Showing posts with label perkasa. Show all posts
Showing posts with label perkasa. Show all posts

PELANCARAN PERKASA NEGERI PAHANG

Sunday, January 24, 2010




Sewaktu rombongan kami dari Kuala Lumpur tiba di perkarangan Dewan Tun Razak, orang ramai dah penuh sesak. Kelihatan juga Yang Di Pertua Perkasa dari Wilayah Persekutuan, Datuk Mokhtar Samad, YDP Selangor dan YDP Sarawak dan rombongan AJK Perkasa Pusat.

Tak lama kemudian saya dapat panggilan telepon daripada YDP Perkasa Pahang Dr Zubir. Dia minta saya segera masuk ke dalam dewan kerana telah tiba masa saya berucap. Dalam dewan, YDP Perak saudara Zaini sedang berucap. Saya mengambil tempat duduk bersebelah Dr Zubir. "You kena berucap, orang Pahang nak dengar cerita dari Sabah" bisik Dr Zubir.  Saya hanya mengangguk. Setiap pelancaran negeri saya mesti berucap.

Dewan dah penuh sesak. Bersemangat berucap jika dewan penuh sesak dengan orang ramai, bisik hati saya. Saya memulakan ucapan dengan cerita sejarah penubuhan Malaysia. Peranan Tunku dan pemimpin Sabah dan Sarawak yang merealisasikan pembentukan sebuah negara baru iaitu Malaysia yang di tubuhkan pada 16 September 1963. 

"Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendekatan politik Tunku, namun saya tegaskan disini,  wawasan atau visi politik Tunku mencadangkan gagasan Malaysia di Singapura pada tahun 1961 kemudian direalisasikan pada 16hb September 1963 telah menyelamatkan BN dan ketuanan politik Melayu/Islam pada PRU12 Mac lalu."

"Yang selamatkan Ketuanan politik bangsa Melayu ialah bangsa Bajau, Kadazandusun, Iban, Bisaya, Orang Sungai, Orang Ulu, dan lain-lain suku pribumi Sabah dan Sarawak kerana menyumbangkan 56 kerusi parlimen kepada Barisan nasional"

Sewaktu tengah bersemangat berhujah saya dimaklumkan MB Pahang sudah ada di perkarangan dewan. Saya ucapkan terima kasih dan beri salam. Bersama-sama dengan Presiden Perkasa, Dato Paduka Ibrahim Ali, kami terus menyambut ketibaan Datuk Seri Adnan Yakub yang akan merasmikan Perkasa Pahang.


Read more...

IBRAHIM ALI RASMI SEMINAR DI SABAH

Wednesday, December 9, 2009



Sempena pelancaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara cawangan Sabah pada 12hb Disember depan, satu seminar bertajuk "Rakyat Didahulukan Pencapaian di Utamakan. Sekadar Retorik?" di Le Meridien Hotel KK bermula jam 8 pagi.

Seminar itu dirasmi Presiden Perkasa Malaysia, Dato Ibrahim Ali. Tiga ahli panel dijangka akan mengemukkan kertas kerja mengenai tajuk seminar. Antara ahli panel itu termasuk Dr Zubir dan Dr Kadir Jaafar dari Universiti Malaya.

300 peserta yang terdiri daripada golongan cendekiawan dijangka akan hadir membincangkan slogan PM yang bertema rakyat didahulukan.

Pada sebelah malam iaitu pada majlis pelancaran, satu persembahan pentomen dan tayangan video mengenai perjuangan Tun Mustapha akan dipersembahkan kepada ahli-ahli Perkasa Sabah. Pelancaran Perkasa akan dirasmi timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak. Majlis akan bermula jam 8 malam dan dijangka berakhir jam 12 malam.

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP