Showing posts with label perdana menteri. Show all posts
Showing posts with label perdana menteri. Show all posts

PERLANTIKAN DATUK IDRIS JALA. NAJIB TIDAK YAKIN ORANG POLITIK?

Thursday, August 27, 2009






Foto: Datuk Idris Jala. Mampukah tokoh korporat pulihkan imej kerajaan BN?






Pastinya perlantikan Datuk Idris Jala sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri diterima baik majoriti rakyat negara ini. Tetapi kepada orang politik, perlantikan beliau tidak memberi sumbangan yang signifikan. Idris Jala bukan Ahli Majlis Tertinggi atau Ketua UMNO bahagian. Beliau juga bukan pemimpin parti komponen BN.

Berbanding dengan pemimpin politik, tidak ramai orang atau pengikut yang menumpang hidup dan menumpang tuah dengan perlantikan Datuk Idris Jala. Kecuali keluarga dan kawan-kawan yang rapat dengan beliau. Makanya tidak ramai orang politik melihat perlantikan itu sesuatu yang positif kepada mereka.

Bagaimanapun kepada rakyat Malaysia secara umumnya perlantikan Datuk Idris Jala disambut dengan penuh harapan. Rakyat melihat Idris adalah seorang tokoh korporat yang terbukti kemampuannya ketika menjadi MD dan Vice President syarikat Shell dan CEO syarikat penerbangan MAS.

Penganalisis politik berpendapat, Dato Seri Najib terpaksa membuat keputusan yang berani setelah mengambil kira keputusan tujuh PRK terutama sekali Permatang Pasir. Di Permatang Pasir sebagai contoh, ahli UMNO berjumlah lebih 5000 berbanding dengan PAS seribu lebih dan PKR juga seribu lebih. Dari mana 6000 pengundi yang menyokong PAS?

Mereka inilah yang dikatakan non-partisan dan barangkali sebahagian besar adalah terdiri daripada golongan remaja dan kaitangan kerajaan dan swasta. Ada yang mengistilah sebagai golongan atas pagar. Golongan ini tidak memihak kepada parti kerajaan dalam PRK? Kenapa? Antara puncanya, golongan tersebut tidak yakin dengan orang politik dalam kerajaan.

Maka itu Dato Seri Najib mengambil keputusan yang segera dan drastic melantik tokoh yang ada kredibiliti dan integrity menyertai kabinetnya. Tidak semestinya orang politik. Ternyata orang politik gagal memulihkan keyakinan rakyat kepada kerajaan pimpinan BN.

Persoalan sekarang bukan lagi soal BN kalah dalam PRK tetapi soal integrity orang politik. Sebagai contoh di Permatang Pasir dan Kuala Terengganu. Timbul isu pemilihan calon. Jelas ketara orang politik mengutamakan kepentingan diri dan para sahabat berbanding kepentingan memelihara imej parti dan kerajaan. Apakah orang politik terus diberi kepercayaan dan terus-terusan memberi alasan retorik setiap kali gagal?

Saya menyokong perlantikan Datuk Idris Jala dengan kepercayaan bahawa Najib berhasrat memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan pimpinan beliau.

Read more...

NAJIB TEMUI KELUARGA MENDIANG TEO BENG HOCK

Tuesday, July 28, 2009


Najib bijak tangani isu kematian Teo Beng Hock.

Hari ini semasa menonton berita perdana TV3 saya agak terharu melihat pertemuan antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib dengan keluarga mendiang Teo Beng Hock di pejabatnya.

Selain ibu dan bapa mendiang Teo, keluarga yang lain dan bakal isteri mendiang juga turut kelihatan hadir dan bersalam dengan Perdana Menteri. Turut hadir sama ialah SETPOL Perdana Menteri yang baru, Dr Oh Ei Sun, yang saya pasti mengatur pertemuan tersebut kerana beliau yang mewakili PM semasa pengkebumian Teo.

Kematian mendiang Teo telah menjadi isu politik yang sensasi di Malaysia kerana kematiannya amat mencurigakan. Parti pembangkang terutama DAP dan PKR telah berusaha membangkitkan sentiment kaum ekoran isu kematian itu.

Namun setelah beberapa pemimpin UMNO termasuk pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyokong siasatan diraja, parti pembangkang gagal dalam usahanya itu. Kelihatan UMNO juga simpati terhadap kematian Teo dan mahukan siasatan menyeluruh.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO sebaik sahaja balik dari luar negara mengumumkan penubuhan inkues untuk mengetahui perkara sebenarnya yang berlaku menyebabkan kematian mendiang Teo. Serta penubuhan suruhanjaya diraja mengkaji cara-cara siasatan SPRM.

Dalam kenyataannya, PM sendiri akan menyerahkan laporan penyiasatan kepada keluarga mendiang Teo.

Daripada imej yang ditayangkan TV3, saya nampak keikhlasan di wajah Dato Seri Najib yang turut menuntut kebenaran dan keadilan kepada keluarga mendiang Teo.

Read more...

NAJIB KE CHINA: YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDUNG BERCICIRAN..........

Saturday, May 30, 2009

Oleh: MUSLI OLI
muslioli.blogspot.com


Lawatan Dato Seri Najib ke China pada 2 Jun mengimbas kembali hubungan yang dimulakan Allahyarham Ayahnandanya, Tun Razak kira-kira 35 tahun yang lalu pada tahun 1974.

Lawatan kali ini walaupun menurut Najib bagi mempertingkatkan hubungan kedua-dua negara, menarik lebih banyak pelaburan dan pelancong disamping memindahkan teknologi baru ke Malaysia, namun ia tidak dapat mengelak daripada tanggapan, ini adalah lawatan nostalgia. Ianya lawatan memperkukuhkan hubungan politik semata-mata.

Najib sering berkata dalam ucapan-ucapannya, bahawa UMNO tidak lagi boleh bergantung dan mengharapkan kepada nostalgia perjuangan parti untuk mendapat pengaruh dikalangan rakyat. Tetapi kali ini nostalgia lawatan ayahandanya itu terlalu penting kepada Najib untuk dilepaskan begitu sahaja. Ini adalah soal antara hidup dan mati politik Najib dan politik Barisan Nasional.

China pada hari ini sedang dilanda krisis ekonomi yang teruk berikutan jatuhnya permintaan dari negara-negara Eropah dan USA. Banyak kilang-kilang export orientad terpaksa ditutup dan kadar pengangguran melambung melebihi 10%. China sedang menghadapi krisis ekonomi yang teruk. Jika Najib ke China untuk mengadakan hubungan ekonomi ia tidak lebih dari sekadar M.O.U kerana sekarang bukan masa yang sesuai untuk mengadakan hubungan ekonomi.

Parti UMNO dan BN yang diwarisi Najib sebenarnya lebih tenat daripada yang diwarisi ayahandanya pada tahun 1969. Prestasi parti-parti komponen BN, MCA, Gerakan, MIC di Semenanjung Malaysia adalah lebih parah berbanding dengan pilihan raya 1969.

Prestasi buruk parti-parti Cina pada 1969 merupakan satu cabaran berat kepada Tun Razak untuk memulihkan keyakinan kaum Cina yang jelas menghukum MCA dengan senyap-senyap mengundi DAP. Kaum Cina juga mengundi PAS dan menolak calon UMNO/BN yang tidak mesra-Cina dan dianggap ultra Malay seperti Tun Mahathir yang tewas di Kota Setar Selatan kepada calon PAS.



Perkara pertama yang sepatutnya dilakukan Tun Razak ialah memulihkan keyakinan rakyat terutama kaum Cina kepada Perikatan terutama selepas berlakunya peristiwa 13 Mei. Namun Razak lebih bijak dengan memulakan langkah mendekati pengundi Melayu dan meyakinkan mereka bahawa kerajaan pentadbirannya ingin membela nasib bangsa Melayu. Beliau memperkenalkan DEB dan menubuhkan GLC seperti FELDA untuk meningkatkan ekonomi Melayu/buniputera.

Apabila kelihatan ada keikhlasan Tun Razak membantu bangsa Melayu/bumiputera, maka usaha menyatukan sokongan pengundi Melayu lebih mudah. PAS, sebuah lagi parti politik sokongan Melayu bersetuju bergabung dengan UMNO. Dalam usaha mengurangkan politicking, Barisan Nasional ditubuhkan menggantikan Perikatan dengan menjemput PAS, Gerakan dan parti pembangkang lain kedalam BN.

Untuk menarik hati kaum Cina di Malaysia, menjalinkan hubungan dengan negara China pada tahun 1974, walau pun China adalah sebuah negara pemerintahan komunis dan Malaysia baharu sahaja bebas daripada ancaman kominis. Gambarnya bersalam dengan Pengerusi Mao Tse Tung dan Setiusaha Agungnya Chou En Lai menepis persepsi pentadbiran Razak anti kaum Cina.

Kaum Cina mulai melihat Tun Razak lebih memahami aspirasi kaum Cina berbanding dengan Tunku. Pada pilihan raya ke 4, 20 Ogos 1974, kesemua 61 calon UMNO menang, semua 14 calon PAS menang, MCA menang 19 daripada 23 kerusi, MIC menang semua 4 kerusi. Gerakan menang 5 daripada 8 kerusi.

Daripada 154 kerusi parlimen, BN menang 135 kerusi. Parti-parti pembangkang mempertahankan 19 kerusi iaitu DAP 9 kerusi, SNAP di Sarawak 9 kerusi dan PEKEMAS 1 kerusi.

Daripada hilang dua pertiga kepada kemenangan luar biasa. Itulah kebijaksanaan tun Razak. Beliau tidak tergesa-gesa mengejar undi Cina dan membiar orang Melayu terkapai-kapai. Tun Razak melawat negara China hanya lebih kurang 60 hari sebelum pilihan raya umum. Beliau telah mengatur strategi dengan bijak menarik sokongan pengundi Cina.

Gula-gula apakah lagi yang akan Najib beri kepada pengundi Cina selepas balik dari negara China setelah Najib bersetuju memansuhkan DEB seperti dikatakan di Singapura? Janganlah hendaknya Yang dikejar tak dapat, apa yang dikendung berciciran. Fikir-fikirkanlah

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP