ISTERI MENTERI ATAU TIMBALAN MENTERI? YANG MANA SATU NI?

Sunday, November 15, 2009

Mewakilkan isteri lebih glamour daripada mewakilkan timbalan menteri

Malam Ahad saya menyaksikan Malam Anugerah Penyampai Ikon pertama RTM. Majlis yang berlangsung di Panggung Sari Istana Budaya itu disiarkan secara langsung di TV2 pada jam 8.30 malam.

Pemenangnya ialah Aina Suzaily M. Zailany, 20 tahun. Tahniah kepada adik Aina. Hadiah disampaikan isteri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datin Seri Utama Dr Maznah Rais.

Saya tertanya-tanya kenapa isteri menteri yang beri hadiah? Apakah status sebenar pertandingan penyampai ikon RTM yang menggunakan wang rakyat menjayakannya tetapi hanya status isteri menteri sahaja yang memberi hadiah?

Setahu saya, jika ada acara pertandingan ratu cantik, Ratu Gawai, Ratu Tadau Kaamatan di peringkat kampung, daerah atau negeri, memang lumrahnya isteri menteri atau isteri wakil rakyat yang beri hadiah. Tetapi majlis semalam itu bukan pertandingan ratu cantik! Juga bukan pertandingan nyanyi. Pertandingan memilih penyampai Ikon RTM.

Jika Menteri tak sihat atau malas nak berikan hadiah kerana pemenangnya wanita kenapa tak wakilkan Timbalan Menteri atau Ketua Pengarah atau KSU?

Saya bimbang dimasa akan datang banyaklah acara menteri-menteri akan diwakili isteri-isteri menteri. Jadi satu fenomena baru pula dalam negara dimana isteri-isteri menteri telah mengambil alih jawatan menteri atau timbalan menteri.


Jika nak sangat Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang glamour, saya cadangkan lantiklah Datuk Siti Nurhaliza sebagai Menterinya. fikir-fikirkanlah!

5 comments:

Anonymous,  November 15, 2009 at 4:43 PM  

Acara2 yang tak mendatangkan faedah kepada negara x perlu jemput Menteri. Ini termasuk anugerah bintang popular atau nyayian yang lain. Menteri ada banyak tugas yang perlu dilakukan untuk rakyat. Memikirkan bagaimana untuk mengembangkan ekonomi dll. Saya setuju acara2 begini diberika kepada isteri menteri atau orang2 yang terlibat dalam bidang tersebut. Misalnya anugerah Skrin, patut panggil artis veteran macam Aziz Satar atau Jins Samsudin yang bagi hadiah. Di US dan UK tak de menteri yang datang untuk bagi hadiah. Obama tak de masa nak bagi Anugera kat Academy Award. Ada banyak benda lain yang perlu dia buat. Kita perlu ubah budaya ini.

Anonymous,  November 15, 2009 at 5:17 PM  

atau mungkin datin ni memang queen control? lawaknye seorang pemimpin/menteri tapi takut bini...eheheh...mr rais jgn mare ye..

Anonymous,  November 15, 2009 at 7:04 PM  

CADANG SAJA PADA PM TAK PAYAH LANTIK TIM. MENTERI LAGI... LANTIK AJE ISTERI MASING2 SEBAGAI WAKIL KALAU MENTERI TAK BOLEH HADIR.

RAIS YATIM PUN DAH TUA.. SEPATUTNYA DIA TAK JADI LAGI MENTERI..

DOK BEREHAT KAT UMAH JE.. MAIN DENGAN CUCU...

SEKARANG NI BANYAK DILIHAT ISTERI2 MENTERI SELALU JADI WAKIL KEPADA SUAMI YANG JAWATAN MENTERI...

APA NAK JADI DENGAN KERAJAAN SEKARANG...

TIMBALAN MENTERI DAH TAKDA PERANAN LAGI..

YANG GAMBI November 15, 2009 at 7:41 PM  

Salam bro, biasalah penganjur nak bodek Menteri....... kah...kah....kah..... dia orang ini bukan setia dengan kerajaan UMNO-BN..... puak-puak inilah yang merosakkan kerajaan UMNO_BN.....

anakbukitgantang November 22, 2009 at 7:18 AM  

jawapan sebenarnya adalah berdasarkan Protokol

1- jika event yang tak melibatkan tugas tugas rasmi menteri,tapi bersifat formal, maka isteri menteri atau timbaln menteri akan diminta untuk merasmikan, menutup, menyampaiakna ucaptama aau menyampaikan hadiah untuk menunjukkan kekananan event tersebut

Ini adalah satu protokol yang seragam dan diamalkan di peringkat antarabangsa

contoh1- Jika di peringka Kementerian, peasmian majlis Puspanita, majlis Keramaian semi /tak formal seperti Pesta Buah Buahan, Pesta Memasak akan menggunakan isteri Menteri

contoh2- Di peringkat negeri, Perasmian Majlis Makan Malam akan menggunakan Sultanah/Tengku Ampuan negeri berkenaan

contoh3- bila Al Husein dari Jordan meninggal dunia, maka dihantar isteri Presiden, iaitu Hillary Clinton pada waktu itu

Britain pula menghantar Prince Edward, jika tak silap saya

Selalunya, isteri, anak atau kaum kerabat diraja terdekat akan dihantar untuk mewakili ketua negara bagi mewakili majlis tak rasmi tapi formal ini

PROTOKOL ANTARABANGSA IN AKAN DIIKUTI OLEH SEMUA NEGARA DI DUNIA-so kenalah anda semua ikuti kursus protokol he he

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP