PELANCARAN PERKASA NEGERI PAHANG

Sunday, January 24, 2010




Sewaktu rombongan kami dari Kuala Lumpur tiba di perkarangan Dewan Tun Razak, orang ramai dah penuh sesak. Kelihatan juga Yang Di Pertua Perkasa dari Wilayah Persekutuan, Datuk Mokhtar Samad, YDP Selangor dan YDP Sarawak dan rombongan AJK Perkasa Pusat.

Tak lama kemudian saya dapat panggilan telepon daripada YDP Perkasa Pahang Dr Zubir. Dia minta saya segera masuk ke dalam dewan kerana telah tiba masa saya berucap. Dalam dewan, YDP Perak saudara Zaini sedang berucap. Saya mengambil tempat duduk bersebelah Dr Zubir. "You kena berucap, orang Pahang nak dengar cerita dari Sabah" bisik Dr Zubir.  Saya hanya mengangguk. Setiap pelancaran negeri saya mesti berucap.

Dewan dah penuh sesak. Bersemangat berucap jika dewan penuh sesak dengan orang ramai, bisik hati saya. Saya memulakan ucapan dengan cerita sejarah penubuhan Malaysia. Peranan Tunku dan pemimpin Sabah dan Sarawak yang merealisasikan pembentukan sebuah negara baru iaitu Malaysia yang di tubuhkan pada 16 September 1963. 

"Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendekatan politik Tunku, namun saya tegaskan disini,  wawasan atau visi politik Tunku mencadangkan gagasan Malaysia di Singapura pada tahun 1961 kemudian direalisasikan pada 16hb September 1963 telah menyelamatkan BN dan ketuanan politik Melayu/Islam pada PRU12 Mac lalu."

"Yang selamatkan Ketuanan politik bangsa Melayu ialah bangsa Bajau, Kadazandusun, Iban, Bisaya, Orang Sungai, Orang Ulu, dan lain-lain suku pribumi Sabah dan Sarawak kerana menyumbangkan 56 kerusi parlimen kepada Barisan nasional"

Sewaktu tengah bersemangat berhujah saya dimaklumkan MB Pahang sudah ada di perkarangan dewan. Saya ucapkan terima kasih dan beri salam. Bersama-sama dengan Presiden Perkasa, Dato Paduka Ibrahim Ali, kami terus menyambut ketibaan Datuk Seri Adnan Yakub yang akan merasmikan Perkasa Pahang.


Read more...

KALI INI ORANG MELAKA JADI YANG DIPERTUA..

Friday, January 15, 2010


Mallacca tahun 1630

Di ruangan terbuka ini, saya ingin memanjangkan satu persoalan yang ditimbulkan oleh Saudara Zakaria Bidin di dalam Facebook. Apakah Melaka ketandusan tokoh untuk menduduki kerusi Yang DiPertua Negeri Melaka?

Katanya, kenapa orang luar jadi ‘raja’ Melaka dan bila masanya orang Melaka mahu menuntut haknya supaya apabila tamat tempoh Jun tahun ini, YDP Melaka tidak lagi dipayung terjunkan dengan pelbagai alasan.

Dalam Facebook tidak cukup ruang untuk menghuraikan luahan hati warga Melaka. Maka perlu saya teruskan sokongan saya terhadap tajuk perbualan dalam facebook itu dengan lebih luas lagi untuk kita sama-sama fikirkan sampailah masanya anak Melaka jadi Yang DiPertua.

Selama ini, orang Melaka cukup beralah dan terima dalam paksaan sahaja ‘hukuman’ dari kerajaan pusat yang menentukan siapa YDP Melaka.

Tetapi walaupun orang Melaka beralah, tidak semestinya tidak ada yang berkecil hati dan terkilan. Bukan terkilan tak dapat jadi YDP tetapi terkilan melihat orang dari negeri lain pula jadi YDP di negeri kita.

Bayangkanlah dalam umur saya yang sedang membesar tua ini, seingat saya, sebelum Tun Khalil (orang Pahang), Melaka diketuai oleh orang Pulau Pinang (kalau tak silap saya). Sebelum tu pun bukan orang Melaka juga.

Dalam bahasa yang halus, terbisik dalam hati apakah orang Melaka ni bangsat sangat hingga tidak ada yang layak untuk menduduki tempat penting itu. Sudahlah kita tidak mempunyai Raja, Sultan atau Yang DiPertuan seperti Negeri Sembilan, untuk jawatan YDP pun tak dapat.

Setiap kali nak pilih YDP baru, orang Melaka hilang suara. Ada saja alasan yang akhirnya membenarkan kerajaan pusat yang dipimpin Perdana Menteri membuat pilihan tanpa mengira sensitiviti Negeri Melaka. Ketua Menteri pun beri alasan yang kononnya orang luar yang dipilih tidak menjejaskan pentadbiran Negeri Melaka.

Maka Tun Khalil Yaakub dipilih menjadi YDP beralasankan isteri beliau orang Melaka. Soalnya, bukan isteri beliau yang jadi YDP tetapi suaminya orang Pahang. Pada hakikatnya Melaka tidak pernah kekeringan pemimpin yang layak menduduki tempat penting itu. Kita ramai tokoh ternama, ramai yang berjasa di Negeri Melaka. Tetapi mereka diketepikan sahaja.

Sebelum ini, kerajaan Negeri Melaka pernah mengeluarkan arahan kepada jabatan-jabatan supaya anak Melaka diberi keutamaan untuk memenuhi jawatan dari jawatan tertinggi hinggalah ke jawatan paling rendah. Ertinya arahan itu menekankan nombor kad pengenalan (Mykad) hendaklah berangka 04. Mereka diberi keutamaan.

Bagaimanapun perkara itu tidak juga dilaksanakan sepenuhnya kerana masih ramai lagi anak Melaka yang gagal mendapat kerja di negeri sendiri lantas merantau ke tempat lain sambil menelan air liur sahaja melihat polisi negeri itu tidak dipenuhi dengan sempurna.

Sekarang jawatan Yang DiPertua pula berbangkit. Tidak pasti saudara Zakaria yang mula membangkitkan perkara ini orang Melaka atau tidak, tetapi cetusan beliau itu adalah sesuatu yang sepatutnya membuka mata dan telinga orang Melaka untuk memikirkan bagaimana caranya untuk membuka hati Perdana Menteri supaya memberi muka kepada orang Melaka.

Janganlah pula oleh kerana Tun Khalil orang Pahang, Datuk Seri Najib Perdana Menteri pun orang Pahang, maka khidmat Tun Khalil disambung lagi satu penggal apabila sampai masanya bulan Jun nanti.

Oleh Hasim Mamat
Durian Tunggal
Melaka

Read more...

PERARAKAN KUMPULAN KRISTIAN DIHALANG POLIS

Tuesday, January 12, 2010


Menteri yang jaga keselamatan negara mestilah orang yang serius kata-kata dan perwatakan! jangan asyik dengan ayat "Saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan" Buat apa nak teragak-agak, ambil saja tindakan jika ada unsur ancaman terhadap keselamatan negara.

Saya tidak sangka isu kalimah Allah begitu memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada orang Islam tetapi juga penganut agama KRISTIAN terutama di Sabah. Pada 6hb Januari lalu satu perarakan aman di rancang sekumpulan penganut Kristian di Penampang. Kumpulan itu mendesak Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib menjelaskan bahawa  beliau bukan sahaja pemimpin Melayu dan Islam tetapi juga semua rakyat di Malaysia.

Namun perarakan itu bagaimanapun telah dihalang pihak polis Penampang. Jika barangkali perarakan itu dibenarkan, mungkin banyak insiden yang tidak diduga akan berlaku.


Dalam pertemuan dengan media, pengelola tunjuk perasaan, Ronnie Klassen, juga seorang pemimpin kanan PKR Sabah mempersoalkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang membenarkan kumpulan NGO Islam berhimpun di Masjid Kampung Baharu, KL membantah penggunaan kalimah "Allah" oleh akhbar Herald tetapi tidak membenarkan penganut Kristian berarak secara aman. Kenapa ada double standard? soal Ronnie.

Saya fikir dalam hal ini, Ronnie telah salah tafsir kerana sehari sebelum ura-ura tunjuk perasaan dalam Masjid kampung baru dan Masjid Negeri, KPN, dan Menteri Dalam Negeri telah memberi amatan melarang perarakan dan tunjukkan perasaan oleh orang Islam. Namun dalam masa yang sama pihak polis tidak pula boleh melarang umat Islam untuk mengerjakan ibadah Jumaat.

Oleh itu Ronnie tidak boleh anggap sembahyang Jumaat itu telah mendapat permit dan kebenaran daripada Kementerian Dalam Negeri.

Baca seterusnya...http://advocateviews.blogspot.com/

Read more...

KENANGAN SEMALAM DI KOTA EDINBURGH

Saturday, January 2, 2010



Kota Edinburgh - Istana yang terkenal dengan persembahan Tattoo setiap tahun.

Sabtu, 2hb januari. Jam 5.45 pagi saya sudah tiba di Terminal 2. Penerbangan AK5461 dari Kota Kinabalu ke Johor Bahru jam 6.55am. Seperti biasa kaunter check Air Asia sesak. Tak sangka awal pagi pun ramai orang. Dapat saya perhatikan, warga Malaysia masih tidak berdisplin dalam soal beratur. Menjadikan keadaan lebih tidak teratur. Jam 6.50 baru dapat boarding. delay lagi selama 20 minit. Di Malaysia, bukan semua hargai ketepatan masa.


Saya teringat Edinburgh, Scotland. Pengalaman singkat 4 tahun di negeri “poison dwarf” itu mengajar saya erti sopan santun dan displin. 20 tahun sudah berlalu namun kenangan manis tidak mudah di lupakan. Saya tinggal di kota Edinburgh dari tahun 1990 hingga akhir tahun 1994. Dimana-mana sahaja warganya sentiasa berbaris dan beratur dengan tertib. Menunggu bas atau teksi, bayar minyak, bank, pejabat pos dan sebagainya.

Ketika berkerja di sebuah restoran, pekerja-pekerja amat menepati masa. Saya juga mesti berada di belakang bar tepat jam 5 petang. Jika lambat 5 minit sekalipun, bos akan beri amaran keras. Semua hargai masa dan mereka membudayakan pentingnya masa.

Warga emas Scottish sentiasa menggunakan ayat yang sopan seperti “How are you doing son” atau “love” atau “dear” dan bahasa-bahasa yang manis didengar. Jarang sekali bahasa kasar keluar dari mulut mereka. Mereka juga amat menghormati orang dari luar seperti dari Malaysia dan Jepun. Tapi kurang senang dengan rakyat dari India, Pakistan dan Bangladesh.

Warga Scot anggap rakyat Pakistan, India dan Bangla golongan pendatang "parasit". Mereka datang untuk mencari kekayaan dan “menipu” negara mereka dengan menuntut berbagai-bagai “benefit”. Memohon child benefit, unemployment benefi, housing benefit dan berbagai lagi kemudahan dari negara mereka. Jika ke Glasgow, jelas penguasaan warga Pakistan. Mereka memiliki kedai dan restoran dan mengekalkan hubungan yang rapat antara mereka.

Memang budaya orang Pakistan mencari peluang sebanyak mungkin jika diberi peluang berbuat demikian. Namun yang jelas bangsa Pakistan mempunyai keazaman yang kuat. Rajin dan berani menghadapi cabaran. Di Sabah kebanyakan perniagaan runcit juga dibolot warga Pakistan.

Saya terlelap seketika. Kenangan tentang Edinburgh seperti satu mimpi. Saya terjaga bila dimaklumkan akan mendarat di Senai sebentar lagi. Saya tenguk jam 9.15pagi. Hanya satu saja pesawat mendarat di Senai airport. Pesawat Air Asia dari KK yang membawa saya dan penumpang yang lain. “jam 11.30 ada satu lagi kapal terbang dari Kuching” kata pemandu teksi ketika menuju ke City Center.

Saya hubungi sahabat saya, Latif Bandi. Dia suruh saya terus ke Zon hotel dikawasan perdagangan bebas Zon. Semua perbelanjaan telah dibereskan. Terima kasih sahabatku. Budi mu akan dikenang juga. Esok pagi saya akan bertolak ke Segamat untuk pelancaran PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA daerah Segamat bersama dengan Dato Ibrahim Ali, Presiden PERKASA Kebangsaan.

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP