BETULKAH BADAN SHAFIE AFDAL ADA PANAU? .

Saturday, August 8, 2009

Politik orang Malaya dan orang Sabah tidak sama. Analisis MSO tentang Shafie Afdal kurang tepat.


Foto: DS Anwar menyuburkan lesen judi di Sabah ketika Menteri Kewangan.




Saya terpanggil menjawab tulisan sahabat saya MSO dalam kritikan Ahad berhubung dengan isu judi, arak dan maksiat.

Ingin saya jelaskan bahawa masyarakat Sabah dan masyarakat di Semenanjung terutama negeri-negeri yang di perintah Pakatan Rakyat jauh berbeza. Ibarat langit dan bumi. Tidak seperti rakyat di Semenanjung, rakyat Sabah jarang menimbulkan isu judi dan arak sebagai isu politik.

Rakyat Sabah melihat isu arak dan judi sebagai isu peribadi. Kalau nak berjudi. Silakan. Kalau nak mabuk dengan meminum arak. Silakan. Nak buat maksiat. Itu urusan individu dengan Tuhan. Tak kena mengena dengan UMNO atau PR.

Untuk makluman MSO, lesen-lesen judi terutama mesin Jackpot kebanyakan diluluskan ketika brother kita Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri kewangan.

Jumlah mesin judi telah berkurangan sekarang berbanding semasa Anwar masih berkuasa. Begitu juga kelulusan lesen empat ekor. Kira-kira tahun 1996, saya masih ingat peristiwa di Sandakan dalam mesyuarat kabinet negeri Sabah yang turut di hadiri Anwar Ibrahim.

Pada ketika itu, kerajaan Pusat telah meluluskan lesen judi empat ekor untuk syarikat Olympia untuk menjalankan perniagaan perjudian empat ekor (Sabah 88). Anwar mendesak supaya KM Sabah pada ketika itu Datuk Yong Teck Lee menarik keputusan tidak membenarkan syarikat itu beroperasi di Sabah. Anwar ugut Yong Teck Lee memberi lesen premis kepada syarikat Olympia.

Bagaimanapun ketika itu Datuk Yong tidak berganjak dari keputusannya sehingga membawa kepada perletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ghafur Salleh yang pada masa itu penyokong kuat Anwar Ibrahim.

Premis license syarikat Olympia hanya diberi kelulusan semasa Tan Sri Bernard Dompok menjadi KM Sabah.

Rakyat Sabah begitu liberal dalam isu-isu yang membabitkan hak-hak individu dan jarang mencampur aduk dengan hal ugama. Sebagai rakyat yang berbilang agama dan kaum, rakyat dapat hidup dengan harmoni kerana masing-masing menghormati hak-hak setiap individu. Jika lesen judi ditarik, rakyat masih berjudi secara haram seperti yang berlaku di negeri-negeri di semenanjung. Ini hanya merugikan kerajaan kerana kehilangan pendapatan dan kos penguatkuasaan.

Dato Shafie Afdal yang MSO kata ibarat penjual ubat panau memang sebenarnya tiada panau kerana tidak pernah terlibat dalam decision making di Sabah. Walaupun berjawatan kanan dalam kerajaan Pusat, namun jarang menteri pusat Sabah mencampuri urusan dalam negeri. Hanya PM dan Menteri Kewangan sahaja yang ada bidang kuasa mengenai polisi kerajaan Pusat dan boleh menasihati KM Sabah mengenai dasar kerajaan negeri. Bukan jawatan Naib Presiden UMNO yang di sandang Shafie Afdal.

3 comments:

SABAHKITA August 9, 2009 at 2:54 AM  

Budaya orang politik bro; nafas sesak pasal batuk sepas kena acid rainpun salahkan lawan tak sediakan klinik yang baik. Di USA orang saman McDonald kerana menyebabkan mereka "overweight", orang dapat cancer saman syarikat pembuat rokok. Agaknya orang tak jadi YB nak saman UMNO sebab tak kasi laluan!

Anonymous,  August 28, 2009 at 4:03 AM  

hrp pemahaman rakyat semenanjung x macam rakyat sabah..amal ma'aruf nahi mungkar..mengajak kebaikan dan menentang kemungkaran..itu yg diajar dlm islam..islam bkn liberal mcm umno..bwt tu boleh bwt ni boleh...akhlak masyarakat rosak..seks bebas,arak,judi dll..jika ianya melibatkan islam lagi la menyedihkan..sy pelik saudara berkata-kata sedemikian..ibarat saudara tidak mengambil peduli ttng masalah akhlak dan bila umat islam terpesongnya dr islam yg sbnr.sdngkan saudara juga melayu..melayu islam kan?jadi knp tidak ada perasaan untuk jadikan islam sbgi cr hidup..knp masih memilih untuk dosa masing2..lantak la nk bwt apa..itu bkn cr islam..bertaubat la..jgn pandang isalam macam barat memandang agamanya dlm kehidupan..memisahkan agama dlm segala hal..islam bukanlah begitu..segala aspek kehidupan mestilah berkait rapat dngn islam..dan umt islam kna berusaha kearah supaya semua masyarat mendekati islam dan bukannya mendajikan masyarakat yg barpaling dr Allah..

sy x bersetuju pendapat saudara,membernarkan judi sbb klu haramkan pun orng maen jgk..pastu apa gne undang2 malaysia ni..klu x kuat kuasakan undng2 pun orang still mencuri jgk,merogol jgk mengedar dadah jgk,membunuh jgk..undang2 itu teramat penting walaupun melibatkan masalah akhlak ini..dan undang2 yg paling maju adalah undang2 islam..undang2 hudud..knp msh ikut undang2 kafir..undang2 yg dibwt manusia..klu kte islam kte kne la yakin dngn undang2 Allah.sbb Allah engineer kita..sy cipta kita..jd Dia maha mengetahui semuanya ttng kte.sbb tu dia wajibkan kte lakukan hudud..phm kn?

mungkin sy kearah untuk mendakwah jika orang kafir yg bekata-kata sedemikian..tp sy sedikit kecewa bila ada orng islam seperti saudara ni mula berpaling dr fahaman islam yg sbnr,,sape nk minum arak minum la,sapa yg berjudi judi la..itu bkn cr islam..klu benda tu berlaku kt umat islam kita sbgi umat islam kne cegah..x timbul soal nk jg tepi kain sbb Allah suruh kte cegah kemungkaran...samada pemimpin mahupun masyarakat..bertaubat la..muga Allah memberi hidayah kpd saudara..insyarallah

Anonymous,  August 28, 2009 at 6:40 AM  

tesalah taip.."dia yg cipta kita"..jngn politikkan kata2 sy mcm orng umno politikkan kata2 tok guru yg apabila tuan guru tersasur satu perkataan shja.....sy cuma terslah taip..hrp maklum..terima ksih krna sudi paparkan pendapat sy

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP