HIKAYAT 916 - ANWAR IBRAHIM KELUAR DARI PAKATAN?
Saturday, March 20, 2010
Hikayat 16 September menjadi hikayat menarik setelah pendedahan Zahrain dalam Dewan Rakyat minggu lalu. Zahrain adalah sahabat baik Anwar. Dalam dan luar politik. Saya yakin mereka masih kekal sahabat. Wayang Anwar belum habis.
Ramai yang sakit kepala fikir bagaimana Anwar boleh mempengaruhi pemimpin-pemimpin PAS dan DAP yang dia boleh mengambil alih kerajaan pada 16 September. Lim Kit Siang, Nik Aziz, Guan Eng dan lain-lain nampak mati akal depan Anwar dan menerima apa sahaja perancangan politik Anwar.
Dalam Pakatan hanya MP Bukit Gelugor Karpal Singh yang berani membantah tindakan Anwar. Malah satu ketika amat marah dan minta Anwar "bertaubat" setelah tiga ADUN Perak keluar dari Pakatan. Agak sukar rakyat mempercayai pemimpin seperti Lim Kit Siang, seorang yang mempunyai imej sebagai pejuang demokrasi, rupanya bersedia juga merampas kuasa tanpa melalui peti undi.
Namun ini semuanya kerana kehebatan Anwar Ibrahim. Beliau boleh meyakinkan mereka bahawa 32 MP akan menyertai Pakatan sebelum 16 September. Malah lebih meyakinkan dengan mengatakan DYMM dan pihak keselamatan juga telah memperkenan dan bersedia melakukan peralihan kuasa. Turut percaya perancangan Anwar itu berjaya ialah media antarabangsa seperti CNN dan BBC.
Pendedahan MP Bayan Baru hanya 'refresh' dan mengesahkan cerita-cerita kedai kopi dan gossip mengenai perancangan rampasan kuasa 16 September. Rakyat sudah tahu cerita ini, cuma Zahrain hanya mengesahkan kerana Zahrain sendiri bersama-sama Anwar pada ketika itu.
Ternyata komplot itu tidak berjaya. Anwar sebenarnya dari awal mengetahui, dia tidak mempunyai bilangan MP yang dikehendaki. Barangkali lapan orang MP yang didedahkan nama oleh Zahrain itu bersetuju sertai Pakatan setelah yang lain bertindak dahulu. Apa yang berlaku di Perak berikutan tindakan Nasharuddin Rais yang telah menyertai PKR kembali kepangkuan UMNO dan membawa tiga ADUN Pakatan adalah titik tolak kegagalan Anwar.
Saya tidak dapat membayangkan apa akan terjadi kepada negara jika rampasan kuasa itu berjaya. Apakah parti UMNO yang memperolehi majoriti kerusi dalam dewan rakyat akan berdiam diri setelah MP-MP nya berlompatan menyertai Pakatan? Bagaimana dengan 3.4 juta ahlinya? Apakah mereka akan berdiam diri dan merestui atau melakukan kekacauan seperti penyokong Thaksin di Thailand?
Saya tidak ingin membayangkan apa akan terjadi dengan negara Malaysia selepas itu.
Setelah pendedahan hikayat 16 September saya percayai kredibiliti Anwar sebagai ketua Pakatan dan Ketua Pembangkang begitu terjejas. Keyakinan penyokong Pakatan jelas semakin merosot. Anwar tidak lagi dianggap aset sebaliknya liabiliti kepada Pakatan. Barangkali jalan terbaik kepada Anwar untuk menyelamatkan karier politiknya ialah meninggalkan Pakatan dan menjadi MP Bebas. Biarkan Anwar pula membuat pendedahan!
Fikir-fikirkanlah!
1 comments:
Bro...try to contact you..but I didn't got your number...
Post a Comment