JEFFREY SAH LETAK JAWATAN DARI PKR!

Tuesday, October 27, 2009


Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan (gambar) sah meletakkan jawatan dari parti itu. Demikian menurut sumber berita daripada portal news Malaysiakini yang disiarkan petang semalam.


Difahamkan kumpulan pendesak dalam parti PKR yang dikenali sebagai KDM task force atau KDMTF telah menyatakan perasaan kurang senang dengan perlantikan Thamrin Zaini sebagai Pengerusi Perhubungan PKR yang baru menggantikan Azmin Ali. Menurut jurucakap kumpulan itu, pemilihan Thamrin adalah satu tindakan yang akan melemahkan parti itu di Sabah.


"Thamrin siapa? Dia tidak pernah jadi wakil rakyat! Asal tanding kalah dari zaman USNO sampai sekarang. Lagipun dia bukan mewakili kaum yang terbesar dalam PKR. Jika kaum KDM yang begitu besar dalam PKR meninggalkan parti itu, siapa yang tinggal?" Tegas jurucakap yang enggan namanya disiar.


Ada juga yang membuat teori bahawa pemilihan Thamrin adalah satu sandiwara politik Anwar Ibrahim untuk melemahkan PKR Sabah. Kata teori itu lagi Anwar telah mengadakan pertemuan empat mata dengan DS Najib.

Read more...

KHASIAT TELUR SETENGAH MASAK!!

Saturday, October 24, 2009

Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.
Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata, "beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu." Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan. "Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak. "Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah kau punye", kata emaknya.Ha........Lu Pikir ah sendiri........!
Dipetik dari cerita lucu

Read more...

ONG DAH TAK ADA "ONG", SOI LEK DAPAT SUWEY! APA JADI DENGAN MCA?

Saturday, October 10, 2009




Dato Ong Tee Keat: Presiden MCA yang mungkin terpaksa mengundur diri setelah undi tidak percaya perwakilan MCA








Petang ini saya dapat sms dari seorang pemimpin UMNO bunyi sms "terok MCA, Cina lari habis". saya jawab, Pengundi Cina dah memang lari meninggalkan BN. Yang ada tinggal hanya beberapa pemimpin sahaja dan taikoh mencari bisnes.

Walaubagaimnapun krisis kepimpinan MCA yang sepatutnya tidak berlaku jika presiden MCA Dato Ong Tee Keat dapat menerima Dato Chua Soi Lek sebagai timbalannya. Malangnya Ong, seorang pemimpin yang terlalu ego dan enggan menerima keputusan perwakilan MCA yang telah memilih pemimpin yang bukan dari "team" beliau.

Dalam masa yang sama Ong cuba alih perhatian perwakilan berikutan kemelut yang dihadapinya dalam isu PKFZ. Ong cuba membunuh dua burung dengan satu batu. Meminta undi percaya dari perwakilan MCA dan dalam masa yang sama menyingkir timbalannya.

Satu pengajaran kepada orang politik. Janganlah kita berniat menamatkan karier politik musuh kita kerana politik sama sekali sukar diramalkan.


Read more...

KETUA PKR SABAH - DR JEFFREY PALING LAYAK

Thursday, October 8, 2009


Dari segi ketokohan dan kewangan, Dr Jeffrey Kitingan (pic) seharusnya dipilih semula menjadi Ketua PKR Sabah.


Baru-baru ini bertiup kencang gossip mengatakan ramai ketua bahagian PKR tidak berpuasahati dengan Pengerusi PKR Sabah, Azmin Ali. Kabarnya satu mesyuarat telah diadakan mencadangkan nama Datuk Hamzah Amir kepada pucuk pimpinan menggantikan tempat Azmin.

Hamzah bukan orang politik. Beliau hanya seorang bekas pegawai kanan kerajaan. Jawatan terakhir Hamzah, tak silap saya ialah Presiden Majlis Perbandaran Tawau. Oleh itu beliau tidak dikenali ramai. Barangkali hanya popular dikalangan orang Semporna, tempat asalnya dan Tawau dan kawasan sebelah Pantai Timur Sabah.

Sungguhpun mewakili suku Bajau, bumiputera Islam yang majoriti, kriteria itu tidak memadai untuk memilih Hamzah. Jika matlamat Anwar Ibrahim memecahkan monopoli UMNO dikalangan pengundi Bajau dan bumiputra Islam yang lain, Hamzah bukanlah tokoh yang dapat memainkan pernan tersebut. Agak mustahil orang yang tidak pernah aktif politik mampu menarik sokongan bekas pemimpin Bajau USNO dan Berjaya. Beliau tiada ketokohan seperti Harris Salleh, Yahaya Lampong atau Karim Ghani.

Dalam masa yang sama, Hamzah bukannya “berduit” dan sanggup menjual harta dan berkorban untuk politik. Seperti Azmin Ali dan Ansari Abdullah, Hamzah hanya mengharapkan peruntukan dari PKR Pusat. Tanpa duit, pasti pemimpin kurang popular jika memegang jawatan penting sebagai Ketua parti di Sabah. Ketua-ketua bahagian sentiasa perlukan duit untuk menggerakkan parti di kawasan masing-masing.

Anwar sebenarnya yakin, masa depan PKR Sabah banyak bergantung kepada sokongan kaum KDM. Isu “Sabah for Sabahan” dan janji menambahkan royalty minyak adalah isu yang amat menarik pengundi muda kaum KDM. Sebenarnya Anwar tahu pemimpin paling layak mengetuai PKR Sabah ialah Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Beliau seorang pejuang yang menjadi idola kaum KDM.

Namun dalam masa yang sama Anwar juga tahu sokongan KDM sahaja tidak cukup untuk PKR dan gabungannya SAPP untuk menumbangkan BN di Sabah. Daripada 60 kerusi DUN Sabah, 33 kerusi adalah majority pengundi bumiputra Islam.

Oleh itu PKR sekurang-kurang PKR mesti menawan 4 atau 5 kerusi itu untuk membentuk kerajaan baru. Soalnya siapakah tokoh politik bumiputra Islam yang mampu menarik sokongan mereka? Atau kembali kepada asalnya, memilih Jeffrey Kitingan untuk mengekalkan sokongan KDM dan mengharapkan UMNO akan kehilangan beberapa kerusi kepada parti PAS pada PRU 13.

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP