Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

ISTERI MENTERI ATAU TIMBALAN MENTERI? YANG MANA SATU NI?

Sunday, November 15, 2009

Mewakilkan isteri lebih glamour daripada mewakilkan timbalan menteri

Malam Ahad saya menyaksikan Malam Anugerah Penyampai Ikon pertama RTM. Majlis yang berlangsung di Panggung Sari Istana Budaya itu disiarkan secara langsung di TV2 pada jam 8.30 malam.

Pemenangnya ialah Aina Suzaily M. Zailany, 20 tahun. Tahniah kepada adik Aina. Hadiah disampaikan isteri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datin Seri Utama Dr Maznah Rais.

Saya tertanya-tanya kenapa isteri menteri yang beri hadiah? Apakah status sebenar pertandingan penyampai ikon RTM yang menggunakan wang rakyat menjayakannya tetapi hanya status isteri menteri sahaja yang memberi hadiah?

Setahu saya, jika ada acara pertandingan ratu cantik, Ratu Gawai, Ratu Tadau Kaamatan di peringkat kampung, daerah atau negeri, memang lumrahnya isteri menteri atau isteri wakil rakyat yang beri hadiah. Tetapi majlis semalam itu bukan pertandingan ratu cantik! Juga bukan pertandingan nyanyi. Pertandingan memilih penyampai Ikon RTM.

Jika Menteri tak sihat atau malas nak berikan hadiah kerana pemenangnya wanita kenapa tak wakilkan Timbalan Menteri atau Ketua Pengarah atau KSU?

Saya bimbang dimasa akan datang banyaklah acara menteri-menteri akan diwakili isteri-isteri menteri. Jadi satu fenomena baru pula dalam negara dimana isteri-isteri menteri telah mengambil alih jawatan menteri atau timbalan menteri.


Jika nak sangat Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang glamour, saya cadangkan lantiklah Datuk Siti Nurhaliza sebagai Menterinya. fikir-fikirkanlah!

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP