Markah bonus UMNO buat Husam Musa

Thursday, June 4, 2009

oleh FUAZI IRWAN SHAH
blog bypass308.blogspot.com


Asalnya pilih satu antara dua amatlah susah, sekarang kena pilih satu antara 3, lagi tambah senak. Bukan risau akan yang tidak terpilih terguris, yang wajar dirisaukan sangat ialah sama ada para penyokong mereka dapat terima hahikat.

Antara Nasharuddin, Husam dan Mat Sabu (susunan nama tanpa prejudis lah)semuanya pemimpin berkaliber, teruji dan harus terus diketengahkan tanpa boleh seorang pun daripada mereka dipencil selepas pemilihan.

Ketiga-tiga mereka mempunyai karektor berlainan, tapi satu arah perjuangan. Mat Sabu sekian lama tergambar sebagai pemimpin yang tahan lasak, berjuang secara akar umbi, bersama akar umbi meredah halangan polis, bersama diheret dari jalan raya ke black maria.
Beliau jenis pemimpin yang tahan cuaca seperti cat PAR, kalau dalam tentera beliau ni jenis yang di tempatkan di barisan hadapan, menangkis serangan.

Nash (agak glamour juga disebut gini) berimej sederhana, bukan jenis pertahanan hadapan. Penampilannya yang ramah, senyum sokmo memang mudah didampingi. Beliau ni jenis senang diajak bicara, kalau dalam tentera beliau ditempatkan di mes pertahanan mental.
Bahasanya yang lembut mudah saja lembutkan stress anggota tentera pelbagai bahagian. Kemesraan yang memancarkan rasa ikhlas itu mudah saja menaikkan semangat juang anggota tentera yang memerlukan bimbingan agama dan kaunseling disiplin.

Husam? Beliau ada karektor lasak yang dimiliki Mat Sabu, berani lancar serangan, malah tidak gentar berlawan secara langsung di TV. Cuma, beliau bukan jenis yang merempuh kawalan polis, tidak juga mengepalai perarakan seperti Mat Sabu. Beza cara Husam ialah beliau lebih dilihat sebagai pemimpin, Mat Sabu pula memimpin.

Kalau Nash digambar sebagai antara pemimpin Pas yang menjana semangat ahli ala cikgu sekolah, Husam pula menjana semangat juang menerusi perancangan nekad. Beliau lebih tergambar sebagai antara pemimpin Pas yang kalau dalam tentera beliau adalah jeneral yang memerah otak menyusun serangan dengan pelbagai perangkap menjerat musuh.
Inilah bezanya mereka, sama junjung perjuangan Pas, cuma berbeza cara pelaksanaan.
Ada rakan yang terus-terusan asak saya jawab siapa lebih layak, siapa perlu diangkat untuk jawatan Timbalan Presiden Pas. Jawabnya semua, cuma yang akan menang nanti merupakan yang telah mendapat kelebihan markah dari luar kawalan ahli Pas sendiri.
Nyata setakat ini ialah, Husam mendahului markah bonus tersebut. Semalam dia mendapat markah bonus yang dihulur orang luar, UMNO apabila Nozula minta maaf kerana menfitnah Husam dengan dakwaan rasuah.
Nozula minta maaf secara publisiti meluas dalam akhbar arus perdana. yang hebatnya ialah bukan sidang akhbar tapi iklan notis. Habis satu Malaysia tahu bahawa Husam bukan perasuah, Husam adalah pemimpin Pas yang bersih dan disahkan oleh musuh, UMNO. Hebatkan?
Belum, yang hari ini lagi hebat apabila tidak cukup dengan iklan tersebut, Nozula jumpa Husam minta maaf secara bersemuka pula, tambah lah lagi bonus untuk Husam bahawasanya iklan semalam adalah benar, bukan Husam yang bayar untuk promosi diri.
Kehebatan berlipat ganda, muncul mula Adhan Kechik, lawyer UMNO minta maaf kerana menjadi regu Nozula fitnah Husam pada tahun 2007. Selesai sudah episod bermaaf-maafan sebelum menjelang Syawal.
Yang indah dalam episod ini bukan kemenangan bergaya Husam, yang indah ialah Husam satu-satunya pemimpin Pas, musuh semusuh musuhnya UMNO itu diakui tidak terbabit dengan rasuah sepanjang berada dalam kabinet pemerintahan Kelantan. Yang mengiktiraf ialah orang UMNO, bukan seorang tetapi dua orang.
Kalau orang UMNO sudah sahkan Husam ini bersih hati nuraninya, kuat imannya, maka apa kata orang Pas sendiri? Masihkah ragu-ragu menambahkan markah bonus buat Husam.
Akhir kata, teringin sangat saya berpesan kepada rakan saya yang asak saya jawab soalan dia, harap tolong saya bertanya soalan cepumas kalau jumpa Nozula atau Adhan, tanya mereka kenapa sepanjang 730 hari yang ada dipilih juga sekarang untuk minta maaf dengan Husam. Kebetulan atau terancang, ikhlas atau bersyarat? Soalan tanpa prejudis, saja nak tahu.

Read more...

PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO: PERANG DAH SELESAI, PELURU BARU NAK SAMPAI?..

Wednesday, June 3, 2009

Oleh: Musli Oli

Selamat datang ke Sabah kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Saya mengingati Tan Sri Muhyiddin kerana beliau adalah pemimpin tertinggi UMNO yang pertama bercakap soal perubahan dalam parti setelah kehilangan sokongan pada PRU ke 12 Mac, 2008.

Utusan Malaysia, tarikh 6hb April 2008 kira-kira sebulan selepas PRU ke 12, kenyataan Muhyiddin seperti berikut “Anggota UMNO perlu berani menyatakan perkara benar dan tidak hanya menyatakan sesuatu semata-mata untuk menyedapkan hati pemimpin, sedangkan ia adalah satu pembohongan. UMNO perlu berani melakukan perubahan tanpa mengorbankan prinsip perjuangan asal jika mahu terus relevan pada masa depan”

Semboyan mahukan perubahan ini sebenarnya pada ketika itu dilihat sebagai tindakan political suicidal kerana tidak ada seorang pun pemimpin MT yang menyahut seruan Muhyiddin itu. Tidak bimbang dan takutkah jawatannya sebagai menteri akan digugurkan pada ketika itu?

Sebenarnya kebimbangan Muhyiddin ialah “Apa yang saya bimbang ialah UMNO dan orang Melayu akan kalah. Saya benar-benar takut kalau saya tidak mengatakan yang hak(benar) walaupun hak itu pahit maka UMNO boleh terjerumus ke dalam keadaan yang lebih teruk” (wawancara dengan Utusan Malaysia 13April 2008)

Perubahan yang bagaimanakah membolehkan UMNO kembali relevan? Cukupkah dengan sekadar perubahan pucuk pimpinan daripada Abdulllah kepada Najib?

Satu lagi perubahan yang diwar-warkan sekarang ialah soal pindaan perlembagaan parti UMNO. Sejauhmana pindaan itu membawa kesan positif kepada parti UMNO dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang masih menjadi satu persoalan. Pindaan perlembagaan UMNO yang di umum Muhyiddin pada 17 Mei 2009, mungkin sesuatu yang baik kepada parti itu kerana ianya akan meminda beberapa perkara termasuk pemilihan pucuk pimpian dan system kuota.

Cadangan juga dikemuka supaya pengerusi perhubungan negeri secara otomatik menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Persoalannya, apakah pindaan perlembagaan tersebut dapat memulihkan imej parti itu menghadapi pilihan raya umum sedangkan pindaan itu hanya berkuat kuasa setelah pilihan raya umum diadakan?

Pemegang jawatan parti sekarang akan tamat tempuh pada Persidangan Agung UMNO yang sepatutnya diadakan pada December 2011. Namun kebiasaannya untuk mengelakkan perpecahan dalaman, UMNO pasti akan memohon kepada ROS tambahan tempuh selama 18 bulan. Ini bermakna tarikh baru Persidangan UMNO ialah pada pertengahan 2013. Tarikh pilihan raya umum yang saya jangkakan pada February 2013 iaitu 4 tahun 11 bulan selepas pil;ihan raya Mac 2008.

Ini bermakna UMNO terlebih dahulu berhadapan dengan rakyat dalam pilihan raya umum sebelum pilihan raya parti dengan ada pindaan baru dalam perlembagaannya. Relevan lagikah pindaan itu jika perang sudah selesai dan UMNO menerima nasib yang lebih parah daripada Mac 2008? Fikir-fikirkanlah.

Read more...

MANIK URAI - TERURAIKAH MASALAH PEMIMPIN UMNO?

Monday, June 1, 2009

Hari ini, berita TV jam 8 malam, menyiarkan kenyataan para pemimpin tertinggi UMNO termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang senada mengenai kemenangan calon PKR, di Penanti.

Saya menjangkakan mereka mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Dr Mansor Othman setelah beliau terpilih sebagai wakil rakyat dalam satu proses demokrasi sungguhpun BN memulaukan PRK itu.

Membuat kenyataan bahawa kemenangan PKR itu tidak boleh dibanggakan kerana calonnya menentang calon Bebas. Tambahan pula, kata mereka undi calon PKR telah merosot seribu lebih undi. Diselit pula ayat, keputusan PRK Penanti menunjukkan UMNO masih kuat dan masih berpengaruh.

Hari ini tercatat dalam sejarah, parti UMNO terbukti masih kuat walaupun tidak bertanding dalam pilihan raya kecil!.

Mulanya saya ingin menjawab secara detail persoalan kenapa undi calon PKR merosot berbanding dengan Mac 2008. Tapi bila fikir balik, takkan pemimpin UMNO tak tahu? Atau barangkali juga pemimpin UMNO benar-benar tak tahu…Saya akan buat analisa itu dalam buku saya yang seterusnya pada bulan Julai nanti.

Saya hanya mahu jelaskan parti UMNO mempunyai lebih ramai ahli dan banyak cawangan daripada Parti PKR. Adakalanya nama-nama yang menjadi ahli UMNO tidak sedar pun namanya disenarai sebagai ahli. Ada orang lain yang membayar yuran. Ada cawangan yang ahli aktif tak sampai 20 orang tetapi dalam rekod terdapat 79 orang ahli.

Parti PKR tidak ramai ahli yang berdaftar dan tidak banyak cawangan-cawangan seperti UMNO tetapi ramai penyokong dari kalangan orang biasa termasuk pengundi remaja, kakitangan kerajaan dan golongan profesional. Golongan yang bersimpati dan menyokong PKR ini hanya keluar mengundi atau balik kampong jika PKR tercabar.

Oleh kerana BN tak bertanding di Penanti, penyokong-penyokong ini buat kerja lain yang lebih berfaedah seperti membawa anak-anak yang sedang bercuti sekolah melancong ke Sabah atau Sarawak. Dalam masa yang sama mereka sempat juga berkempen menawan kedua-dua negeri itu dalam PRU 13.

Apa pula komen pemimpin UMNO selepas PRK Manik Urai? Saya tidak tunggu keputusan parti mana yang menang di Manik Urai tetapi menunggu komen pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO.

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP