENAK BERSAMA PAK AZIZ SATAR

Wednesday, July 8, 2009

Ini Dato Seri Utama Rais Yatim, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi. Bukan Datuk Aziz Sattar la.....










KHAMIS lepas, saya lalu depan Restoran Riverside, bangunan PWTC, kebetulan masa itu ramai kawan sedang minum petang. Tok Din, orang Perak, dulu pernah jadi pegawai JASA kenalkan saya dengan Datuk Aziz Sattar. Serta tiga lagi kawan dari PAPITA.

“Apa kabar Pak Aziz, tak sangka saya boleh duduk semeja dengan Menteri Penerangan Malaysia” Saya berseloroh dengan pelakon Laksamana Do Re Me itu. “Betullah, ramai kata saya serupa Menteri Penerangan. Tapi saya dah 84 tahun, Dato Rais baru 69” jawap Pak Aziz senyum.

Topik perbualan berkisar tentang filem. Pak Aziz seronok cerita pasal P. Ramlee, katanya filem P.Ramlee banyak menonjolkan soal perpaduan kaum. Ada juga diselit cerita politik seperti kerajaan “bawah pokok”.

“Tapi Pak Aziz, filem dan drama sekarang tidak lagi menggambarkan masyarakat Malaysia yang sebenarnya” saya memulakan hujah. Walaupun tidak pernah menulis skrip atau membuat filem, saya gemar menonton tapi filem dan drama yang serius.

“Kalau drama Melayu, semua pelakon orang Melayu. Pemandu teksi orang Melayu. Masuk restoran milik Melayu, pelayan orang Melayu, security guard Melayu, polis orang Melayu. Apa salahnya pemandu teksi tu ambil pelakon India atau Cina? Pelayan kedai orang Kadazan atau Iban. Polis ambil pelakon bangsa Sikh. Bukankah itu muhibbah dan gambaran sebenar masyarakat negara kita?”

Drama Cina dalam “Kisah Benar” memilih semua pelakon Cina. Seolah-olah filem bukan berlatar belakang Malaysia.

Pak Aziz mengangguk mengiyakan kata-kata saya.
Barangkali Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi perlu buat seminar untuk para produser filem dinegara ini. Buat drama atau filem yang menggambarkan masyarakat Malaysia sebenarnya. Filem-filem seperti ini sudah cukup menunjukkan muhibbah dan perpaduan. Ini pun promote 1Malaysia juga.

Saya sedang menunggu drama, yang pelakon perempuan orang Melayu, Hero lelaki warga Afrika atau warga Arab. GRO Chinadoll, Security guard Mat Bangla, pelayan restoran perempuan Acheh, restoran milik Indon, pemandu teksi orang Vietnam. Itupun gambaran 1Malaysia juga. Fikir-fikirkanlah..

Read more...

TOK PA BOLEH TAWAN MANEK URAI..

Friday, July 3, 2009



Parti ATAU calon yang jadi penentu?

Petang tadi saya dapat sms dari seorang kawan. Dia orang Kelantan. Tak pasti dia sms dari Manik Urai atau tempat lain. Namun yang pasti sekarang dia berada di Kelantan. Sms pertamanya “apakah Pak Su Well atau PAS yang berpengaruh di DUN Manek Urai?”.
Foto: Dato Mustapha Mohamed. Tok Pa boleh tawan Manek Urai!

Sms kedua”Of course Pak Su. Wakil Rakyat 4 tape, dari dalam kubur, ke gelanggang belaka ayam, kenduri kendara, pah atas masjid dan bukus pelir budak jawi (sunat)”. Sms kedua sebagai mengesahkan sebenarnya yang berpengaruh di kawasan Manek Urai ialah Allahyarham Pak Su Well.

Dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai kali ini, factor calon juga masih kekal sebagai faktor penentu sokongan rakyat. PAS memilih calon pemborong ikan. PAS pilih imej calon orang kampong. Manakala UMNO yang mewakili BN memilih seorang calon muda yang mewakili golongan korporat, imej orang bandar.

Disamping factor calon, factor pucuk pimpinan negeri juga memain peranan penting. Saya selalu berhujah, Tok Pa adalah factor di Kelantan. Barangkali ketokohannya dalam bidang agama belum setanding dengan Tok Guru Nik Aziz, tetapi Tok Pa juga disayangi rakyat Kelantan. Rata-rata penganalisis politik dari Kelantan setuju, faktor Tok Pa boleh swing mood pengundi.
Semasa mengetuai UMNO Kelantan, Tok Pa hampir menumbang kerajaan PAS yang hanya majority 2 kerusi pada pilihan raya 2004.

"Orang Kelantan ni pelik sikit, mereka boleh berubah fikiran dan sokongan dalam sekelip mata" kata seorang blogger dari Kelantan. Menurutnya, PAS sendiri tidak begitu yakin dapat mempertahankan Manek Urai berikutan masalah yang melanda kepimpinan PAS sekarang, terutama selepas isu kerajaan perpaduan yang dicadang Hadi ditentang Nik Aziz.

Di pihak UMNO banyak bergantung kepada ketokohan Tok Pa, disamping kemampuan calonnya. Dan sudah tiba masanya kepimpinan UMNO bahagian Kuala Krai menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menawan kerusi Manek Urai.

Read more...

NASI LEMAK MELAYU YANG PALING DIMINATI ORANG CINA. SEDAPPP....

Wednesday, July 1, 2009


Gerai Kak Mah memang terkenal dengan nasi lemaknya. Sedap hingga menjilat jari. Mengalahkan iklan KFC.
Semua kaum suka nasi lemak Kak Mah terutama sekali kaum Cina dan bukan bumiputra. Pasal apa suka, tidak siapa pun tahu. Harga nasi lemak hanya RM 1 sahaja satu bungkus.

Kak Mah setiap hari jual 100 bungkus, tidak lebih dan tidak kurang. Tetapi 30 bungkus mesti dijual kepada bumiputra dan orang Melayu sahaja. Berbaris dan berebut-rebut orang lain yang bukan bumiputra terutama orang Cina membeli 70 bungkus nasi lemak Kak Mah kerana yang 30 bungkus itu yang dikhaskan kepada bumiputra dan Melayu, kaum lain tidak boleh dibeli.

Masalah pokoknya, orang bumiputra dan Melayu tidak mampu beli walaupun harga RM1. Ada lah satu atau dua orang yang membeli dan makan nasi lemak itu. Maka timbullah bijak pandai orang bumiputra dan Melayu meminjam duit orang Cina. Membeli dan menjual semula nasi lemak itu pada harga 1.50 kepada orang Cina dan bukan bumiputra. Maka untunglah bumiputra sebanyak 50sen walaupun tak merasa nikmat nasi lemak Kak Mah.

Pada mulanya orang Cina tidak kisah bayar mahal sedikit kerana ekonomi baik. Berniaga mereka pun okay. Tapi bila ekonomi kurang baik, timbullah perasaan mereka tertipu dan tidak berbaloi membeli nasi lemak harga RM1 tetapi bayar RM1.50.

Hari-hari berikutnya, semakin kuranglah orang Cina membeli nasi lemak Kak Mah. Yang Kak Mah pula masih juga berdegil dengan dasarnya menjual 30 bungkus kepada orang Melayu walaupun Kak Mah tahu orang Melayu dan bumiputra tidak mampu membeli.

Akibat sikap Kak Mah yang mempertahankan dasarnya, gerai nasi lemak Kak Mah yang sedap itu tidak lagi dibeli orang bukan bumiputra walaupun rasanya sedap kerana ada gerai-gerai lain yang tidak meletakkan syarat 30 bungkus jual kepada orang bumiputra. Mereka pun berpindah ke gerai lain.

Akhirnya gerai Kak Mah terpaksa gulung tikar. Kak Mah jatuh miskin.Suami dan anak-anak jatuh miskin dan semuanya rugi kerana mempertahankan 30 bungkus untuk orang Melayu dan bumiputra.

Soal 30%ekuiti bumiputra bacalah seterusnya dalam www.muslioli.blogspot.com

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP