BANTU RAKYAT MISKIN PUN DIJADIKAN ISU POLITIK!!

Tuesday, June 29, 2010


Shafie Afdal- mencipta sejarah dalam UMNO. Pemimpin pertama yang bukan berasal dari Semenanjung Malaysia  menang jawatan Naib Presiden UMNO


"Ada orang menulis dalam blog dan dalam Facebook menuduh saya membantu pendatang tanpa izin (PTI) di kawasan saya. Sampai ke peringkat memberi bantuan kepada orang miskin pun dijadikan isu politik untuk memburukkan nama saya!!"

"Apabila ada orang datang berjumpa saya, tidak pernah saya tanya samada dia pengundi saya atau bukan pengundi saya. Jika ada orang bertemu saya meminta bantuan, tidak pernah saya tanya statusnya, orang itu ada kad pengenalan atau PTI.

Saya bantu mereka kerana mereka rakyat miskin!! Sedangkan rakyat Bosnia yang tidak mengundi kita, saya bantu, apa lagi rakyat kita sendiri?"

Serius kata-kata Datuk Shafie Afdal kali ini. Wajahnya kelihatan kecewa terhadap tuduhan dan fitnah yang dilempar semata-mata kerana agenda politik orang tertentu yang tidak senang dengan pengaruh politiknya.

"Saya bantu orang secara ikhlas, orang yang jumpa saya dari semua negeri dan semua daerah. Saya tidak pernah pilih kasih. Saya tahu ada yang buat macam-macam tuduhan dan buat cerita. Tapi kenapa timbul tuduhan itu sekarang?".

Shafie Afdal adalah pemimpin pertama dari luar Semenanjung yang menang jawatan Naib Presiden UMNO, jawatan ketiga tertinggi dalam hirarki parti itu. Pada tahun 2000, Datuk Osu Sukam yang juga Ketua Menteri Sabah ketika itu pernah bertanding jawatan Naib Presiden UMNO tetapi hanya mendapat undi ke empat tertinggi.

Parti UMNO kembangkan sayapnya ke Sabah pada bulan Februari 1991.  Datuk Shafie Afdal adalah Pengerusi UMNO Negeri Kedah.

Read more...

BILA PEMIMPIN NAK FAHAM PERASAAN ORANG MELAYU??

Sunday, May 30, 2010



AKU PUN TAK FAHAM-FAHAM!

JIKA pemimpin Melayu sayang orang Melayu, yang dipeluk ialah  kaum bukan Melayu sambil   berbisik ke telinga orang Melayu  "sebenarnya saya lebih  sayang orang Melayu".

Pemimpin harap orang Melayu faham.

Jika MECD, kementerian yang jaga kepentingan Melayu dimansuh, pemimpin bisik ke telinga orang Melayu, "sebenarnya bila MECD dimansuh, lebih banyak kementerian lain membantu Melayu. Dulu satu sahaja, sekarang semua Menteri boleh bantu orang Melayu".

Pemimpin harap orang Melayu faham.

Bila pemimpin perkenalkan Model Ekonomi Baru,  DEB dikecam sebagai punca negara hilang daya saing dan jadi halangan kemasukan FDI, pemimpin bisik ke telinga orang Melayu "Sebenarnya DEB adalah dasar terbaik untuk negara dan orang Melayu".

Pemimpin harap orang Melayu faham.

Bila sokongan orang Cina merosot dalam PRU 12 dan semua  PRK termasuk terbaru PRK Hulu Selangor dan Sibu, pemimpin Melayu bisik ketelinga orang Melayu "sebenarnya masih ramai lagi orang Cina sokong kita. Kita mesti terus pujuk dan layan tuntutan mereka"

Pemimpin harap orang Melayu faham.

Bila pemimpin  batal kuota, permit dan AP untuk orang Melayu, dibisik ketelinga orang Melayu, "sebenarnya quota, permit dan AP hanya menguntungkan sedikit sahaja syarikat Melayu. Kalau batal lebih baik,  sama-sama tak dapat. Betul tak?". 

Pemimpin harap orang Melayu faham.

Sedangkan cartel, monopoli gula, tepung, lesen judi, lesen arak dan lain-lain seumpamanya bukan banyak syarikat  dapat. Hanya  diberikan kepada satu atau dua sahaja syarikat bukan Melayu!

BILA MASA  PEMIMPIN NAK FAHAM PERASAAN ORANG MELAYU??

Read more...

PENYOKONG DENG XIO PENG TOLAK BN!!

Monday, April 26, 2010


Siapa boleh beri jaminan doktrin Deng Xio Peng tidak di ajar di sekolah-sekolah Cina?

Amat ketara berdasarkan keputusan PRK Hulu Selangor, majoriti kaum Cina bukan sahaja menolak BN malah terdapat peningkatan sokongan kaum itu kepada parti pembangkang berbanding PRU 2008. Di anggarkan 74%  kaum Cina menyokong PKR pada pilihan raya kecil HS, berbanding dengan 60% pada tahun 2008.

Trend ini tentu sekali  merisaukan pucuk pimpinan BN. Boleh dikatakan hampir semua dasar-dasar baru kerajaan pimpinan Dato Seri Mohd Najib bertujuan menarik semula sokongan kaum itu kembali menyokong kerajaan. Tetapi ternyata dasar-dasar itu tidak menarik mereka.

Dimanakah silapnya?

Apakah MCA dipersalahkan bulat-bulat sebagai gagal membawa agenda kaum itu dalam kerajaan?

Pendapat mengatakan MCA telah melalui gelora kepimpinan yang baru sahaja reda, bukanlah sebab utama kaum itu tidak memihak kepada kerajaan. Sebaliknya banyak isu-isu yang dibangkitkan pemimpin pembangkang dari DAP dan PKR menyentuh hati dan perasaan kaum itu. Berbanding dengan isu pemimpin Cina dari BN yang hanya bercakap isu pembangunan.

Ternyata konsep 1Malaysia, Model Ekonomi Baru dan transformasi kerajaan tidak menarik hati kaum Cina. Apakah kerajaan pimpinan Melayu perlu terus tunduk kepada desakan kaum Cina untuk meraih sokongan mereka?

Saya berhujah, generasi baru Cina hari ini kelihatan lebih bersungguh-sungguh dalam perjuangan politik mereka. Selain Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Tian Chua yang menjadi idola baru generasi muda kaum itu, mungkinkah generasi muda telah dipengaruhi perjuangan Mao Tse Dong, Deng Xio Peng? 

Generasi baru kaum Cina  juga melihat perpecahan Melayu/pribumi sebagai satu peluang besar untuk mereka meningkatkan bargaining power dalam perebutan kuasa politik. Mungkin mereka melihat ini adalah peluang terbaik dan PRU akan datang adalah penentu samada perjuangan itu berhasil atau sebaliknya!

Sistem pendidikan negara yang membenarkan sekolah-sekolah Cina dan sekolah-sekolah bukan kebangsaan juga menyumbang kepada pengujudan golongan generasi baru yang tidak memihak kepada kerajaan. Indoktrinasi diperingkat awal jika berlaku sudah tentu tidak disedari Kementerian Pelajaran!

Jika tidak kerana sokongan undi Melayu dari kawasan FELDA dan sokongan kaum India yang yakin dengan calon muda P.Kamalanathan, sudah tentu BN kecundang di Hulu Selangor!



Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP