DEMOKRASI AKAN HILANGKAN KUASA MELAYU, ISLAM DAN KEDAULATAN RAJA-RAJA!

Thursday, June 7, 2012

Di Malaysia, konsep demokrasi  bermaksud parti politik yang memerintah mesti  parti UMNO (Barisan Nasional). Jika bukan parti UMNO yang memerintah dan mengetuai kerajaan, hak dan keistimewaan Melayu yang akan mansuh. Agama Kristian akan menjadi agama rasmi dan Malaysia akan menjadi sebuah negara republik!

Proses demokrasi di Malaysia mestilah mempastikan kerajaan yang memerintah  kekal berkuasa. Ini bermakna jika diadakan pilihan raya umum, ia sekadar memenuhi kriteria dan konsep demokrasi. Pilihan raya itu tidak memungkinkan akan berlaku perubahan kerajaan atau pemerintah!

Begitulah yang berlaku dalam 12 pilihan raya umum sejak Malaysia merdeka 54 tahun lalu. Setiap kali selepas pilihan raya, Perdana Menteri dan Timbalan Pedana Menteri mesti dari UMNO untuk mempastikan bangsa Melayu kekal berkuasa, Islam menjadi agama rasmi dan raja-raja Melayu kekal dengan daulatnya.

Demokrasi di Malaysia,   kebebasan bersuara, kebebasan media  dan hak untuk berhimpun dijamin dalam perlembagaan negara. TETAPI  kebebasan dan hak-hak itu khusus untuk ahli-ahli dan penyokong parti UMNO sahaja.

Jika ahli-ahli dan penyokong parti pembangkang berhimpun, mereka tidak menghormati perlembagaan dan bertindak ganas dan kegiatan mereka dipengaruhi  kominis.

Jika kemungkinan-kemungkinan diatas; Melayu hilang hak dan keistimewaan, Islam akan hilang status sebagai agama rasmi dan raja-raja Melayu hilang kedaulatan mereka, apa perlunya Malaysia mengamalkan pemerintahan demokrasi?

Malaysia boleh mencontohi negara Brunei dan Arab Saudi iaitu mengekalkan pemerintah secara monarki tanpa perlu pilihan raya.

Sejarah dan budaya, orang Melayu telah diperintah secara monarki sejak 500 tahun. Orang Melayu selesa dengan konsep pemerintahan beraja tanpa perlu ada pilihan raya, kenapa harus mengambil risiko mengikut budaya Barat sedangkan budaya Melayu selama 500 tahun terbukti baik untuk bangsa Melayu?

Tentu sekali ini berita baik kepada  pemimpin UMNO! t

Read more...

MUHYIDDIN TAK MAMPU BELI UNDI RAKYAT SABAH!!

Saturday, January 28, 2012


TPM yang tiada kuasa - Pegawai Pelajaran buang surat sokongan TPM ke tong sampah!

Agaknya ramai yang tidak sedar, terutama kepimpinan tertinggi di KL, bahawa pemimpin yang bertanggungjawab menjadikan UMNO diterima dan berpengaruh di Sabah sepanjang 1991-1994 tidak lagi bersama-sama dengan UMNO. Ironisnya pemimpin yang dimaksudkan itu sedang merancang strategi untuk 'reverse' iaitu menumbangkan UMNO di Sabah!

Pemimpin yang dimaksudkan itu ialah Dato Seri Anwar Ibrahim. Dalam UMNO, walaupun jawatan Anwar hanya Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri, pemimpin dan rakyat Sabah yakin dengan kepimpinan beliau.

Dalam UMNO hari ini, Tan Sri Muhyiddin dengan jawatannya sebagai Timbalan Presiden dan TPM, dilihat bukan seorang tokoh yang berkarisma jauh sekali berkebolehan untuk mempengaruhi rakyat Sabah.

Ramai pemimpin-pemimpin UMNO Sabah kurang senang dengan sikap Muhyiddin. Nak jumpa satu hal. Dapat jumpa, sokongan dan surat-suratnya untuk dapat kontrak membersih sekolah atau kontrak makanan asrama hanya dibangkul sampahkan pegawai-pegawai kementeriannya. Perkara sebegini tidak pernah berlaku ketika Anwar menjadi TPM.

Kemenangan sebagai Timbalan Presiden UMNO hanya "by default" iaitu atas ehsan PM Najib yang menghalang Datuk Ali Rustam yang lebih popular untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada 2008.

UMNO hari ini semata-mata mengharapkan kepada isu pembangunan dan RM. Bukan Rosmah Mansor tapi wang ringgit untuk membeli undi rakyat Sabah yang dianggap sebagai "fix deposit BN" kerana menyelamat BN pada PRU lalu.

Rakyat Sabah hari ini lebih celik politik berbanding dengan ketika UMNO masuk ke Sabah pada 1991. Rakyat Sabah tahu berapa banyak hasil bumi Sabah masuk ke kantung kerajaan Persekutuan berbanding dengan sumbangan yang diberikan kepada rakyat Sabah.

Mampukah Muhyiddin dan wang ringgit mempengaruhi sokongan rakyat Sabah kepada BN?







Read more...

28 KERUSI SABAH DAN SARAWAK TIDAK SELAMAT KEPADA BN..

Tuesday, January 10, 2012



Seperti di Semenanjung, BN akan menggunakan strategi politik yang sama di Sabah dan Sarawak. Strategi yang biasa ialah menakut-nakutkan orang Melayu dan bumiputera tentang Ketuanan Melayu yang akan tercabar jika UMNO dan BN kalah kepada PR.

Isu yang kerap dilaungkan ialah DAP akan mengawal kerajaan bukan PKR atau PAS. Jika PR memerintah kedudukan hak istimewa Melayu dan bumiputera yang termaktub dalam Perkara 153 akan terjejas. Kedudukan raja-raja Melayu akan tercemar dan bermacam-macam dakyah untuk mengekalkan sokongan Melayu dan bumiputera! 

Jika BN terus menggunakan strategi yang sama, BN hanya boleh menjamin mempertahankan 14 kerusi parlimen di Sarawak yang diwakili PBB. Manakala 6 kerusi SUPP, 4 SPDP, 6 PRS dimenangi pada PRU 2008 boleh ditawan PR. Kerusi Bandar Kuching  memang milik DAP manakala Sibu ditawan dalam by election pada 2010.

Daripada 31 kerusi parlimen negeri Sarawak, 17 kerusi parlimen  dengan mudah dapat ditawan PR.

Sabah mempunyai 25 kerusi Parlimen. 14 diwakili parti UMNO. 4 UPKO, 3 PBS, 2 SAPP, 1 LDP dan 1 PBRS. Dengan isu kaum dan agama, BN barangkali boleh mempertahankan 14 kerusi yang diwakili UMNO tetapi 11 kerusi lagi boleh ditawan PR dan parti pembangkang lain!

Pada PRU 2008, Sabah dan Sarawak termasuk Labuan menyumbang 55 kerusi kepada BN. Sabah 24, Sarawak 30 dan Labuan 1.

Pada PRU 13, paling banyak kerusi parlimen yang boleh dipertahan BN sejumlah 28 kerusi....

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP