Siapa sekat Idris Jusoh jadi Menteri?
Tuesday, April 28, 2009
Oleh Mohd Ali Mohd Hamdan
DI Kuala Lumpur, orang-orang politik suka berspekulasi. Mereka cukup pandai menyusun macam-macam cerita mengikut versi masing-masing. Sebelum Perdana Menteri mengumumkan barisan kabinet, cukup ramai yang sudah berspekulasi.
Bagi orang politik yang setengah tiang, mereka menceritakan kononnya bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh termasuk dalam senarai kabinet. Katanya, beliau sepatutnya menjadi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi kerana sebelum ini, beliau pernah menjadi Timbalan Menteri di Kementerian yang sama.
Namun, kononnya ada tangan ghaib menghalang perlantikan itu. Perdana Menteri dikatakan tidak dapat menolak halangan itu kerana tangan ghaib itu bukan sebarangan. Ini cerita yang orang Besut diberitahu. Mereka diberitahu secara berbisik-bisik kononnya, Datuk Seri Najib Tun Razak terlalu sedih kerana tidak berjaya melantik Idris menjadi Menteri.
Disebabkan kekecewaan Najib itu, pihak yang membawa cerita ini berkata lagi, Najib terpaksa memansuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi kerana kononnya tiada orang lain yang lebih layak dari Idris untuk menjadi Menteri di situ.
Bukan main marah orang-orang yang menyokong Idris Jusoh mendengar cerita palsu ini. Malahan, mereka melakukan onar dan kacau di Terengganu, kononnya disebabkan kisah ada tangan ghaib menyekat Idris menjadi Menteri.
Bukan main marah orang-orang yang menyokong Idris Jusoh mendengar cerita palsu ini. Malahan, mereka melakukan onar dan kacau di Terengganu, kononnya disebabkan kisah ada tangan ghaib menyekat Idris menjadi Menteri.
Mudahnya orang-orang Melayu terpengaruh dengan cerita atau spekulasi seperti ini. Lebih menyedihkan, disebabkan mereka mahu menunjukkan rasa protes mereka, maka mereka mula berpakat hingga menyebabkan wujudlah Jembalang 10 yang kononnya disekat dari menerima peruntukan pembangunan di kawasan masing-masing.
Khabarnya, Najib diberitahu memang Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dengan sengaja menyekat penyaluran peruntukan itu. Bila ditanya kepada pegawai-pegawai daerah, nyata cerita ini cerita palsu dan Menteri Besar sebenarnya menambah lagi peruntukan yang sedia ada bagi tujuan pembangunan dan manfaat kepada rakyat.
Malangnya, Jembalang 10 tidak berkata benar. Mereka turut dilantik memegang pelbagai jawatan dalam syarikat kerajaan negeri (GLC) dengan elaun dan kemudahan kereta syarikat. Namun, mereka masih tidak bersyukur dan tidak tahu berterima kasih. Malahan, mereka menafikan yang mereka menikmati semua itu.
Dari segi sejarahnya, Terengganu yang mempunyai lapan kawasan Parlimen, dimenangi hanya tujuh (Marang dimenangi Datuk Seri Hadi Awang) memang mempunyai seorang sahaja Menteri dan dalam era Tun Dr. Mahathir Mohamad, Terengganu tidak pun dianugerahkan kerusi Menteri tetapi pernah mempunyai tiga Timbalan Menteri serentak.
Allahyarham Datuk Abu Bakar Daud, Idris sendiri dan Datuk Dr. Tengku Mahmud pernah menjadi Timbalan Menteri dalam era kepimpinan Dr. Mahathir. Sebelumnya, Alias Ali juga pernah menjadi Timbalan Menteri.
Antara Menteri dari Terengganu yang masih segar dalam ingatan ialah Datuk Manan Osman, Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor, Datuk Dr. Abdullah Md Zin dan kini Datuk Ahmad Shabery Chik. Jika ada cerita sepatutnya biarlah dari kawasan lain supaya jangan ada Menteri datangnya dari kawasan yang sama dengan Menteri Besar, kerana Datuk Ahmad Said adalah Ketua Umno Bahagian Kemaman dan Ahmad Shabery pula Timbalan Ketua Umno Bahagian Kemaman, kenapa tidak timbul cerita ketika Idris menjadi Menteri Besar datangnya dari Besut, Abdullah Md Zin juga datangnya dari Besut tidak pula ada pihak mendesak supaya ‘jangan ada orang dari satu tempat’ dapat banyak habuan!
Idris mungkin tidak begitu tetapi Idris yang sudah mula mengadakan ‘road show’ yang tujuannya hanya dia sahaja yang tahu, dikatakan mula membelasah kepimpinan Datuk Ahmad Said. Idris dikatakan tidak bercerita apa sebab beliau tidak lagi diperkenan untuk menjadi Menteri Besar tetapi dia membesar-besarkan isu perlantikan pengerusi dan lembaga pengarah GLC dari kalangan kroni Datuk Ahmad.
Idris tidak ada kroni ketika beliau berkuasa dulu? Idris terlalu hebat mentadbir negeri ketika menjadi Menteri Besar dulu? Idea ‘gelombang biru’ idea Idris seorang diri? Tidak ada langsung sumbangan tujuh Ketua Umno Bahagian lain ketika memulakan perlaksanaan ‘gelombang biru’ hingga Idris mahu mendabik dada kononnya itu adalah ideanya seorang dan dialah segala-galanya yang baik di Terengganu suatu ketika dahulu?
Cuba Idris bertanya kepada dirinya sendiri, kenapa dia tidak meletakkan ketua-ketua bahagian bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri kecuali Datuk Ahmad Said? Cuba Idris bertanya kepada dirinya, setelah beliau menggugurkan Datuk Abd Rahman Bakar, Datuk Rosli Mat Hassan, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dan Senator Datuk Wan Ahmad Farid, beliau rasa lebih selesa?
Hentikan cerita Idris sepatutnya sudah menjadi Menteri Kabinet. Rakyat khususnya mereka yang duduk di Besut jangan dihasut hingga fikiran mereka kusut. Kata orang-orang tua ‘ lebih baik tersepak kaki orang berkasut dari tertampar jari orang yang bercincin’ kalau bercakap hal-hal politik di Terengganu sekarang ini.
Entah kenapa, sejak kebelangan ini, orang-orang politik di Besut menjadi tidak rasional. Mereka begitu emosional hingga hilang kewajaran dan keadilan dalam diri mereka. Mereka tidak bersedia mendengar cerita sebenar melainkan kalau cerita itu datang dri sumber Jembalang 10.
Datuk Ahmad Said mempunyai visi dan misi sendiri membangunkan Terengganu.Pembelaan terhadap rakyat miskin menjadi keutamaannya. Beliau mahu berkongsi idealism Perdana Menteri untuk mentadbir Terengganu. Beliau tidak mahu menoleh kebelakang lagi kerana masa sudah begitu banyak terbuang kerana politiking.
Satu perkara yang orang Terengganu perlu tahu, Najib tidak memerlukan sesiapa lagi setakat ini dari Terengganu untuk menjadi Menteri. Dengan kehadiran Ahmad Shabery di Kementerian Belia dan Sukan setelah menghabiskan setahun di Kementerian Penerangan, Terengganu kini mempunyai wakil dalam Kabinet dan wakil dalam MT.
Ketua Pergerakan Puteri Kuala Terengganu, Nordiana Shafie pula tidak perlu menentang Datuk Ahmad Said hanya kerana tidak disambung perlantikan Senatornya kerana dia sudah diberi peluang bertanding dalam piihanraya umum lalu, tetapi tewas. Bila tewas, terimalah hakikatnya dan apa yang diterimanya selama ini sebenarnya sudah cukup baik jika dibandingkan dengan ramai lagi orang lain khususnya Ketua-ketua Wanita Umno Bahagian yang lebih lama berbakti tetapi tidak pernah berpeluang menjadi Senator.
1 comments:
Salam,Saya ingin menjelaskan disini,kami melihat IDRIS seorang yang berfikir terlalu kreatif n berpandangan jauh.juga seorang pemimpin yg pentingkan agama islam..anda boleh mempertikaikan,tapi kalau dilihatkan bagaimana org kemaman memegang tampuk kepimpinan,hanya kemaman sahaja yg membangun...dari zaman wan mokhtar lagi,skrg si ahmad..rakyat besut ditindas..tapi kami tetap berbangga kerana dari segi pelajaran,rakyat besut tetap no 1 di malaysia..
idris seorang yg amat tegas dan beragama...beliau telah menubuhkan sekolah yg berunsurkan hafal alquran,dan sentiasa menggalakkan pelajar utk menghafal al-quran.
beliau ditindas atas kepentingan pihak istana..rakyat mahukan idris sbgi MB,tetapi istana mahukan yg lain...ini bukan namanya suara rakyat,tp suara istana...
bukti dah nampak,rakyat tolak kepimpinan ahmad said dgn memberi undi pada WAHID ENDUT pada pilihanraya parlimen dahulu..orang cina pun tahu,cara ahmad said bercakap pun,bukan cara educated,cara bercakap menggunakan EMOSI...
kalau lihat dari segi pendidikan,beliau pernah menjadi BEST STUDENT OF USM dari segi kepimpinan dan akedemik....beliau juga mempelajari ilmu agama di JORDAN..anak2 beliau juga ada antara golongan al-hafiz...pemimpin macam ni kami mahu,dalam dan luar SAMA...
kami tidak kisah beliau tidak menjadi menteri,sebab beliau skrg pengerusi MARA..anda boleh melihat bagaimana MARA berubah dgn PESAT...IDRIS masih dalam usaha mengubah pemikiran orang MARA,terutama dari segi KERJA,kalau dah keje 8 jam,kenelah keje 8 jam,dan pemikiran perlu kreatif..mungkin cara beliau ini amat tegas dan memaksa,tetapi utk kepentingan MELAYU,memang ini terpaksa dilakukan..MELAYU dan bumiputera tidak boleh hanya berharap kepada kerajaan shj,nanti akan ditindas..kita perlukan satu pemikiran kreatif dan inovatif..
akhir kata-BESUT BUMI ULUL ALBAB...(x faham maksud,boleh belajar bahasa ARAB)..
(kalau u x approve msg ni,mmg BIAS)...
Post a Comment