MAHKAMAH JUNJUNG DEMOKRASI BERPARLIMEN
Monday, May 11, 2009
Dua hari lepas, selepas menulis artikel tentang “Demokrasi Takut Dengan Rakyat” dan buat dua komen dalam blog seorang kawan “Apa Yang Tersirat” mengenai kes Perak, ada beberapa sms saya terima mengatakan saya pro pembangkang. Saya jelaskan bahawa saya tidak pro kepada mana-mana pihak. Hanya menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan.
Dalam komen saya dalam blog “Apa Yang Tersirat” saya tegaskan bahawa demokrasi mestilah diputuskan melalui pilihan raya atau dalam kes undi tak percaya mestilah dalam Dewan Undangan Negeri bukan dalam istana. Dan jelas sekali keputusan mahkamah tinggi pada hari ini telah memutuskan bahawa Dato Seri Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah. Ini kerana tidak pernah diadakan undi tidak percaya terhadap beliau dalam Dewan Undangan negeri Perak.
Selain daripada kes Stephen Kalong Ningkan di Sarawak yang dijadikan kes precedent dalam keputusan hakim mahkamah tinggi itu, saya ingin juga merujuk kepada kes Dato Harun Idris yang juga dituduh rasuah berhubung dua kes iaitu kes Bank Rakyat dan HSBC di mahkamah tinggi (hakimnya Tun Azlan Shah, Sultan Perak sekarang)
Apabila Dato Harun enggan melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor, DUN Selangor mengadakan undi tidak percaya terhadap beliau dimana hanya satu undi sahaja yang menyokong Dato Harun Idris iaitu undi beliau sendiri. Berikutan itu beliau menghadap Sultan Selangor dan melepaskan jawatan MB.
Saya selalu berhujah bahawa kemerdekaan Malaysia adalah secara aman tanpa ada kekerasan dan proses itu hanya merupakan transfer of power daripada kuasa raja-raja Melayu kepada rakyat biasa dalam system demokrasi yang kita warisi daripada British. Seperti sistem Britian, raja kita adalah raja berperlembagaan dan tidak ada kuasa politik.
Perlembagaan kita pula adalah berasaskan kepada kerangka Perlembagaan Persekutuan 1948 setelah Malayan Union dimansuhkan dan Negara-Negara Selat, Negara Melayu Bersekutu dan Negara-Negara Melayu Tidak Bersekutu bergabung menjadi Persekutuan Tanah Melayu.
Read more...