DEMOKRASI YANG HODOH!!
Monday, February 8, 2010
Datuk Zambry Abdul Kadir - Bakal diistihar MB Perak yang sah?
Demokrasi adalah sistem pemerintahn yang terbaik dan sesuai di amalkan di semua negara termasuk negara berbilang keturunan dan warna kulit seperti Malaysia. Amerika Syarikat dan negara Britian adalah contoh pemerintahan demokrasi yang dianggap mendekati konsep sebenar sistem pemerintahan demokrasi.
Yang menentukan kuasa politik dalam sistem demokrasi ialah rakyat. Slogan utama konsep demokrasi ialah "Kuasa Rakyat, dari rakyat kepada rakyat" dan mahkamah undang-undang tidak terlibat dalam keputusan rakyat menentukan siapa yang memerintah dalam sistem demokrasi.
Sebentar lagi, di Malaysia, Mahkamah Persekutuan, akan menentukan siapa yang layak menjadi Menteri Besar yang sah dan berkuasa di negeri Perak - Datuk Zambry Abd Kadir dari Barisan Nasional atau Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dari Pakatan Rakyat.
Pada PRU12 8 Mac 2008, BN mendapat 28 kerusi dan Pakatan Rakyat memperolehi 31 kerusi. 3 ADUN Pakatan Rakyat keluar meninggalkan gabungan parti itu menjadi anggota dewan BEBAS. Sultan Perak melantik MB yang baru-Datuk Zambry Abd Kadir.
Demokrasi sekarang diadili di mahkamah!
0 comments:
Post a Comment