PELANCARAN PERKASA SABAH - MENJEJAKI PERJUANGAN TUN MUSTAPHA.
Saturday, November 28, 2009
Tun Mustapha - Tokoh politik Sabah yang disanjungi. Bapa Malaysia.
Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara PERKASA cawangan Sabah akan mengadakan majlis pelancarannya pada 12hb Disember 2009 di Le Meridian Hotel Kota Kinabalu. Pelancaran akan disempurnakan Presiden PERKASA Malaysia, YB Dato Ibrahim Ali.
Selain acara pelancaran, PERKASA Sabah akan mengadakan pameran tentang perjuangan tokoh-tokoh politik negeri Sabah termasuk Datu Paduka Mat Salleh dan Tun Mustapha. Galeri pameran itu dikendalikan Jabatan Arkeb Negeri dan akan dibuka pada orang ramai mulai petang 11hb Disember hingga 13 Disember ditingkat 3, Le Meridian hotel.
Pada malam pelancaran PERKASA yang dijangka dihadiri ramai pemimpin politik tempatan, sebuah pintomin mengenai perjuangan Tun Mustapha akan dipersembahkan.
Oleh kerana jumlah tempat duduk adalah terhad, sesiapa yang berminat menghadiri majlis selain menjadi ahli PERKASA boleh menghubungi Urusetia melalui HP 0168495929.
Pada sebelah pagi, PERKASA akan mengadakan satu seminar bertajuk "Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan. Bukan Sekadar Retorik." Ada tiga ahli panel akan menyampaikan kertas kerja yang dijangka dihadiri 300 peserta. Seminar ini adalah anjuran bersama dengan USBO, Persatuan Murut Sabah, Persatuan Samah Sabah dan JASA.
1 comments:
mengucapkan SYABAS di atas penubuhan PERKASA di Sabah...
Post a Comment