PEMANDU: Anak hartawan yang jual harta bapanya yang sedang nazak!

Saturday, May 21, 2011


PEMANDU - Menteri menambah beban rakyat dan gagal mencari sumber pendapatan baru!

Apa pun rasional kerajaan untuk menarik balik subsidi yang telah diberi pada rakyat, sukar untuk rakyat menerima alasan kerajaan. Panggillah professor dari mana sekalipun untuk membela tindakan kerajaan, rakyat ada pilihan dan alternatif pada PRU akan datang!!

Hari ini saya dapat sms dari seorang kawan dari negeri Kelantan. Ayat sms itu seperti berikut:
" Kalau Barisan Nasional tarik balik subsidi diesel kepada pengusaha C2 laut dalam dan subsidi lain daripada rakyat jelata sedang subsidi kepada pengusaha IPP tidak diubah maka tenyata BN akan kecundang dalam pilihan raya ke 13.

Kerajaan patut cari punca ekonomi yang baru bukannya menarik dari rakyat kemudahan yang telah diberi. PEMANDU gagal menjalankan tugas mereka. Harga barangan akan naik bila subsidi ditarik balik. Rakyat akan merana dan marah. Rakyat akan tolak BN. Kejayaan usahan PM, Dato Sri Mohd Najib tarik pelabur US untuk siapa? rakyat kata bukan untuk mereka."

Pengirim sms ini adalah seorang penyokong kerajaan berkelulusan Phd. Renungkan bersama.

7 comments:

Anonymous,  May 21, 2011 at 8:54 AM  

kena tengok latar belakang pemandu. pemandu idris jala bukan ahli politik. dia banyak sebagai pekerja. jadi dia bekerja ikut syarikat. bila jadi menteri, dia tadbir negara ikut syarikat. mana ada tengok rakyat, dia lebih utamakan syarikat daripada kakitangan bawahan.

kemudian, pm kita asyik kejar glamor dan popular. ikut jer pemandu cakap. mana ada masa nak buat kertas kerja, tulis ucapan dan sebagainya. asyik fb dan twit. mesra rakyat la katakan. rakyat nak hidup selesa. kalau tertekan dengan barangan naik harga. mampus la. biarpun gaji tinggi, mak bapak kat kampung pun kena jaga juga. orang tua aku bukan hidup dalam hutan macam bapak pemandu. dia tak perlu beli barang, cukup la apa yang ada kat kampung penan sana. ini mak bapak kita kat semenanjung. semua kena bayar...

Anonymous,  May 21, 2011 at 8:57 AM  

Tuan,
Bangunlah dari permainan emosi. Berpijaklah pada data-data sebenar. Kalau orang Kelantan kata, penarikan balik subsidi C2 itu membebankan dan menyulitkan nelayan untuk kelaut ... sedarlah itu adalah satu pembohongan besar yang kalau kita percaya dan sokong membuta tuli, kita akan terpalit sama memikul dosanya menipu dan memanipulasi wang rakyat.

Bot C2 adalah untuk bot laut dalam. Manakala bot A, B dan C adalah nelayan pantai. Orang Kelantan majoritinya hanya setakat nelayan pantai. Manakala lesen untuk lebih 200 bot C2 di Kelantan sebenarnya adalah milik peniaga dari Thailand dan Vietnam yang di"ali baba"kan oleh orang Melayu Kelantan (lebih 90% adalah milik orang asing). Pemilik bot asing ini pula majoritinya membawa hasil ikan dari perairan kita balik ke negara asal mereka. Hakikatnya, hak kita dirampas dengan bantuan subsidi minyak diesel kita.

Kalau saudara membantah tindakan membatalkan bantuan minyak diesel ke bot C2 itu, bermakna saudara bersubahat dalam membantu melarikan hak rakyat negara ini ke negara asing.

Anonymous,  May 21, 2011 at 1:47 PM  

subsidi yg di beri pd IPP tu supaya tarif elektrik yg rendah kpd rakyat.bkn untuk menambahkan lg kantung IPP.lg pun kerajaan dah berhasrat nak ubah blk perjanjian dulu (antara kerajaan/tnb dgn IPP)supaya lbh adil and x terlalu menguntungkan IPP.
kalo xde subsidi pd IPP so tarif elektrik akan naik.renungkan bersama.

Anonymous,  May 21, 2011 at 2:25 PM  

seharusnya kita berterima kasih kerana komen beliau tersebut ada kebenaran nya. begini lah cara kita membetulkan keadaan, bukan nya asal apa saja kerajaan buat nak bangkang tak tentu pasal.orang BN ni rasional berbanding PR.

Anonymous,  June 9, 2011 at 5:18 AM  

Apa jadahnya Pemandu tu.. Barang makin Naik.. Hutang berlambak..Idris JalA tau TAK JALAN RAYA D SARAWAK NI PALING HAMPAS/PAPRAK..TERUK/ BERLOBANG MAK PUKI MAK DIA...JALAN DARI KUCHING KE MIRI (JALAN UTAMA MENGHUBUNG UTARA SARAWAK KE SELATAN ) .. LIMBNAG KE LAWAS...JALAN UTAMA PUN TERUK.. MCM SIAL KAU TANYA PENDUDUK SARAWAK YG HARI GUNA JALAN TU...DIA NI MINUM LANGKAU KE?,,,,DIA NAIK HELI DAN KAPAL TERBANG APA DIA TAU...PEMIMPIN SEMUA PEKAK..BUTA ..BISU.. TV3 PUN SIK BERANA LAPUR HAKIKAT SEBANR RAKYAT SWK...KESIAN KAMI SEBAGAI RAKYAT BIASA NI...

Anonymous,  July 11, 2012 at 8:24 AM  

Biasalah syrikat umno sdn bhd..dia saja la yg untung..

Anonymous,  July 11, 2012 at 8:25 AM  

Biasalah syrikat umno sdn bhd..dia saja la yg untung..

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP