SEJENAK BERSAMA PAK AZIZ SATAR

Wednesday, July 8, 2009

Ini Dato Seri Utama Rais Yatim, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi. Bukan Datuk Aziz Sattar la.....










KHAMIS lepas, saya lalu depan Restoran Riverside, bangunan PWTC, kebetulan masa itu ramai kawan sedang minum petang. Tok Din, orang Perak, dulu pernah jadi pegawai JASA kenalkan saya dengan Datuk Aziz Sattar. Serta tiga lagi kawan dari PAPITA.

“Apa kabar Pak Aziz, tak sangka saya boleh duduk semeja dengan Menteri Penerangan Malaysia” Saya berseloroh dengan pelakon Laksamana Do Re Me itu. “Betullah, ramai kata saya serupa Menteri Penerangan. Tapi saya dah 84 tahun, Dato Rais baru 69” jawap Pak Aziz senyum.

Topik perbualan berkisar tentang filem. Pak Aziz seronok cerita pasal P. Ramlee, katanya filem P.Ramlee banyak menonjolkan soal perpaduan kaum. Ada juga diselit cerita politik seperti kerajaan “bawah pokok”.

“Tapi Pak Aziz, filem dan drama sekarang tidak lagi menggambarkan masyarakat Malaysia yang sebenarnya” saya memulakan hujah. Walaupun tidak pernah menulis skrip atau membuat filem, saya gemar menonton tapi filem dan drama yang serius.

“Kalau drama Melayu, semua pelakon orang Melayu. Pemandu teksi orang Melayu. Masuk restoran milik Melayu, pelayan orang Melayu, security guard Melayu, polis orang Melayu. Apa salahnya pemandu teksi tu ambil pelakon India atau Cina? Pelayan kedai orang Kadazan atau Iban. Polis ambil pelakon bangsa Sikh. Bukankah itu muhibbah dan gambaran sebenar masyarakat negara kita?”

Drama Cina dalam “Kisah Benar” memilih semua pelakon Cina. Seolah-olah filem bukan berlatar belakang Malaysia.

Pak Aziz mengangguk mengiyakan kata-kata saya.
Barangkali Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi perlu buat seminar untuk para produser filem dinegara ini. Buat drama atau filem yang menggambarkan masyarakat Malaysia sebenarnya. Filem-filem seperti ini sudah cukup menunjukkan muhibbah dan perpaduan. Ini pun promote 1Malaysia juga.

Saya sedang menunggu drama, yang pelakon perempuan orang Melayu, Hero lelaki warga Afrika atau warga Arab. GRO Chinadoll, Security guard Mat Bangla, pelayan restoran perempuan Acheh, restoran milik Indon, pemandu teksi orang Vietnam. Itupun gambaran 1Malaysia juga. Fikir-fikirkanlah..

1 comments:

Maruf Ismail July 11, 2009 at 4:19 AM  

Betul,,
Saya sokong Tuan Musli.Memang betul@ ngam bana cadangan A.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP