DEMOKRASI AKAN HILANGKAN KUASA MELAYU, ISLAM DAN KEDAULATAN RAJA-RAJA!

Thursday, June 7, 2012

Di Malaysia, konsep demokrasi  bermaksud parti politik yang memerintah mesti  parti UMNO (Barisan Nasional). Jika bukan parti UMNO yang memerintah dan mengetuai kerajaan, hak dan keistimewaan Melayu yang akan mansuh. Agama Kristian akan menjadi agama rasmi dan Malaysia akan menjadi sebuah negara republik!

Proses demokrasi di Malaysia mestilah mempastikan kerajaan yang memerintah  kekal berkuasa. Ini bermakna jika diadakan pilihan raya umum, ia sekadar memenuhi kriteria dan konsep demokrasi. Pilihan raya itu tidak memungkinkan akan berlaku perubahan kerajaan atau pemerintah!

Begitulah yang berlaku dalam 12 pilihan raya umum sejak Malaysia merdeka 54 tahun lalu. Setiap kali selepas pilihan raya, Perdana Menteri dan Timbalan Pedana Menteri mesti dari UMNO untuk mempastikan bangsa Melayu kekal berkuasa, Islam menjadi agama rasmi dan raja-raja Melayu kekal dengan daulatnya.

Demokrasi di Malaysia,   kebebasan bersuara, kebebasan media  dan hak untuk berhimpun dijamin dalam perlembagaan negara. TETAPI  kebebasan dan hak-hak itu khusus untuk ahli-ahli dan penyokong parti UMNO sahaja.

Jika ahli-ahli dan penyokong parti pembangkang berhimpun, mereka tidak menghormati perlembagaan dan bertindak ganas dan kegiatan mereka dipengaruhi  kominis.

Jika kemungkinan-kemungkinan diatas; Melayu hilang hak dan keistimewaan, Islam akan hilang status sebagai agama rasmi dan raja-raja Melayu hilang kedaulatan mereka, apa perlunya Malaysia mengamalkan pemerintahan demokrasi?

Malaysia boleh mencontohi negara Brunei dan Arab Saudi iaitu mengekalkan pemerintah secara monarki tanpa perlu pilihan raya.

Sejarah dan budaya, orang Melayu telah diperintah secara monarki sejak 500 tahun. Orang Melayu selesa dengan konsep pemerintahan beraja tanpa perlu ada pilihan raya, kenapa harus mengambil risiko mengikut budaya Barat sedangkan budaya Melayu selama 500 tahun terbukti baik untuk bangsa Melayu?

Tentu sekali ini berita baik kepada  pemimpin UMNO! t

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP