Showing posts with label anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label anwar Ibrahim. Show all posts

HIKAYAT 916 - ANWAR IBRAHIM KELUAR DARI PAKATAN?

Saturday, March 20, 2010

Hikayat 16 September menjadi hikayat menarik setelah pendedahan Zahrain dalam Dewan Rakyat minggu lalu. Zahrain adalah sahabat baik Anwar. Dalam dan luar politik. Saya yakin mereka masih kekal sahabat. Wayang Anwar belum habis.

Ramai yang sakit kepala fikir bagaimana Anwar boleh mempengaruhi pemimpin-pemimpin PAS dan DAP yang dia boleh mengambil alih kerajaan pada 16 September. Lim Kit Siang, Nik Aziz, Guan Eng dan lain-lain nampak mati akal depan Anwar dan menerima apa sahaja perancangan politik Anwar.

Dalam Pakatan hanya MP Bukit Gelugor Karpal Singh yang berani membantah tindakan Anwar. Malah satu ketika amat marah dan minta Anwar "bertaubat"  setelah tiga ADUN  Perak keluar dari Pakatan. Agak sukar rakyat mempercayai pemimpin seperti Lim Kit Siang, seorang yang mempunyai imej sebagai  pejuang demokrasi, rupanya bersedia juga merampas kuasa tanpa melalui peti undi.

Namun ini semuanya kerana kehebatan Anwar Ibrahim. Beliau boleh meyakinkan mereka bahawa 32 MP akan menyertai Pakatan sebelum 16 September. Malah lebih meyakinkan dengan mengatakan DYMM dan pihak keselamatan juga telah memperkenan dan bersedia melakukan peralihan kuasa. Turut percaya perancangan Anwar itu berjaya ialah media antarabangsa seperti CNN dan BBC.

Pendedahan MP Bayan Baru hanya 'refresh' dan mengesahkan cerita-cerita kedai kopi dan gossip mengenai perancangan rampasan kuasa 16 September. Rakyat sudah tahu cerita ini, cuma Zahrain hanya mengesahkan kerana Zahrain sendiri bersama-sama Anwar pada ketika itu.

Ternyata komplot itu tidak berjaya. Anwar sebenarnya dari awal mengetahui, dia tidak mempunyai bilangan MP yang dikehendaki.  Barangkali lapan orang MP yang didedahkan nama oleh Zahrain  itu bersetuju sertai Pakatan setelah yang lain bertindak dahulu. Apa yang berlaku di Perak berikutan tindakan Nasharuddin Rais yang telah menyertai PKR kembali kepangkuan UMNO dan membawa tiga ADUN Pakatan adalah titik tolak kegagalan Anwar.

Saya tidak dapat membayangkan apa akan terjadi kepada negara jika rampasan kuasa itu berjaya. Apakah parti UMNO yang memperolehi majoriti kerusi dalam dewan rakyat akan berdiam diri setelah MP-MP nya berlompatan menyertai Pakatan? Bagaimana dengan 3.4 juta ahlinya? Apakah mereka akan berdiam diri dan merestui atau melakukan kekacauan seperti penyokong Thaksin di Thailand?

Saya tidak ingin membayangkan apa akan terjadi dengan negara Malaysia selepas itu.

Setelah pendedahan hikayat 16 September saya percayai kredibiliti Anwar sebagai ketua Pakatan dan Ketua Pembangkang begitu terjejas. Keyakinan penyokong Pakatan jelas semakin merosot. Anwar tidak lagi dianggap aset sebaliknya liabiliti kepada Pakatan. Barangkali jalan terbaik kepada Anwar untuk menyelamatkan karier politiknya  ialah meninggalkan Pakatan dan  menjadi MP Bebas. Biarkan Anwar   pula membuat pendedahan!

Fikir-fikirkanlah!

Read more...

UMNO DENGAN MASALAH "MANTAN". ANWAR DILABEL PENGKHIANAT MELAYU DI PERMATANG PASIR

Friday, August 14, 2009





GAMBAR: Anwar Ibrahim. Permatang Pasir adalah kubu peribadi Anwar. Apa juga serangan peribadi keatas beliau hanya akan merugikan BN.







Sejak gagal mempertahan jawatan naib ketua UMNO, sahabat saya tu telah beberapa kali dihubungi dan dipujuk untuk menyertai PKR atau PAS. “Mereka tak macam orang UMNO hantar sms atau kol. Mereka datang ke rumah”.

“Tetapi sampai la ni saya tolak, saya masih sokong UMNO, walaupun saya tak ada jawatan dalam parti. Orang lain saya tak tahu. Tapi ramai yang dah join.” Begitulah cerita kawan saya itu. Sebenarnya ramai “mantan” pemimpin UMNO yang menjadi target PKR dan PAS untuk menyertai parti mereka. Umumnya mantan pemegang jawatan parti atau bekas YB adalah orang-orang yang berpengaruh.

Di permatang Pasir UMNO dijangka berhadapan dengan ramai mantan termasuk DSAI sendiri adalah mantan MP UMNO, mantan Timbalan Presiden UMNO dan mantan Timbalan Perdana Menteri. Bagaimana dengan mantan Adun Permatang Pasir, Dato Ahmad Saad?

Saya kenal Dato Ahmad Saad sebagai seorang pemimpin yang cakap lepas saja. Dia akan cakap apa dia nak cakap. Dulu beliau orang mustahak dan rapat dengan Anwar Ibrahim. Pada pilihan raya 1999, Dato Ahmad Saad gagal pertahan kerusi Permatang Pasir bila kalah kepada calon PAS dengan majority 3,194. Apakah pendirian beliau ketika ini?

Sejak tahun 1999, Permatang Pasir yang termasuk dalam kawasan parlimen Permatang Pauh, menjadi kubu parti pembangkang. Pada pilihan raya 2004, Permatang Pasir dapat dipertahankan PAS dengan majority berkurangan iaitu 679 sahaja. Tetapi majority bertambah kepada 5433 pada pilihan raya umum 2008.

Pada PRK kali ini UMNO di wakili seorang pemimpin muda Rohaizat Othman berhadapan dengan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man. Orang baru lawan orang lama. Senario hampir sama dengan Manek Urai. Baru lawan lama. Salleh Man telah beberapa kali bertanding tetapi tidak berjaya menjadi wakil rakyat. Mungkinkah Permatang Pasir membawa tuah kepada Salleh Man?

Saya menjangkakan PRK Permatang Pasir akan terus menjadi medan isu sensasi dan sensitive kedua-dua pihak yang bertanding. Pengundi Melayu akan jadi tumpuan kerana 72% daripada pemilih adalah orang Melayu. 25% adalah pengundi Cina. UMNO dijangka akan terus menggunakan isu Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu.
Tetapi UMNO mestilah berhati-hati dengan isu pengkhianat Melayu. Jangan sampai keris menikam tuan. fikir-fikirkanlah..

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP