KONSEP "RUMAH TERBUKA". JANGAN TERLALU GRAND. JANGAN BUAT DI LUAR RUMAH.

Friday, September 18, 2009












Sempena menyambut Syawal Ahad ini saya mengucapkan SALAM AIDIL FITRI maaf zahir batin kepada semua rakyat Malaysia, terutama para pengunjung blog Konspirasi Politik Melayu dan SEKALI KETUK.


Seperti biasa saya menyambut Syawal sederhana. Anak-anak balik ke rumah dan kita berhari raya selepas menunaikan solat sunat aidil fitri di Masjid Kg Petagas.Siapa tetamu datang ke rumah kita akan layan. Saya sendiri masak rendang atau kari kambing untuk santapan tetamu. Saya tiada hari tertentu mengadakan rumah terbuka. Sepanjang Syawal itulah "rumah saya terbuka" menerima kunjungan tamu dan sahabat handai dari berbagai kaum dan agama.


Saya juga jarang ke "rumah terbuka" yang diadakan di tempat awam seperti Dewan Masyarakat atau tempat-tempat lain yang bukan dalam kawasan rumah. Saya berpendapat konsep rumah terbuka seperti ini tidak berkesan mengeratkan hubungan sesama rakyat kerana tidak lebih dari sekadar makan dan jalan, "eat and go".


Sebaiknya konsep "rumah terbuka" secara tradisi harus kita kekalkan sebagai budaya Melayu yang dapat mengeratkan silaturahim dengan tetamu yang datang.


SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP