ANTARA ANWAR, MANDELA DAN HITLER

Friday, June 26, 2009


Oleh: Mohamad Radzzi

Nelson Mandela di penjarakan selama 26 tahun. Setelah di bebaskan, Mandela hanya menjadi presiden Afrika Selatan selama 4 tahun.
Walaupun begitu disayangi rakyat dan popular, namun Mandela melepaskan jawatannya. Memberi laluan kepada pemimpin lain dan berbakti kepada Afrika Selatan dan seluruh warga Afrika dalam kapasiti yang berbeza.
Mandela menjadi idola dan icon rakyat Afrika dan dihormati seluruh dunia.

Kenapa semudah itu Mandela melepaskan kuasanya? Mandela adalah contoh negarawan tulin. Dia tidak semata-mata berniat untuk jadi Presiden Afrika Selatan. Dia dipenjarakan kerana menentang penindasan dasar Aparthied terhadap orang kulit hitam. Selama 26 tahun dalam penjara, tidakkah timbul rasa dendam? Sama sekali tidak. Mandela tidak pernah tunjukkan perasaan benci untuk membalas dendam kepada golongan kulit putih walaupun ketika berkuasa.
Anwar Ibrahim pernah ditahan ISA selama hampir 2 tahun. Penahanan itu menjadikan Anwar hero dan sering didendangkan pengorbanannya itu. Tun Mahathir yang berminat dengan bakat Anwar, beri laluan mudah menyertai UMNO. Meniti hirarki parti sehingga ke jawatan kedua tertinggi sebagai timbalan presiden dalam tempuh tidak sampai 11 tahun.

Menyandang jawatan sebagai menteri kanan termasuk menteri pelajaran, kewangan dan timbalan perdana menteri. Dengan bakat semulajadi yang dianugerah Allah, Anwar amat berpengaruh. Sepanjang perjalanan politik Anwar, beliau begitu focus terhadap matlamatnya. Bijak menggunakan segala sumber yang ada dan tidak melepas peluang jika ada untuk menempat dirinya dalam politik.

Selepas itu Anwar sekali lagi dipenjarakan. Lebih kurang 5 tahun. Poster mata lebam Anwar sahaja hampir menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya 1999. Betapa hebatnya karisma Anwar, walau dalam penjara, namun posternya bisa berkempen!

Pilihan raya 2008, Anwar tidak bertanding tetapi BN hilang dua pertiga majority dan kehilangan 5 negeri. Sekali lagi kehebatan Anwar terserlah.

Dalam politik Anwar adalah seorang Michavellian yang sebenarnya. Dikalangan pendokong Islam, dia seorang ulamak. Dikalangan orang sosialis, dia lebih Marxis. Dikalangan orang India, dia pejuangkan orang India, dia kata orang India sepatutnya menjadi peneroka FELDA. Di kalangan orang Melayu, dia jadi hero Melayu. Dikalangan orang Cina, Anwar pejuang meritrokrasi. Mahu hapuskan prinsip DEB dan macam-macam lagi.

Sewaktu Hitler mengadakan mesyuarat pertama penubuhan parti Nazi yang hadir hanya 11 orang termasuk dirinya. Tetapi dengan karisma yang dianugerah Tuhan kepada Hitler, 11 orang ini mempengaruhi seluruh rakyat Jerman untuk membenci bangsa Yahudi. Hitler bijak memanipulasikan kemiskinan yang melanda Jerman selepas Perang Dunia Pertama sebagai angkara bangsa Yahudi.

Timbul marah, kebencian dan dendam membara sehingga membangkit semangat rakyat Jerman untuk menawan dunia!

Menurut Max Weber, seseorang yang berkarisma bukan sahaja mampu menarik perhatian dan sokongan orang ramai terhadap ucapan-ucapan dan pendapat serta pandangannya, tetapi juga lebih penting lagi ia berupaya memberikan rangsangan.

Begitulah yang berlaku bila anugerah Tuhan kepada manusia tidak digunakan untuk kebajikan seluruh umat manusia!

Read more...

TANAM SEMUA PADANG BOLA DENGAN KELAPA SAWIT. BANYAK DAPAT DUIT?

Thursday, June 25, 2009


Politik bolasepak Malaysia. Tak perlu tukar format.
Foto: Ronaldo bernilai 94 juta Euro.
Antara tajuk utama berita sukan bolasepak:
- MyTeam akan menarik diri kerana masalah kewangan.
- Pasukan Perlis menarik diri kerana masalah tunggakan gaji.
- MAFA masih berhutang dengan pemainnya sejak 2006.
- Banyak lagi pasukan akan menarik diri akibat masalah kewangan
- Pasukan Kedah yang mewakili Malaysia kalah 8-2 kepada satu pasukan Kelab dari Vietnam dalam pertandingan kelab-kelab Asia.

Apa yang menyedihkan kehadiran penonton yang tidak sampai 1000 orang menonton perlawanan bola sepak Liga Perdana. Bagaimana bolasepak dapat duit kalau penonton tak menonton bolasepak tempatan? Syarikat gila dan bodoh mana yang mengeluarkan duit menaja pasukan bola jika tiada penonton?

Saya pernah cadangkan, semua padang bola di Malaysia, FAM wajar buat JV dengan pemilik stadium, tanam saja dengan kelapa sawit. Berapa ratus hektar agaknya jumlah semua padang bola di negara ini tidak termasuk padang sekolah kerana kita masih perlukan padang permainan untuk kanak-kanak sekolah? 500 hektar?1000 hektar? Baka baru kelapa sawit boleh dituai buahnya selepas 3 tahun.

Selepas 20 atau 25 tahun, hasil dari kelapa sawit, tentu FAM sudah cukup wang! Bolehlah buat liga super, liga Malaysia atau apa-apa liga. Pada masa itu juga ramai pemain bola Melayu yang tinggi seperti Zainal Abidin Hassan, Khalid Ali, James Wong kerana ramai dari keturunan Afrika, Bangla, Russia dan keturunan pekerja asing lain yang kawin dengan wanita Melayu dan menjadi PR.

Pada masa itu, tidak mustahil akan ada pemain Malaysia dibeli Manchester United, Real Madrid atau Barcelona sampai ratusan juta ringgit seperti Ronaldo. Bolehlah FAM buat lebih banyak padang bola. Fikir-fikirkanlah.

Read more...

PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA BERKEMBANG KE SABAH.

Wednesday, June 24, 2009


Musli Hj Oli dilantik mengetuai PERKASA negeri Sabah
Oleh:Embo Koyoh

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) pertubuhan NGO yang bertujuan memperkukuhkan perpaduan Melayu dan kaum pribumi sebagai teras perpaduan dan keharmonian bangsa Malaysia serta kestabilan negara akan mengembangkan sayapnya ke Sabah pada bulan September depan.

Presiden PERKASA, Dato Ibrahim Ali telah melantik seorang aktivis dan penulis politik, Musli Haji Oli sebagai Ketua Penyelaras Penaja PERKASA Negeri Sabah. Beliau menerima surat tauliah perlantikannya di Ibu Pejabat PERKASA di Kuala Lumpur Rabu.

PERKASA Sabah dijangka akan dilancarkan selepas Hari Raya Puasa iaitu pada bulan September. Sesiapa rakyat bumiputera Sabah yang berminat menyertai pertubuhan PERKASA boleh terus menghubungi Musli Oli dengan menghubungi email muslihjoli@gmail.com atau hp: 0168050550.

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP