POLITIK DAN PEMBANGUNAN DI KELANTAN

Sunday, July 12, 2009

SETIAP HARI (KECUALI JUMAAT) 20 LORI BALAK DIBAWA KELUAR. ADA BATANG BALAK YANG SEBESAR "TIN MILO" PUN DITEBANG. ORANG POLITIK HARUS DITANYA, KEMANA PERGINYA HASIL BALAK RAKYAT KELANTAN?


Kempan semakin rancak di Manek Urai. Sekarang jam 4.15 pagi, saya baru sampai ke Hotel. Saya dan Wak Din menumpang kereta kawan dari Sabah, Tony dan Nabil. Kami bertolak dari Kg Laloh jam 11.30 malam. Tetapi kerana kesesakan lalu lintas di Kg Peria, perjalanan ke Kota Bharu yang biasanya tidak sampai satu jam mengambil masa hampir 3 jam.

Dilaporkan ada ceramah parti PAS di markas kampong Peria. Markas itu terletak ditepi jalan. Ia seperti satu pesta. Tempat menjual macam-macam barangan batik, kaset, buahan dan sebagainya. Jika tiada ceramah, penyokong masih berkumpul mendengar rakaman ucapan-ucapan pemimpin mereka melalu beberapa skrin tv.

Kenderaan yang diletak di kiri dan kanan bahu jalan mengakibatkan jem teruk sehingga 40km jauhnya. Ini sebenarnya satu taktik ‘perang psikologi’ parti PAS menunjukkan kepada kepada pengundi Manek Urai, ceramah anjuran PAS mendapat sambutan hangat. sebenarnya Polis traffic pun sukar mengawal kenderaan kerana hanya satu sahaja jalan keluar dan masuk ke bandar Kota Bharu.

Dalam kunjungan pertama ke Kelantan, dalam kepala saya pasti ada lebuh raya sampai ke Kota Bharu seperti ke JB atau Kuala Trengganu dan ibu negeri lain. Sebab itu saya tidak kisah memandu sendiri walaupun lebih 400 Km jauh dari KL. Rupa-rupanya jalan melalui Gua Musang itulah adalah satu-satunya jalan ke Kota Bharu.

Highway? Jangan sebut highway, Jalan masuk ke bandar Kota Bharu bermula dari Machang pun hanya satu lorong. Sempit dan selalu jem. Saya tanya seorang rakan blogger yang berasal dari Kelantan kenapa tak buat dua lorong. Katanya, soal tanah adalah hak kerajaan negeri bukan kerajaan persekutuan. Lagipun di Kelantan, isu tanah sensitive dan tidak mudah untuk orang kampong melepaskan tanah mereka walaupun untuk tujuan awam.

Melihat sepintas lalu keadaan rumah-rumah orang kampong di kawasan Manek Urai, saya boleh rumuskan rakyat negeri Kelantan secara umumnya masih miskin. Ini mengingatkan saya cerita YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Menurut Ku Li, pada pilihan raya 2008, semua stesen minyak di Kelantan habis stok minyak. Kereta Mercedes, BMW, Lexus dan apa jenis kereta mewah ada di Kelantan.

Pada masa itu Ku Li terus buat kesimpulan, BN tak boleh menang di Kelantan. Orang luar Kelantan majoritinya sokong parti pembangkang walaupun mendapat segala kemudahan DAN peluang perniagaan dari kerajaan BN.

Golongan yang kaya inilah yang bermain politik. Mereka tidak kisah apa yang berlaku kepada rakyat negeri yang menetap di Kelantan. Begitulah nasib rakyat Manek Urai jika mereka terus membiarkan diri mereka menjadi mangsa permainan politik, sedangkan mereka masih perlukan pembelaan dari kerajaan Pusat.

Apakah rakyat Manek Urai akan mula bertanya kemana kah hasil-hasil balak negeri Kelantan? Mulanya pemimpin PAS sembunyikan kereta mewah dari mata rakyat. Tapi pilihan raya kecil Manek Urai jelas secara terang-terang pemimpin PAS Kelantan telah menunjukkan kereta mewah mereka sewaktu berkempen. Mungkin mereka nak tunjukkan kepada orang Kelantan dari luar bahawa duduk di Kelantan pun boleh hidup mewah hasil dari balak.
Sama-samalah kita nantikan apakah keputusan rakyat Manek Urai pada 14 Julai ini.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP