SYED HUSIN ALI - PLEASE "SHUT UP"!

Wednesday, March 3, 2010

Dr Syed Husin - pemimpin sosialis yang pernah dalam tahanan ISA dari 1974 hingga 1980. Orang Melayu masih sukar  menerima fahaman sosialis kerana dikaitkan dengan doktrin komunis!

Melempar tuduhan keatas pemimpin PKR yang meninggalkan parti itu bukanlah menunjukkan kematangan politik sebaliknya menggambarkan sikap desperado dan keangkuhan kuasa di pihak pucuk pimpinan parti itu. Begitulah maksud ayat Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong terhadap kenyataan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali yang menyerang bekas Setiusaha Agungnya, Datuk Salehudin Hashim.

Dr Syed Husin mendakwa punca sebenar Salehudin meninggalkan parti kerana tidak diberi jawatan CEO Kumpulan Perangsang dengan gaji 50k sebulan. Sehari sebelum itu bekas presiden PRM itu juga mendakwa bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin juga kecewa kerana permintaannya mendapat gaji 15ki sebulan tidak dipenuhi.

Dr Syed Husin memberi gambaran, PKR tidak menghadapi sebarang krisis dalaman. Apa yang berlaku berikutan perletakan jawatan tiga MP parti itu semata-mata kerana isu kepentingan peribadi. Namun kenyataan Dr Syed Husin kurang disenangi beberapa pemimpin parti itu termasuk Wee Choo Keong dan MP Kapar S. Manikavasagam.

Manikavasagam menganggap serangan peribadi bukan penyelesaian terhadap masalah, sebaliknya akan menjadi masalah itu bertambah parah. Katanya setiap parti politik akan sentiasa berhadapan dengan masalah, apa yang penting ialah melihat dan mengkaji permasalahan itu dan tindakan susulan untuk menanganinya.

Datuk Salehudin dalam kenyataan berasingan menafikan tuduhan Dr Syed Husin. Menurutnya, Anwar Ibrahim telah menawarkan jawatan CEO Perangsang, dan beliau bersedia menerimanya dengan gaji RM1 sebulan. Oleh itu beliau minta supaya Syed Husin berhenti mengeluarkan kenyataan yang memalukan Anwar Ibrahim!

Ramai pemimpin PKR telah meluahkan perasaan meluat dengan sikap Dr Syed Husin yang mudah melatah dan menjadikan PKR tambah parah!

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP