NIK AZIZ HILANG MAGIS DI MANEK URAI..

Tuesday, July 14, 2009


Isu Tok Guru dan keluarganya kaya raya.

Keputusan PRK Manek Urai telah diramal akan memihak kepada parti PAS. Tapi tidaklah dengan majority begitu kecil. Namun itulah hakikatnya di MU. Ada yang berkata, factor calon sebagai punca penyokong PAS berpaling tadah. Ramai yang dulunya penyokong peribadi Pak Su Well, bukan penyokong parti.

Ramai juga penganalisis yang berpendapat pengaruh Tok Guru Nik Aziz telah mulai merosot berikutan isu kerajaan perpaduan. Isu harta kekayaan yang didedahkan para blogger juga sedikit sebanyak telah menjejaskan imej Tok Guru. Kehadiran Lim Kit Siang dan Lim guan Eng yang berucap di atas mimbar masjid juga telah menjejaskan imej Islam yang dipelopori parti PAS.

Berikut sajak saudara Yasin Saleh yang dia sms kira-kira jam 3pm sewaktu saya dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur meninggalkan Manek Urai.


Serindit Tua Hilang Magis

Manek Urai musim buah
sekarang,
berhimpunlah para
mergastua, segalanya
monyet, tupai berlompat
lompatan,

Bising bangar
berebutan melarah mutan
bergomolan berebutan
mengepong durian
bertolak-tolakan bersepak-
sepakan menggonggong
bacang
sambil semut dan
kerengga bertempiaran
berjerit-jeritan
bercakar-cakaran
di dahan-dahan
di batang-batang

Dalam demikian dusun-
dusun gempita
dengan amat tiba-tiba
Serindit tua kehilangan
magis
paruhnya tiba-tiba
mengudis getah bacang
kicaunya hilang merdu
nyanyianya hilang lagu.

Lalu, tersembamlah
serindit tua itu jatuh
ke atas taik musang
yang sedang disondolo babi
bergelumangan

dan pasirpun
memutihlah di Lakloh
dan ceritera semalam
membelantara di Manek
Urai

….yassinsalleh
1400 hrs julai 14.09
Kg Lakloh, Manek Urai.

2 comments:

Sharps Shooters July 19, 2009 at 5:56 PM  

padan muke.. tu la berkomplot lagi dengan dap.. pkr yang langsung tidak menyenangkan perasaan orang melayu sejagat...

Unknown July 20, 2009 at 7:00 PM  

doa je takleh maju kelantan. kena rancang dan laksana pelan kemajuan yang berkesan. kalau doa je, tapi takde usaha, kena tempelak Allah jugak nanti....

duit balak kena labur balik kat rakyat. cuba2lah tinjau kereta mewah, rumah dan tanah2 milik exco kelantan, terutama husam & anuar tan.

sahutlah cabaran ini sdr musli, cuba dapatkan gambar2 tu...

apa rakyat dapat dari hasil balak? duit rm2,500 tiap kali ada keluarga mati atau ditimpa bencana? jadi yang tiada kematian dan tiada bencana bila nak dapat?

rm2,500 tu pun habis kejap je... hasil balak tu buatlah kawasan niaga, pusat pelancongan, buatlah projek ternakan kecil2, kebun2 sayur, buat sistem hantar hasil ke kl, banyak rakyat kaya nanti...

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP