SEJENAK BERSAMA PAK AZIZ SATAR

Wednesday, July 8, 2009

Ini Dato Seri Utama Rais Yatim, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi. Bukan Datuk Aziz Sattar la.....










KHAMIS lepas, saya lalu depan Restoran Riverside, bangunan PWTC, kebetulan masa itu ramai kawan sedang minum petang. Tok Din, orang Perak, dulu pernah jadi pegawai JASA kenalkan saya dengan Datuk Aziz Sattar. Serta tiga lagi kawan dari PAPITA.

“Apa kabar Pak Aziz, tak sangka saya boleh duduk semeja dengan Menteri Penerangan Malaysia” Saya berseloroh dengan pelakon Laksamana Do Re Me itu. “Betullah, ramai kata saya serupa Menteri Penerangan. Tapi saya dah 84 tahun, Dato Rais baru 69” jawap Pak Aziz senyum.

Topik perbualan berkisar tentang filem. Pak Aziz seronok cerita pasal P. Ramlee, katanya filem P.Ramlee banyak menonjolkan soal perpaduan kaum. Ada juga diselit cerita politik seperti kerajaan “bawah pokok”.

“Tapi Pak Aziz, filem dan drama sekarang tidak lagi menggambarkan masyarakat Malaysia yang sebenarnya” saya memulakan hujah. Walaupun tidak pernah menulis skrip atau membuat filem, saya gemar menonton tapi filem dan drama yang serius.

“Kalau drama Melayu, semua pelakon orang Melayu. Pemandu teksi orang Melayu. Masuk restoran milik Melayu, pelayan orang Melayu, security guard Melayu, polis orang Melayu. Apa salahnya pemandu teksi tu ambil pelakon India atau Cina? Pelayan kedai orang Kadazan atau Iban. Polis ambil pelakon bangsa Sikh. Bukankah itu muhibbah dan gambaran sebenar masyarakat negara kita?”

Drama Cina dalam “Kisah Benar” memilih semua pelakon Cina. Seolah-olah filem bukan berlatar belakang Malaysia.

Pak Aziz mengangguk mengiyakan kata-kata saya.
Barangkali Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi perlu buat seminar untuk para produser filem dinegara ini. Buat drama atau filem yang menggambarkan masyarakat Malaysia sebenarnya. Filem-filem seperti ini sudah cukup menunjukkan muhibbah dan perpaduan. Ini pun promote 1Malaysia juga.

Saya sedang menunggu drama, yang pelakon perempuan orang Melayu, Hero lelaki warga Afrika atau warga Arab. GRO Chinadoll, Security guard Mat Bangla, pelayan restoran perempuan Acheh, restoran milik Indon, pemandu teksi orang Vietnam. Itupun gambaran 1Malaysia juga. Fikir-fikirkanlah..

Read more...

TOK PA BOLEH TAWAN MANEK URAI..

Friday, July 3, 2009



Parti ATAU calon yang jadi penentu?

Petang tadi saya dapat sms dari seorang kawan. Dia orang Kelantan. Tak pasti dia sms dari Manik Urai atau tempat lain. Namun yang pasti sekarang dia berada di Kelantan. Sms pertamanya “apakah Pak Su Well atau PAS yang berpengaruh di DUN Manek Urai?”.
Foto: Dato Mustapha Mohamed. Tok Pa boleh tawan Manek Urai!

Sms kedua”Of course Pak Su. Wakil Rakyat 4 tape, dari dalam kubur, ke gelanggang belaka ayam, kenduri kendara, pah atas masjid dan bukus pelir budak jawi (sunat)”. Sms kedua sebagai mengesahkan sebenarnya yang berpengaruh di kawasan Manek Urai ialah Allahyarham Pak Su Well.

Dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai kali ini, factor calon juga masih kekal sebagai faktor penentu sokongan rakyat. PAS memilih calon pemborong ikan. PAS pilih imej calon orang kampong. Manakala UMNO yang mewakili BN memilih seorang calon muda yang mewakili golongan korporat, imej orang bandar.

Disamping factor calon, factor pucuk pimpinan negeri juga memain peranan penting. Saya selalu berhujah, Tok Pa adalah factor di Kelantan. Barangkali ketokohannya dalam bidang agama belum setanding dengan Tok Guru Nik Aziz, tetapi Tok Pa juga disayangi rakyat Kelantan. Rata-rata penganalisis politik dari Kelantan setuju, faktor Tok Pa boleh swing mood pengundi.
Semasa mengetuai UMNO Kelantan, Tok Pa hampir menumbang kerajaan PAS yang hanya majority 2 kerusi pada pilihan raya 2004.

"Orang Kelantan ni pelik sikit, mereka boleh berubah fikiran dan sokongan dalam sekelip mata" kata seorang blogger dari Kelantan. Menurutnya, PAS sendiri tidak begitu yakin dapat mempertahankan Manek Urai berikutan masalah yang melanda kepimpinan PAS sekarang, terutama selepas isu kerajaan perpaduan yang dicadang Hadi ditentang Nik Aziz.

Di pihak UMNO banyak bergantung kepada ketokohan Tok Pa, disamping kemampuan calonnya. Dan sudah tiba masanya kepimpinan UMNO bahagian Kuala Krai menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menawan kerusi Manek Urai.

Read more...

NASI LEMAK MELAYU YANG PALING DIMINATI ORANG CINA. SEDAPPP....

Wednesday, July 1, 2009


Gerai Kak Mah memang terkenal dengan nasi lemaknya. Sedap hingga menjilat jari. Mengalahkan iklan KFC.
Semua kaum suka nasi lemak Kak Mah terutama sekali kaum Cina dan bukan bumiputra. Pasal apa suka, tidak siapa pun tahu. Harga nasi lemak hanya RM 1 sahaja satu bungkus.

Kak Mah setiap hari jual 100 bungkus, tidak lebih dan tidak kurang. Tetapi 30 bungkus mesti dijual kepada bumiputra dan orang Melayu sahaja. Berbaris dan berebut-rebut orang lain yang bukan bumiputra terutama orang Cina membeli 70 bungkus nasi lemak Kak Mah kerana yang 30 bungkus itu yang dikhaskan kepada bumiputra dan Melayu, kaum lain tidak boleh dibeli.

Masalah pokoknya, orang bumiputra dan Melayu tidak mampu beli walaupun harga RM1. Ada lah satu atau dua orang yang membeli dan makan nasi lemak itu. Maka timbullah bijak pandai orang bumiputra dan Melayu meminjam duit orang Cina. Membeli dan menjual semula nasi lemak itu pada harga 1.50 kepada orang Cina dan bukan bumiputra. Maka untunglah bumiputra sebanyak 50sen walaupun tak merasa nikmat nasi lemak Kak Mah.

Pada mulanya orang Cina tidak kisah bayar mahal sedikit kerana ekonomi baik. Berniaga mereka pun okay. Tapi bila ekonomi kurang baik, timbullah perasaan mereka tertipu dan tidak berbaloi membeli nasi lemak harga RM1 tetapi bayar RM1.50.

Hari-hari berikutnya, semakin kuranglah orang Cina membeli nasi lemak Kak Mah. Yang Kak Mah pula masih juga berdegil dengan dasarnya menjual 30 bungkus kepada orang Melayu walaupun Kak Mah tahu orang Melayu dan bumiputra tidak mampu membeli.

Akibat sikap Kak Mah yang mempertahankan dasarnya, gerai nasi lemak Kak Mah yang sedap itu tidak lagi dibeli orang bukan bumiputra walaupun rasanya sedap kerana ada gerai-gerai lain yang tidak meletakkan syarat 30 bungkus jual kepada orang bumiputra. Mereka pun berpindah ke gerai lain.

Akhirnya gerai Kak Mah terpaksa gulung tikar. Kak Mah jatuh miskin.Suami dan anak-anak jatuh miskin dan semuanya rugi kerana mempertahankan 30 bungkus untuk orang Melayu dan bumiputra.

Soal 30%ekuiti bumiputra bacalah seterusnya dalam www.muslioli.blogspot.com

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP