9 ADUN UMNO TERENGGANU TELAH BERTEMU ANWAR IBRAHIM
Thursday, September 3, 2009
Anwar Ibrahim: Pakatan Rakyat akan rampas Terengganu sebelum 16hb September 2009?
Laporan daripada Malaysiakini, 9 orang Adun UMNO Terengganu telah bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Wakil rakyat Hulu Besut, YB Nawi Mohamad mengesahkan 9 orang ADUN itu telah pun bertemu dan berbincang dengan Anwar Ibrahim tetapi tidak dapat memberikan maklumat lanjut tentang perbincangan tersebut. Beliau juga berkata 9 orang ADUN itu tidak termasuk dirinya.
Pada April lalu, daripada 13 orang ADUN UMNO yang menyokong kumpulan Datuk Idris Jusoh telah memboikot Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu. Daripada 10 orang itu tidak termasuk Nawi Mohamad.
Politik Terengganu semakin meruncing bila ada khabar angin yang mengatakan beberapa ADUN dari UMNO Terengganu akan menyertai parti PKR. Jika pertemuan dengan Anwar membincang penyertaan 9 Adun itu kerajaan BN negeri Terengganu boleh tumbang pada bila-bila masa.
Jika benar dakwaan YB Nawi Mohamad 9 ADUN dari UMNO itu bermakna krisis politik Terengganu terus akan bergolak.

Baca seterusnya:http://www.malaysiakini.com/news/111950
7 comments:
Begitu senang Adun-adun ini mengkhianati rakyat. memimpin berpuak-puak. Merajuk sikit terus nak lompat sana lompat sini. Sememangnya rakyat banyak ditipu oleh parti-parti politik tak kira UMNO, PAS atau PKR.
Saya rasa ia melambangkan kelemahan ketara Perhubungan UMNO Terengganu yang gagal memahami keadaan politik Terengganu
Jika benar sebagaimana dakwaan YB Nawi Mohamad itu, saya rasa orang pertama yang patut letak jawatan adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu kerana gagal sama sekali di dalam tugas dan tanggungjawabnya.
jika peristiwa ini terjadi maka ini adalah satu komplot yang sangat teliti dan terancang(mungkin ada rakyat terengganu yang menyedari). siapa MB terengganu? md said atau ada remote control di belakang md said?
siapa berkuasa di tganu skrg?mb atau golongan yang memegang remote control? saya percaya jika 9 adun bn melompat parti ke PR bukan bermakna mereka menyokong pr tetapi hanya cuma mahu menumbangkan legasi md said.berkemungkinan juga selepas md said tumbang mereka akan berpatah balik ke BN dan menubuhkankan semula kerajaan bersama mb baru(mungkin idris).buat anwar dan penyokong pr,jangan seronok sangat dengan sandiwara politik malaysia. sebagaimana adun bota (perak) yb nasarudin melompat ke pr semata hanya mahu menumbangkan tajul rosli.persoalannya...
1. siapa pemegang remote control md said? hanya orang terengganu yang tahu.
2. adakah orang pr akan menyokong lompat parti ini?bersediakah mereka turut menyokong kerajaan haram seperti perak.
3.adakah kerajaan terengganu nanti dianggap halal? pasti mereka mengatakan padan muka bn.sekarang rasakan kau.
pr mesti bersikap telus,jika mereka menentang amalan meruntuhkan kerajaan negeri melalui katak politik seperti di perak, mereka juga harus menentang perkara ini jika berlaku di terengganu. tetapi saya percaya mereka akan ketawa hahaha
Eloklah puak puak tu terjun terus ke dalam PKR. Puak puak yang bukan sibuk untuk mentadbir kebajikan rakyat, tapi sebuk untuk mentadbir kewangan negeri ..
Baguslah ramaikan dan tambahkan bilangan mereka yang rakus dalam PKR atau Pakatan Rakus !!!
Salam, adakah kerana tidak dapat projek dan menguasai perlantikkan Ketua-Ketua Kampung, mereka-mereka ini sanggup mengkhianat UMNO ?
Tapi, kalau difikirkan juga, mengapa Ahmad Said begitu tamak sehingga mengabaikan ADUN-ADUN UMNO yang lain ?
Jangan dilayan budak2 YB ni sangat. mereka bukannya berani nak lompat BN. saja jer nak kasi gempak jer tuh. takkanlah mereka sanggup nak tinggalkan lubuk duit Umno, pastu sanggup disiasat pulak oleh SPRM. yelah, SPRM pantas menyiasat untuk kes2 camtu.
salah satu cara untuk senyapkan mereka ni senang saja, carilah mana2 tauke dari Sarawak untuk kasi derma kat mereka,sekali sekala bawaklah depa naik jet peribadi mewah...alaa yang macam Tiong, jutawan pemurah tu biasa buat...untuk naik jet,Datuk Faizal Abdullah boleh tolong uruskan...senyaplah depa!
Kesimpulannya, orang2 Umno jangan risau, mereka tidak akan keluar parti.Saya yakin 100%!
Post a Comment