BILA PEMIMPIN NAK FAHAM PERASAAN ORANG MELAYU??

Sunday, May 30, 2010



AKU PUN TAK FAHAM-FAHAM!

JIKA pemimpin Melayu sayang orang Melayu, yang dipeluk ialah  kaum bukan Melayu sambil   berbisik ke telinga orang Melayu  "sebenarnya saya lebih  sayang orang Melayu".

Pemimpin harap orang Melayu faham.

Jika MECD, kementerian yang jaga kepentingan Melayu dimansuh, pemimpin bisik ke telinga orang Melayu, "sebenarnya bila MECD dimansuh, lebih banyak kementerian lain membantu Melayu. Dulu satu sahaja, sekarang semua Menteri boleh bantu orang Melayu".

Pemimpin harap orang Melayu faham.

Bila pemimpin perkenalkan Model Ekonomi Baru,  DEB dikecam sebagai punca negara hilang daya saing dan jadi halangan kemasukan FDI, pemimpin bisik ke telinga orang Melayu "Sebenarnya DEB adalah dasar terbaik untuk negara dan orang Melayu".

Pemimpin harap orang Melayu faham.

Bila sokongan orang Cina merosot dalam PRU 12 dan semua  PRK termasuk terbaru PRK Hulu Selangor dan Sibu, pemimpin Melayu bisik ketelinga orang Melayu "sebenarnya masih ramai lagi orang Cina sokong kita. Kita mesti terus pujuk dan layan tuntutan mereka"

Pemimpin harap orang Melayu faham.

Bila pemimpin  batal kuota, permit dan AP untuk orang Melayu, dibisik ketelinga orang Melayu, "sebenarnya quota, permit dan AP hanya menguntungkan sedikit sahaja syarikat Melayu. Kalau batal lebih baik,  sama-sama tak dapat. Betul tak?". 

Pemimpin harap orang Melayu faham.

Sedangkan cartel, monopoli gula, tepung, lesen judi, lesen arak dan lain-lain seumpamanya bukan banyak syarikat  dapat. Hanya  diberikan kepada satu atau dua sahaja syarikat bukan Melayu!

BILA MASA  PEMIMPIN NAK FAHAM PERASAAN ORANG MELAYU??

1 comments:

Shaf Nor June 8, 2010 at 11:03 AM  

Anak Chua Soi Lek yang baru jadi Timbalan Menteri, Chua Tee Yong telah mengabadikan catatan bersejarah iaitu: Tiada kaum di Malaysia ini yang majoriti" pada sidang 16 Mac 2010.
Ketua Pemuda UMNO, Madam Khairy dan Penyalak, Tajuddin Rahman dari Pasir Salak, Ulama Kinabatangan, Bung Moktar dan Datuk Tak Berseri, Mohamad Aziz hadir dan turut berbahas ketika itu tetapi memperakukan kenyataan Tee Yong itu.
Yang dilakukan oleh Tee Yong itu adalah sebenarnya Konspirasi Politik Melayu!
Atas keberanian dia, MCA bagi dia jadi Timbalan Menteri!

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP