TOK PA BOLEH TAWAN MANEK URAI..
Friday, July 3, 2009
Parti ATAU calon yang jadi penentu?
Petang tadi saya dapat sms dari seorang kawan. Dia orang Kelantan. Tak pasti dia sms dari Manik Urai atau tempat lain. Namun yang pasti sekarang dia berada di Kelantan. Sms pertamanya “apakah Pak Su Well atau PAS yang berpengaruh di DUN Manek Urai?”.
Foto: Dato Mustapha Mohamed. Tok Pa boleh tawan Manek Urai!
Sms kedua”Of course Pak Su. Wakil Rakyat 4 tape, dari dalam kubur, ke gelanggang belaka ayam, kenduri kendara, pah atas masjid dan bukus pelir budak jawi (sunat)”. Sms kedua sebagai mengesahkan sebenarnya yang berpengaruh di kawasan Manek Urai ialah Allahyarham Pak Su Well.
Dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai kali ini, factor calon juga masih kekal sebagai faktor penentu sokongan rakyat. PAS memilih calon pemborong ikan. PAS pilih imej calon orang kampong. Manakala UMNO yang mewakili BN memilih seorang calon muda yang mewakili golongan korporat, imej orang bandar.
Disamping factor calon, factor pucuk pimpinan negeri juga memain peranan penting. Saya selalu berhujah, Tok Pa adalah factor di Kelantan. Barangkali ketokohannya dalam bidang agama belum setanding dengan Tok Guru Nik Aziz, tetapi Tok Pa juga disayangi rakyat Kelantan. Rata-rata penganalisis politik dari Kelantan setuju, faktor Tok Pa boleh swing mood pengundi.

Semasa mengetuai UMNO Kelantan, Tok Pa hampir menumbang kerajaan PAS yang hanya majority 2 kerusi pada pilihan raya 2004.
"Orang Kelantan ni pelik sikit, mereka boleh berubah fikiran dan sokongan dalam sekelip mata" kata seorang blogger dari Kelantan. Menurutnya, PAS sendiri tidak begitu yakin dapat mempertahankan Manek Urai berikutan masalah yang melanda kepimpinan PAS sekarang, terutama selepas isu kerajaan perpaduan yang dicadang Hadi ditentang Nik Aziz.

Di pihak UMNO banyak bergantung kepada ketokohan Tok Pa, disamping kemampuan calonnya. Dan sudah tiba masanya kepimpinan UMNO bahagian Kuala Krai menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menawan kerusi Manek Urai.
2 comments:
ToK Pa,
Ambo yakin Tok Pa bolih pimpin kemenangan, syarat nye kelab 304 tok soh mari ketika percalonan, dan hari kempen.
sebab: 1.12,200 pengundi ta dok ore muda.semua dah hijrah.maka kelab 304 dengan lagak nya dan kereet mewoh, tak perlu.Bakal calon BN mem cukup dah.
2.ade 52 ore cina aje, kedatangan Ng YY sebagai melukut tepi gantang.
3.Tok Pa ade aura lembut dan rendah diri.ore kito meme suko.
4.tok soh bawak perjek yan tidak sampai di kecapi ore kampun.
majoriti 1057 bolih di kuran kan jadi kemenangan.Jangan bui 304 mari.
HjMae,berek12.
salam..tok pa mmg di sukai oleh ramai orang di kelantan kerana sikapnya yg tidak meninggi diri dan bersahaja bila bersama rakyat..jadi tidak mustahil umno yg di wakili tok pa sebagai ketua perhubungan umno kelantan dapat merampas kerusi dun manek urai kali ini..insyallah...tapi bagi org2 umno-bn semua,jgn terlalu yakin yg umno akan menang kerana dalam politik segalanya mungkin..ape yg penting,sama2 kita berdoa kepada Allah supaya kemenangan berpihak kepada umno...
Post a Comment