BETUL JUGA, TUN MAHATHIR PUN PERNAH LANGGAR DISPLIN PARTI!

Wednesday, September 23, 2009





Tunku Abdul Rahman Putra pernah mengambil tindakan displin keatas Tun Mahathir dan Tun Mahathir pernah berkempen di pentas PAS. Isa Samad tidak pernah berlaku "curang" dengan UMNO walaupun bermacam-macam hukuman keatasnya.




Saya begitu tertarik dengan kenyataan Ketua Pemuda UMNO Teluk Kemang, Mohd Faizal Ramli yang mempertahankan cadangan bahagian mencalonkan Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN di Bagan Pinang.

Beliau mengasaskan bahawa satu survey telah dilakukan dan terbukti rakyat di kawasan itu termasuk bukan Melayu menerima Isa Samad.

"Saya tidak nampak bagaimana rekod Isa menjadi libiliti kepada UMNO dan Barisan Nasional di pilihan raya kecil Bagan Pinang"

Faizal mengambil contoh bekas Presiden UMNO, Tun Mahathir yang pernah di pecat dan diambil tindakan displin oleh Tunku Abdul Rahman kerana menulis buku "The Malay Dilema". Tun Razak walaupun mendapat bantahan termasuk dari grassroots, telah mengambil semula dan memilih Tun Mahathir sebagai calon pilihan raya dan sebagai menteri.

Tun Mahathir menjadi seorang pemimpin UMNO dan Perdana Menteri yang hebat.

Read more...

KONSEP "RUMAH TERBUKA". JANGAN TERLALU GRAND. JANGAN BUAT DI LUAR RUMAH.

Friday, September 18, 2009












Sempena menyambut Syawal Ahad ini saya mengucapkan SALAM AIDIL FITRI maaf zahir batin kepada semua rakyat Malaysia, terutama para pengunjung blog Konspirasi Politik Melayu dan SEKALI KETUK.


Seperti biasa saya menyambut Syawal sederhana. Anak-anak balik ke rumah dan kita berhari raya selepas menunaikan solat sunat aidil fitri di Masjid Kg Petagas.Siapa tetamu datang ke rumah kita akan layan. Saya sendiri masak rendang atau kari kambing untuk santapan tetamu. Saya tiada hari tertentu mengadakan rumah terbuka. Sepanjang Syawal itulah "rumah saya terbuka" menerima kunjungan tamu dan sahabat handai dari berbagai kaum dan agama.


Saya juga jarang ke "rumah terbuka" yang diadakan di tempat awam seperti Dewan Masyarakat atau tempat-tempat lain yang bukan dalam kawasan rumah. Saya berpendapat konsep rumah terbuka seperti ini tidak berkesan mengeratkan hubungan sesama rakyat kerana tidak lebih dari sekadar makan dan jalan, "eat and go".


Sebaiknya konsep "rumah terbuka" secara tradisi harus kita kekalkan sebagai budaya Melayu yang dapat mengeratkan silaturahim dengan tetamu yang datang.


SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.

Read more...

ORANG UMNO PULAK MAHU UMNO KALAH DI BAGAN PINANG!

Monday, September 7, 2009



Tan Sri Isa Samad. Mahkamah tidak pernah menghukum beliau. Yang menghukum ialah UMNO. Tetapi Isa boleh selamatkan UMNO di Bagan Pinang.




Petang semalam seorang kawan yang rapat dengan Tan Sri Muhyiddin sms jemput ke Majlis berbuka puasa di Dewan Merdeka PWTC. Namun saya tidak dapat hadir kerana tiba-tiba pening dan tertidur. Harap petang ini saya diberi kesihatan kerana sebentar tadi sahabat blogger Si Bongkok sms ada lagi majlis serupa dengan rakan-rakan bloggers.


Malam tadi saya bangun jam 11.30 malam. Banyak miskol kawan-kawan. Din Johor, Din Seputeh dan Sang Kelembai. Saya bergegas ke Hotel Seri Pacific. Almahdulillah Sang Kelembai masih ada dan masih ramai kawan-kawan termasuk dari Sabah masih duduk di coffee house.

Kelihatan Nazri Abdullah dari Sipitang, Serin Sudah dari Kota Belud, Ariffin Asgali, Sahar Saka dari Sandakan, Badil, Mohd Razlan, Datuk Sairin Karno juga kelihatan. Selepas beri salam dan minta maaf kerana tidak dapat hadir, saya mengambil tempat duduk dengan Wak Din dan kenalan baru Datuk Idris Mat Saad. Seperti biasa Datuk Adnan Buyong dan Yusof Merah juga sedang duduk disatu sudut coffee house. Yang tidak kelihatan malam ini ialah Datuk Mokhtar Samad dan Erman JR.

banyak isu politik malam ini berkisar tentang PRK Bagan Pinang. Siapa calon? Isa Samad? Anak Isa Samad? Calon Wanita? Kebetulan malam ini Sang Kelembai tidak ikut serta perbualan kami jadi tidak banyaklah isu dalam pasaran.


Saya berhujah hanya dua pemimpin UMNO yang rapat dengan grass-roots, Isa Samad dan
Ali Rustam. Kedua-duanya didapati bersalah kerana amalan politik wang. kedua-duanya disukai ramai. Parti UMNO yang sebenarnya tidak suka pemimpin yang terlalu rapat dengan grass roots bukan ahli UMNO. Pemimpin tertinggi UMNO yang tidak suka pemimpin yang membantu orang ramai, memberi sedikit wang belanja. Mereka akan disingkir. Mereka masih berfikir UMNO kuat dan tidak perlu pemimpin popular. Inilah yang berlaku kepada Isa dan Ali.

Saya tertarik dengan isu calon PRK Bagan Pinang kerana ramai orang UMNO melihat isu ini menjangkaui isu PRK. Mereka sudah menerobos kepada isu krisis kepimpinan di Negeri Sembilan. Isu Dato Mohamad Hassan. Isu KJ. Isu Ishak Ismail. Ada pulak yang terang-terang kata UMNO akan bungkus. Tapi ditangannya masih ada sarung surat yang barangkali sudah ditandatangani Timbalan Perdana Menteri atau menteri-menteri UMNO yang hadir.

Ramai pula yang seronok kalau UMNO kalah lagi di Bagan Pinang. Tetapi mendakwa diri penyokong kuat UMNO. Penyokong kuat Tan Sri Muhyiddin. Jang O Jang...Pening kepala den nak fikir jang….

Read more...

9 ADUN UMNO TERENGGANU TELAH BERTEMU ANWAR IBRAHIM

Thursday, September 3, 2009



Anwar Ibrahim: Pakatan Rakyat akan rampas Terengganu sebelum 16hb September 2009?
Laporan daripada Malaysiakini, 9 orang Adun UMNO Terengganu telah bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wakil rakyat Hulu Besut, YB Nawi Mohamad mengesahkan 9 orang ADUN itu telah pun bertemu dan berbincang dengan Anwar Ibrahim tetapi tidak dapat memberikan maklumat lanjut tentang perbincangan tersebut. Beliau juga berkata 9 orang ADUN itu tidak termasuk dirinya.

Pada April lalu, daripada 13 orang ADUN UMNO yang menyokong kumpulan Datuk Idris Jusoh telah memboikot Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu. Daripada 10 orang itu tidak termasuk Nawi Mohamad.

Politik Terengganu semakin meruncing bila ada khabar angin yang mengatakan beberapa ADUN dari UMNO Terengganu akan menyertai parti PKR. Jika pertemuan dengan Anwar membincang penyertaan 9 Adun itu kerajaan BN negeri Terengganu boleh tumbang pada bila-bila masa.

Jika benar dakwaan YB Nawi Mohamad 9 ADUN dari UMNO itu bermakna krisis politik Terengganu terus akan bergolak.

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP