PELANCARAN PERKASA NEGERI PAHANG

Sunday, January 24, 2010




Sewaktu rombongan kami dari Kuala Lumpur tiba di perkarangan Dewan Tun Razak, orang ramai dah penuh sesak. Kelihatan juga Yang Di Pertua Perkasa dari Wilayah Persekutuan, Datuk Mokhtar Samad, YDP Selangor dan YDP Sarawak dan rombongan AJK Perkasa Pusat.

Tak lama kemudian saya dapat panggilan telepon daripada YDP Perkasa Pahang Dr Zubir. Dia minta saya segera masuk ke dalam dewan kerana telah tiba masa saya berucap. Dalam dewan, YDP Perak saudara Zaini sedang berucap. Saya mengambil tempat duduk bersebelah Dr Zubir. "You kena berucap, orang Pahang nak dengar cerita dari Sabah" bisik Dr Zubir.  Saya hanya mengangguk. Setiap pelancaran negeri saya mesti berucap.

Dewan dah penuh sesak. Bersemangat berucap jika dewan penuh sesak dengan orang ramai, bisik hati saya. Saya memulakan ucapan dengan cerita sejarah penubuhan Malaysia. Peranan Tunku dan pemimpin Sabah dan Sarawak yang merealisasikan pembentukan sebuah negara baru iaitu Malaysia yang di tubuhkan pada 16 September 1963. 

"Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendekatan politik Tunku, namun saya tegaskan disini,  wawasan atau visi politik Tunku mencadangkan gagasan Malaysia di Singapura pada tahun 1961 kemudian direalisasikan pada 16hb September 1963 telah menyelamatkan BN dan ketuanan politik Melayu/Islam pada PRU12 Mac lalu."

"Yang selamatkan Ketuanan politik bangsa Melayu ialah bangsa Bajau, Kadazandusun, Iban, Bisaya, Orang Sungai, Orang Ulu, dan lain-lain suku pribumi Sabah dan Sarawak kerana menyumbangkan 56 kerusi parlimen kepada Barisan nasional"

Sewaktu tengah bersemangat berhujah saya dimaklumkan MB Pahang sudah ada di perkarangan dewan. Saya ucapkan terima kasih dan beri salam. Bersama-sama dengan Presiden Perkasa, Dato Paduka Ibrahim Ali, kami terus menyambut ketibaan Datuk Seri Adnan Yakub yang akan merasmikan Perkasa Pahang.


1 comments:

uop January 24, 2010 at 5:02 PM  

Saudara Musli, Saya cadangkan agar Perkasa bersiap sedia untuk masuk gelanggang dalam PRU 13 nanti kerana hanya Perkasa yang tegas mempertahankan kepentingan orang melayu. Letak calon di kawasan majority melayu dimana UMNO akan korbankan kerusi tersebut atas dasar tolak ansur kepada calon MCA, Gerakan, PPP, MIC atau mungkin nanti "Makkal Sakthi"! Ingat, sekarang di Pulau Pinang Gerakan dan MCA dalam senyap merasa gembira kerana apa yang mereka tak dapat buat telah di laksanakan dengan jayanya oleh DAP. Sudah sampai masanya perkasa mengambil pendekatan "kamikazi" demi kepentingan orang melayu.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP