Kenapa PAS terus menipu dan mengelirukan rakyat?

Thursday, April 30, 2009


Oleh Hassan Md Hussein

SATU artikel yang tersiar dalam salah sebuah blog www.bypass308.blogspot.com yang dipetik dari Perakdaily bertajuk Ribut di DUN Perak pada 7 Mei ini – menyebut bahawa Barisan Nasional (BN) mengambil alih kuasa di Perak secara ‘kudeta’.
Mulanya, saya tidak bercadang mengulas atau menghiraukan tulisan itu kerana bagi saya, biarlah apa pun yang hendak mereka tuliskan, kerana mereka boleh menulis ikut suka hati mereka tetapi terfikir pula saya, kenapa tidak ditegur tulisan seperti itu yang sanggup menggunakan perkataan ‘kudeta’ kepada Barisan Nasional (BN) dan Istana Perak?
Tahukah penulis itu apa maknanya ‘kudeta’? Siapa yang dimaksudkan oleh penulis itu telah ‘kudeta’ kuasa di Perak? Tahukah dia bahawa YAB Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir adalah ADUN yang dilantik menjadi Menteri Besar oleh Paduka Seri Sultan Perak apabila Baginda tahu bersama-sama Datuk Seri Dr. Zambry adalah 28 ADUN campur tiga, iaitu 31 ADUN yang menyebabkan Pakatan Pembangkang (PP bukan PR) kehilangan majoriti di DUN Perak.
Penulis itu, menggunakan gelaran ‘AK’ terhadap Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir membuktikan betapa biadapnya dia, yang tentunya penyokong Pas (baca: ahli Pas). Saya percaya, semua pembaca dan pelayar laman-laman web dan blog tahu apa yang dimaksudkan dengan ‘AK’ di penghujung nama Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.
Apakah hina manusia hanya dengan kulitnya hitam? Apakah hina manusia hanya kerana ibu dan bapanya berkulit hitam? Adakah ini yang diajar oleh para Ustaz Pas? Kalau seseorang itu berkulit hitam, bubuhlah ‘AK’ di penghujung namanya. Di kolej Islam mana Ustaz Pas belajar semua ini? Kalau bukan ustaz Pas yang mengajar penulis di Perakdaily itu, adakah Nga Kor Ming yang mengajar mereka?
Cukuplah! Kenapa mahu terus menipu dan mengelirukan rakyat? Kenapa harus berlakon sebagai ulama dan ustaz sedangkan kerja mereka tidak lain daripada menipu dan mengelirukan rakyat. Lihat betul-betul, bagaimana kerajaan Pakatan Pembangkang di Perak boleh tumbang. Bukan ada sesiapa menculik mereka, melainkan atas kesedaran tiga ADUN ini, terhadap kepentingan Negeri Perak dari menjadi bahan permainan DAP, PKR dan Pas.
Apakah Paduka Seri Sultan Perak yang dimaksudkan dengan ‘kudeta’ oleh penulis Perakdaily ini? Sebab yang melantik Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir ialah Baginda Sultan. Apakah mereka (para penyokong Pas yang berbaring di atas jalan raya) mahu mengaitkan Baginda Sultan tidak tahu daripada 59 kerusi DUN Perak, sesiapa yang mendapat lebih dari 30, bermakna mereka (parti itu) mempunyai majoriti dan berhak menjadi Menteri Besar dan melantik barisan Exconya.
Masalah orang Pas di Perak, mereka gagal matematik. Mereka tidak tahu mengira 59 tolak 28 bersamaan dengan 31. Jika Pakatan Pembangkang hanya mempunyai 28 kerusi, bermakna pihak yang satu lagi (di sini tentulah Barisan Nasional – BN) mempunyai 31 kerusi. Cukup mudah kalau otak dan pemikiran kita tidak terlilit dengan kebodohan dan serban kedunguan.
Tidak usahlah menulis untuk memberi gambaran kononnya BN takut membubarkan DUN. Malahan, setiap langkah dan denyut nadi pemimpin BN, mereka mementingkan rakyat dan tidak mahu menyusahkan rakyat.
Pas, DAP dan PKR memang sukakan Parlimen atau DUN dibubarkan kerana itulah ‘pentas terbuka mereka’ untuk menipu dan mengelirukan rakyat. Mereka (baca: Pas, PKR dan DAP) bukan ada kerja lain, selain daripada menipu dan mengelirukan. Bacalah tulisan dan dengarlah ceramah mereka, mana ada sekelumit kebaikan yang pernah dibuat Umno dan BN?
Menghina orang, mengelar orang dengan gelaran ‘AK’ dan sebagainya memang kerja mereka tetapi siapakah yang menjadikan manusia di dunia ini sama ada yang berkulit putih, coklat, sawo matang atau pun hitam? Kenapa ustaz dan ulama Pas tidak mengajar pengikut mereka supaya jangan menghina kejadian Allah? Nga Kor Ming juga kenalah adakan kelas atau kuliah subuh untuk mengajar penulis blog Perakdaily ini.


1 comments:

Generasi Pejuang Bangsa April 30, 2009 at 10:18 AM  

saya setuju dgn sdr ..gelaran kudeta itu memang mereka tujukan kepada Tuanku Sultan kerana beliau yang melantik Zambry sbg MB Perak .

mereka mmg mahu bubar DUN supaya dapat tipu dan putar belit lg cerita kepada rakyat..

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP