PEMANDU: Anak hartawan yang jual harta bapanya yang sedang nazak!

Saturday, May 21, 2011


PEMANDU - Menteri menambah beban rakyat dan gagal mencari sumber pendapatan baru!

Apa pun rasional kerajaan untuk menarik balik subsidi yang telah diberi pada rakyat, sukar untuk rakyat menerima alasan kerajaan. Panggillah professor dari mana sekalipun untuk membela tindakan kerajaan, rakyat ada pilihan dan alternatif pada PRU akan datang!!

Hari ini saya dapat sms dari seorang kawan dari negeri Kelantan. Ayat sms itu seperti berikut:
" Kalau Barisan Nasional tarik balik subsidi diesel kepada pengusaha C2 laut dalam dan subsidi lain daripada rakyat jelata sedang subsidi kepada pengusaha IPP tidak diubah maka tenyata BN akan kecundang dalam pilihan raya ke 13.

Kerajaan patut cari punca ekonomi yang baru bukannya menarik dari rakyat kemudahan yang telah diberi. PEMANDU gagal menjalankan tugas mereka. Harga barangan akan naik bila subsidi ditarik balik. Rakyat akan merana dan marah. Rakyat akan tolak BN. Kejayaan usahan PM, Dato Sri Mohd Najib tarik pelabur US untuk siapa? rakyat kata bukan untuk mereka."

Pengirim sms ini adalah seorang penyokong kerajaan berkelulusan Phd. Renungkan bersama.

Read more...

MELAYU: POLITIK IKUT EMOSI, BERNIAGA JUAL PERASAAN!!

Tuesday, February 15, 2011


ANWAR DAN SYED HUSSIN ALI

Kata Tun Dr Mahathir, orang Melayu tidak tahu menggunakan majoriti sebaliknya salah guna majoriti dan berpecah kepada tiga. Akhirnya bangsa Melayu yang majoriti menjadi minoriti dan lemah serta meminta-minta sokongan daripada kaum lain.

Bangsa Melayu berebut-rebut ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri! Pemimpin Melayu sanggup gadai apa saja untuk mencapai cita-cita ingin berkuasa sehingga ke tahap memberi kuasa kepada kaum minority.

Sebenarnya menurut Tun Dr Mahathir, inilah dilema baru yang dihadapi bangsa Melayu!

Kerana menuruti perasaan dendam, emosi yang tidak terkawal, bangsa Melayu akhirnya kehilangan segala keistimewaan di negara asalnya milik bangsa Melayu!

Jika dalam berpolitik orang Melayu mengikuti emosi, dalam perniagaan pula orang Melayu menjual perasaan…..

Read more...

KETUANAN MELAYU - YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIKENDUNG...?

Sunday, December 5, 2010

Anwar Ibrahim pemimpin  Melayu beri "new deal" kepada kaum Cina. Termasuk jawatan TPM. Manakala dasar-dasar Ekonomi Najib pula beri advantaj kepada kaum itu. 
   
Cina di Malaysia,  dua kelompok. Satu dipanggil Cina asli atau Cina yang mengikut ajaran Confucious. Suka pada kedamaian. Tidak agresif dan jika mereka berperang kerana terpaksa untuk mempertahankan diri.

Maharaja China membina tembok besar atau Great Wall kerana mempertahan negara dari serangan musuh. Jika diambil kira kos dan kekayaan yang digunakan membina tembok besar itu, negara China mampu menakluki dunia!

Laksamana Cheng Ho (Zhung Her) lebih awal mengelilingi dunia sebelum Maggellan tetapi Cheng Ho tidak pernah menawan tanah-tanah menjadi tanah jajahan untuk dihadiahkan kepada Maharaja China seperti Magellan dan penjelajah Barat.

Cheng Ho hanya mencari sumber bahan mentah dan pasaran baru. Dalam sejarah tercatat, Cheng Ho pernah sampai ke Amerika Utara sebelum Columbus menenmuinya pada 1491.

Cheng Ho juga pernah singgah di Sungai Kinabatangan Sabah. Kinabatangan nama asalnya Kina iaitu Cina dan batangan bermaksud sungai dalam bahasa tempatan - Sungai Cina.

Menurut sejarah, Kapal Cheng Ho yang sarat muatan dengan kayu balak telah meninggalkan kelasi-kelasi kapal di perkampungan sepanjang Sungai Kinabatangan. Mereka kemudiannya berkahwin dengan penduduk tempatan.

Kelompok kedua kaum Cina dipanggil “banana skin Chinese”. Kulit kuning di luar tetapi isinya berwarna putih! Cina jenis kedua ini tidak lagi mengamalkan ajaran Confucious. Ramai yang berpendidikan Barat dan mentaliti juga seperti orang putih. Ramai yang memilih Kristian sebagai agama.

Didikan Barat merubah sikap mereka seperti Orientalis Barat. Ingin menjajah negara baru. Lee Kuan Yew, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng termasuk dalam kumpulan kedua ini.

Hari ini, spesies yang pertama sudah semakin pupus. Golongan ini termasuk generasi pertama dibawa penjajah British ke Tanah Melayu untuk bekerja sebagai buruh dan pekerja di lombong bijih timah. Peninggalan yang ada seperti Tan Seng Giaw, MP Kepong dan beberapa orang ahli perniagaan yang menubuhkan MCA.

Majoriti Cina yang ada sekarang adalah spesies “banana skin”, berpendidikan Inggeris, beragama Kristian dan berniat untuk menguasai politik dan pemerintahan negara!

Parti UMNO dan BN yang diwarisi Najib sebenarnya lebih tenat daripada yang diwarisi ayahandanya pada tahun 1969. Prestasi parti-parti komponen BN, MCA, Gerakan, MIC di Semenanjung Malaysia adalah lebih parah berbanding dengan pilihan raya 1969.

Salah satu faktor kenapa parti MCA yang pro UMNO tidak dapat sokongan Cina pada pilihan raya 1969 berpunca daripada tindakan Singapura keluar dari Malaysia pada 1965.

Lee Kuan Yew telah menjadi sumber inspirasi dan meyakinkan kumpulan Cina “banana skin” bahawa bangsa Cina boleh menguasai politik dan pemerintahan negara Melayu.

Secara senyap-senyap kaum itu menyokong DAP dan parti Gerakan (serpihan parti MCA) Kaum Cina juga mengundi PAS untuk mengurangkan majoriti UMNO/BN. Pemimpin yang tidak mesra-Cina dan dianggap ultra Malay seperti Tun Mahathir tewas di Kota Setar Selatan kepada calon PAS.

Parti UMNO dan BN yang diwarisi Najib sebenarnya lebih tenat daripada yang diwarisi ayahandanya pada tahun 1969. Prestasi parti-parti komponen BN, MCA, Gerakan, MIC di Semenanjung Malaysia adalah lebih parah berbanding dengan pilihan raya 1969.

Tetapi Tun Razak memulakan langkah dengan mendekati pengundi Melayu dan meyakinkan mereka bahawa kerajaan pentadbirannya ingin membela nasib bangsa Melayu. DEB diperkenalkan dan beberapa GLC seperti FELDA untuk meningkatkan ekonomi Melayu dan bumiputera.

Apabila kelihatan ada keikhlasan Tun Razak membantu bangsa Melayu/bumiputera, maka usaha menyatukan sokongan pengundi Melayu lebih mudah. PAS, sebuah lagi parti politik sokongan Melayu bersetuju bergabung dengan UMNO.

Dalam usaha mengurangkan politicking, Barisan Nasional ditubuhkan pada 1 Januari 1973 menggantikan Perikatan dengan menjemput PAS, Gerakan dan parti pembangkang lain ke dalam BN.

Untuk menarik hati kaum Cina di Malaysia, Tun Razak menjalinkan hubungan dengan negara China pada tahun 1974, walau pun China adalah sebuah negara pemerintahan komunis dan Malaysia baru sahaja bebas daripada ancaman komunis.

Gambarnya bersalam dengan Pengerusi Mao Tse Tung dan Setiausaha Agungnya Chou En Lai menepis persepsi pentadbiran Razak anti kaum Cina.

Kaum Cina melihat Tun Razak lebih memahami aspirasi kaum Cina berbanding dengan Tunku Abdul Rahman. Pada pilihan raya ke 4, 20 Ogos 1974, kesemua 61 calon UMNO menang, semua 14 calon PAS menang, MCA menang 19 daripada 23 kerusi, MIC menang semua 4 kerusi. Gerakan menang 5 daripada 8 kerusi.

Daripada 154 kerusi parlimen, BN menang 135 kerusi. Parti-parti pembangkang hanya mampu mempertahankan 19 kerusi. DAP 9 kerusi, SNAP di Sarawak 9 kerusi dan PEKEMAS 1 kerusi. Daripada hilang dua pertiga kepada kemenangan luar biasa. Itulah kebijaksanaan Tun Razak.

Beliau tidak tergesa-gesa mengejar undi Cina dan membiarkan orang Melayu terkapai-kapai. Tun Razak melawat negara China hanya lebih kurang 60 hari sebelum pilihan raya umum diadakan. Manakala Najib melakukan lawatan peringkat awal menjadi PM Malaysia. Dasar-dasar kerajaan Najib kelihatan lebih memihak kepada kepentingan kaum Cina.

Jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendung akan berciciran..... 

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP