PERLANTIKAN DATUK IDRIS JALA. NAJIB TIDAK YAKIN ORANG POLITIK?
Thursday, August 27, 2009
Foto: Datuk Idris Jala. Mampukah tokoh korporat pulihkan imej kerajaan BN?
Pastinya perlantikan Datuk Idris Jala sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri diterima baik majoriti rakyat negara ini. Tetapi kepada orang politik, perlantikan beliau tidak memberi sumbangan yang signifikan. Idris Jala bukan Ahli Majlis Tertinggi atau Ketua UMNO bahagian. Beliau juga bukan pemimpin parti komponen BN.
Berbanding dengan pemimpin politik, tidak ramai orang atau pengikut yang menumpang hidup dan menumpang tuah dengan perlantikan Datuk Idris Jala. Kecuali keluarga dan kawan-kawan yang rapat dengan beliau. Makanya tidak ramai orang politik melihat perlantikan itu sesuatu yang positif kepada mereka.
Bagaimanapun kepada rakyat Malaysia secara umumnya perlantikan Datuk Idris Jala disambut dengan penuh harapan. Rakyat melihat Idris adalah seorang tokoh korporat yang terbukti kemampuannya ketika menjadi MD dan Vice President syarikat Shell dan CEO syarikat penerbangan MAS.
Penganalisis politik berpendapat, Dato Seri Najib terpaksa membuat keputusan yang berani setelah mengambil kira keputusan tujuh PRK terutama sekali Permatang Pasir. Di Permatang Pasir sebagai contoh, ahli UMNO berjumlah lebih 5000 berbanding dengan PAS seribu lebih dan PKR juga seribu lebih. Dari mana 6000 pengundi yang menyokong PAS?
Mereka inilah yang dikatakan non-partisan dan barangkali sebahagian besar adalah terdiri daripada golongan remaja dan kaitangan kerajaan dan swasta. Ada yang mengistilah sebagai golongan atas pagar. Golongan ini tidak memihak kepada parti kerajaan dalam PRK? Kenapa? Antara puncanya, golongan tersebut tidak yakin dengan orang politik dalam kerajaan.

Maka itu Dato Seri Najib mengambil keputusan yang segera dan drastic melantik tokoh yang ada kredibiliti dan integrity menyertai kabinetnya. Tidak semestinya orang politik. Ternyata orang politik gagal memulihkan keyakinan rakyat kepada kerajaan pimpinan BN.
Persoalan sekarang bukan lagi soal BN kalah dalam PRK tetapi soal integrity orang politik. Sebagai contoh di Permatang Pasir dan Kuala Terengganu. Timbul isu pemilihan calon. Jelas ketara orang politik mengutamakan kepentingan diri dan para sahabat berbanding kepentingan memelihara imej parti dan kerajaan. Apakah orang politik terus diberi kepercayaan dan terus-terusan memberi alasan retorik setiap kali gagal?
Saya menyokong perlantikan Datuk Idris Jala dengan kepercayaan bahawa Najib berhasrat memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan pimpinan beliau.
3 comments:
Jika orang politik mementingkan kepentingan diri berbanding memelihara imej parti,maka ngamlah orang diluar politik yang dilantik.Apa guna terlalu banyak bercakap jika tak pandai menghambat hati rakyat.Seperkara lagi yang rakyat tidak suka bila seseorang pemimpin itu angkat bakul diri sendiri.Kadangkala semuanya hanya air liur aje.
Moga2 tindakan bijak Perdana Menteri itu selaras dengan gagasan 1Malaysia.Hanya orang yang betul2 komited dalam tugasnya sahaja yang boleh meyakinkan rakyat.Saya fikir DSNTR tak salah pilih.Kepada orang2 politik,berilah kerjasama kepada Datuk Idris. Tahniah buat Datuk!
Salam Merdeka,
Semoga Allah melindungi tanah air kita dari pengkhianat bangsa dan agama.
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !
1 je Malaysia ni. Dok jaga dia ialah macam2 orang. Tak yah lah nak beza bezakan yang macam2 tu. Bezakan yang mampu dgn yg tak dah le. PM kan dah lancarkan dasar terbuka. Terbuka tu maknanya boleh pi mai.
Post a Comment