MAJLIS HARI RAYA NAIB PRESIDEN UMNO DI SABAH: KENAPA DI JADIKAN ISU POLITIK?

Saturday, October 2, 2010

Saya terbaca artikel bloggers dari Kota Belud yang menimbulkan pelbagai persoalan mengenai Majlis Hari Raya Terbuka Bersama Pemimpin yang akan diadakan di Kota Belud pada 10 Oktober akan datang.

Bloggers itu mempersoalkan kenapa penganjur majlis tersebut membelakang UMNO bahagian, terutama Ketuanya Datuk Seri Salleh Said yang juga merangkap Timbalan Pengerusi UMNO Sabah?

Penganjur Majlis Hari Raya bersama pemimpin yang bakal di adakan di perkarangan Pusat Giat Mara, Kg Botung itu ialah Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Cawangan Sabah (PKMM). Penganjur menjemput semua pemimpin UMNO Kota Belud, Ketua Bahagian dan  semua barisan AJK, Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO serta ahli-ahli.

KM Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Pemimpin UMNO dari seluruh Sabah termasuk pemimpin dari parti komponen BN juga diedarkan kad jemputan khas.

Tetamu undangan adalah Menteri KKLW merangkap Naib Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Mohd Shafie Haji Apdal.

Jemputan kepada Shafie adalah sebagai menghargai hubungan baik beliau dengan warga Kota Belud, daerah tempat kelahiran parti UMNO di Sabah. Shafie secara kebetulan adalah penasihat USBO, sebuah NGO bangsa Bajau, iaitu merupakan penduduk majoriti daerah itu.

Dalam masa yang sama, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ini Shafie  tidak dijemput dalam mana-mana majlis berbuka puasa di daerah Kota Belud.

Oleh kerana ada puak-puak yang membuat  isu, kononnya Datuk Shafie asyik buat majlis di Pantai Timur terutama di kawasannya sendiri iaitu Semporna sahaja. Maka, wajarlah beliau dijemput mengadakan majlis Hari Raya di kawasan Pantai Barat Sabah.

Pada tahun lepas, Datuk Shafie paling banyak menerima undangan berbuka puasa dan Hari Raya terutama daripada  pertubuhan Bajau atau USBO. Salah satu  Majlis berbuka Puasa itu di adakan  di Kg Jawi-Jawi, Tempasuk dalam daerah Kota Belud dan USBO juga menjemput beliau berbuka puasa  di Pulau Gaya, Kota Kinabalu.

Majlis anjuran USBO dan presidennya ialah  Datuk Seri Salleh Said. Turut hadir dalam majlis itu Timbalan Presiden USBO, Tan Sri Pandikar Amin. Saya juga hadir dan barisan MKT yang lain.

Tahun lalu, tidak pula timbul isu kenapa majlis tidak dianjurkan UMNO Bahagian? Kenapa tahun ini dijadikan isu bila penganjur adalah PKMM?

Sekali air bah, sekali pantai berubah.....

Perasaan ingin tahu timbul, kenapa UMNO Kota Belud tidak menganjurkan majlis tersebut? Saya hubungi salah seorang penganjur. Saya diberi penjelasan berikut:

Salah seorang AJK Bahagian mencadangkan kepada ketua UMNO bahagian mengenai cadangan menjemput Naib Presiden UMNO untuk berhari raya di Kota belud. Tetapi saya dimaklumkan  Ketua UMNO tidak bersetuju. Maka cadangan itu dikemukakan kepada timbalan ketua UMNO Kota Belud, Sdra Awadnir Matanggal.

Awadnir bersetuju tetapi sebagai menghormati ketuanya,  majlis tidak dianjur UMNO bahagian. Secara kebetulan Awadnir adalah Pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Cawangan Sabah (PKMM), maka persatuan itu dipilih sebagai penganjur majlis berkenaan.

Untuk mempastikan majlis itu berjalan dengan lancar, Awadnir meminta bantuan beberapa individu termasuk saya dan beberapa orang lagi. Semuanya dengan niat menjadikan majlis itu berjaya.

Dalam soal ini tidak timbul soal politik kerana majlis semata-mata majlis untuk mengeratkan silaturrahim antara pemimpin tertinggi parti UMNO dan rakyat Kota Belud.

Saya harap penjelasan ini akan menjelaskan segala persoalan dan spekulasi politik.

Salam MO.

Kenangan Hari Raya tahun 1985  bersama arwah ayah dan arwah Jamlidi Oli. Jamlidi  pernah bertanding kerusi parlimen Kota Belud atas tikit parti  PAS pada PRU 1986 dan mendapat undi sebanyak 3,486. Alfatihah kepada Ayah dan abang sulung saya. Amin 

3 comments:

lantaspadang,  October 2, 2010 at 7:09 PM  

di kota belud ini semua boleh jadi isu politik, dan memang orang kota belud amat minat dgn isu-isu politik ini, inilah ajaran pemimpin yg ada disini

Observer October 2, 2010 at 10:09 PM  

Salam saudara MO.Buat apa dipertikaikan majlis itu.Yang penting ke ikhlasan dan kejujuran.Mungkin yang mepertikai itu rasa takut pada bayang2 sendiri.Dalam hidup ini kita mencari kebaikan bukan keburukan.Saya bersetuju dengan pandanagn saudara MO.

wata samar October 9, 2010 at 8:33 AM  

betul ke kalau hadir di majlis itu dapat saguhati rm50 tanya orang itu kepada kawan nya yang duduk sebelah meja masa sarapan pagi...saya pun menoleh ke arah mereka sambil tersenyum..
cerita ini banyak di kawasan pekan kb
kita sebagai rakyat biasa mendengar dan melihat saja la......

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP