YANG BERKUASA BOLEHLAH KATA JANGAN BEREBUT KUASA...SELEPAS MEREKA REBUT KUASA!

Monday, July 27, 2009




Foto: Datuk Seri Shafie Afdal. Pemimpin Sabah yang terpaksa memberi tumpuan kepada politik negeri Kedah kerana akan hanya mendapat kredit jika BN dapat menawan Kedah
Sabtu, tanggal 25hb July, sewaktu merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Bahagian Semporna, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Afdal bercakap tentang sejarah perpecahan orang Melayu/bumiputra dalam UMNO.

Menurut Ketua UMNO Semporna itu, perpecahan dalam UMNO berpunca daripada perebutan kuasa dalam parti sehingga parti berpecah dan tertubuhnya PAS dan Semangat 46.

PAS ditubuhkan pada 1951 apabila sekumpulan pemimpin Melayu dalam UMNO yang menganggotai Biro Agama, keluar dari parti dan menubuhkan Persatuan Ulamak Se Malaya kerana berpendapat dasar-dasar UMNO terlalu secular. Persatuan itu akhirnya di daftar sebagai Pan Malaysian Islamic Party (PMIP) dan kemudiannya bertukar menjadi Parti Islam Se Malaysia (PAS).

Manakala Parti Semangat 46, tertubuh berikutan pertandingan merebut jawatan tertinggi parti pada mesyuarat agung 1987. UMNO berpecah kepada dua team. Team A yang diketuai Tun Mahathir dan team B yang diketuai YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Selepas pertandingan parti UMNO telah diharamkan dan muncullah UMNO Baru dan parti Semangat 46.

Oleh itu menurut Shafie yang juga Ketua Perhubungan UMNO negeri Kedah, perebutan kuasa dalam parti janganlah dijadikan satu budaya kerana ini akan melemahkan UMNO.

“Jika kita lihat sejarah parti UMNO, kekalahan parti dalam piliahnraya umum bukan berpunca daripada kekuatan parti pembangkang tetapi perpecahan dikalangan anggota parti telah menyumbang kekuatan kepada pembangkang”.

Ulasan penulis:

Isu yang dibangkitkan Datuk Seri Shafie Afdal merupakan isu penting. Oleh itu kita berharap pemimpin yang berada ditampuk kuasa beringat-ingatlah jangan membolot semua jawatan yang ada dalam parti dan kerajaan untuk kaum keluarga dan suku sakat sahaja. Masalahnya pemimpin UMNO lebih sayangkan jawatan daripada parti dan sanggup melihat parti berpecah daripada kehilangan jawatan.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP