KINI TINGGAL 26 KERUSI. JANGAN LUPA PKR HANYA 1 KERUSI SEBELUM PRU12!!!

Monday, March 8, 2010



Jangan salah faham!! Ramai yang sokong PKR buka kerana mereka taksub dengan Anwar Ibrahim TETAPI kerana mereka benci dengan pemimpin UMNO dan BN.

Dalam Dewan Rakyat  kerusi asal parti PKR adalah 31 termasuk 1 kerusi PSM iaitu calonnya yang menumbangkan Presiden MIC Datuk Samy Vellu di Sungai Siput. Daripada 30 kerusi PKR, 3 keluar, 1 dipecat, tinggal 26 kerusi. Parti DAP 28 dan PAS 24 kerusi.

Amalan biasa, DAP sepatutnya mengambil-alih jawatan Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat yang akan mula bersidang pada tahun ini pada  15 Mac akan datang. Lim Kit Siang sungguhpun menyatakan sokongan kekalkan Anwar Ibrahim, sudah pasti tidak akan menolak tawaran yang terbuka di depan matanya.

Para penyokong PR menanti perkembangan ini dengan penuh minat. Berdasarkan pengalaman lalu, Lim nyata lebih berkesan sebagai Ketua Pembangkang berbanding dengan Anwar Ibrahim. Sebagai contoh dalam membahaskan bajet 2010, Anwar hanya mengambil masa setengah hari. Berbanding dengan Lim Kit Siang sehingga tiga hari.

Kepada penyokong 'totok' pembangkang, apa yang berlaku dalam  PKR tidak membawa sebarang kesan kepada hasrat mereka. Iaitu menggantikan kerajaan yang memerintah hari ini! Penyokong yang tidak berminat untuk menjadi calon atau menjadi menteri dalam PKR lebih ramai daripada yang gilakan jawatan dan pangkat. Malah ada dikalangan penyokong yang tidak berminat  untuk menjadi ahli PKR dan parti-parti pembangkang. Mereka hanya mahu kerajaan sekarang tumbang dan kerajaan baru menggantikannya.

Oleh itu golongan ini tidak ambil kisah siapa keluar dari PKR. Berapa ramai yang keluar. Apa sebab keluar. Berapa kerusi tinggal dalam dewan. Semua hal-hal ini golongan tersebut tidak ambil pusing. Golongan ini bukan ada sesiapa dalam PKR. Mereka bukan  taksub atau terlalu percaya atau berminat  sangat dengan kepimpinan PKR tetapi kebencian mereka kepada  UMNO dan BN sudah sampai ke tahap melampau! Mereka benci dengan perangai pemimpin UMNO yang suka menunjukkan kekayaan dan menjadi kumpulan ekslusif dalam masyarakat.

Natijahnya, golongan ini mahu pemimpin-pemimpin kerajaan hari ini bertukar dan digantikan dengan pemimpin baru. Siapa pemimpin baru? Golongan ini tak kisah kerana mereka dah muak dengan muka yang sama sejak berpuluh tahun menjadi menteri tetapi tidak ada kemajuan dan perubahan!  Persepsi sedemikinan menjadikan parti  pembangkang terus mendapat sokongan menjelang PRU13.

Nota:
*totok - setia  

3 comments:

BKK March 8, 2010 at 8:19 AM  

Saya amat bersetuju dgn pangan tuan terutamanya pada perenggan kelima. Ramai golongan terutamanya orang muda dan profesional mengundi PR bukannya mereka suka PR tetapi sebab mereka benci Umno dan BN yang sudah banyak menyeleweng harta negara dan tidak menguruskan harta negara sebaiknya, sebaliknya menganggap harta tersebut kepunyaan mak bapak serta keluarga mereka.

Guest March 20, 2010 at 12:14 AM  

Assalamu'alaikum...
saya setuju dengan pandangan tuan. jika sudi, bagaimana caranya utk saya membawa suara penduduk kampung saya. http://gentisan.blogspot.com

shahir March 27, 2010 at 7:28 AM  

salam semua.

kenapa rakyat membenci UMNO@BN....?.
saban hari rakyat dihidangkan dengan 1001 macam cerita tentang keburukan UMNO@BN.
maka dari situ timbullah kebencian dihati rakyat terhadap UMNO@BN.
persoalannya.... siapakah yang menjaja cerita-cerita tersebut dan benarkah apa yang diceritakan ... fikir-fikirkanlah.
jadilah kamu manusia yang bersyukur. maka kamu akan sentiasa mendapat rahmat Allah s.w.t
jika kamu seorang yang tahu bersyukur maka pasti kamu boleh menilai intan dan kaca. TQ

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP