NASI LEMAK MELAYU YANG PALING DIMINATI ORANG CINA. SEDAPPP....

Wednesday, July 1, 2009


Gerai Kak Mah memang terkenal dengan nasi lemaknya. Sedap hingga menjilat jari. Mengalahkan iklan KFC.
Semua kaum suka nasi lemak Kak Mah terutama sekali kaum Cina dan bukan bumiputra. Pasal apa suka, tidak siapa pun tahu. Harga nasi lemak hanya RM 1 sahaja satu bungkus.

Kak Mah setiap hari jual 100 bungkus, tidak lebih dan tidak kurang. Tetapi 30 bungkus mesti dijual kepada bumiputra dan orang Melayu sahaja. Berbaris dan berebut-rebut orang lain yang bukan bumiputra terutama orang Cina membeli 70 bungkus nasi lemak Kak Mah kerana yang 30 bungkus itu yang dikhaskan kepada bumiputra dan Melayu, kaum lain tidak boleh dibeli.

Masalah pokoknya, orang bumiputra dan Melayu tidak mampu beli walaupun harga RM1. Ada lah satu atau dua orang yang membeli dan makan nasi lemak itu. Maka timbullah bijak pandai orang bumiputra dan Melayu meminjam duit orang Cina. Membeli dan menjual semula nasi lemak itu pada harga 1.50 kepada orang Cina dan bukan bumiputra. Maka untunglah bumiputra sebanyak 50sen walaupun tak merasa nikmat nasi lemak Kak Mah.

Pada mulanya orang Cina tidak kisah bayar mahal sedikit kerana ekonomi baik. Berniaga mereka pun okay. Tapi bila ekonomi kurang baik, timbullah perasaan mereka tertipu dan tidak berbaloi membeli nasi lemak harga RM1 tetapi bayar RM1.50.

Hari-hari berikutnya, semakin kuranglah orang Cina membeli nasi lemak Kak Mah. Yang Kak Mah pula masih juga berdegil dengan dasarnya menjual 30 bungkus kepada orang Melayu walaupun Kak Mah tahu orang Melayu dan bumiputra tidak mampu membeli.

Akibat sikap Kak Mah yang mempertahankan dasarnya, gerai nasi lemak Kak Mah yang sedap itu tidak lagi dibeli orang bukan bumiputra walaupun rasanya sedap kerana ada gerai-gerai lain yang tidak meletakkan syarat 30 bungkus jual kepada orang bumiputra. Mereka pun berpindah ke gerai lain.

Akhirnya gerai Kak Mah terpaksa gulung tikar. Kak Mah jatuh miskin.Suami dan anak-anak jatuh miskin dan semuanya rugi kerana mempertahankan 30 bungkus untuk orang Melayu dan bumiputra.

Soal 30%ekuiti bumiputra bacalah seterusnya dalam www.muslioli.blogspot.com

2 comments:

Anonymous,  July 4, 2009 at 9:02 AM  

Pasal 30 % saya ade versi terbalik,dan cerita nya telah di sampai kan olih peniaga cina di Sungei Petani ketika saya bertugas pade 1989.
"Barang kedai saya dijual harga 1.50 kpd Melayu punye pelanggan dan 1.00 untuk pelanggan orang cina."

Balik kapda 30 % dan liberlaisais dan FELDA Global, saua tanya balik hpd cendekawan dan juru ekonomis :
"adekah semua ucapan ucapan dasar baru PM merangkap Menteri Kewangan telah di bincang di mana forum atau jawatan kuasa kabinet atau ini semua sendiri punye idea ?
Setiap kali ade convention atau forum baru baru ini, tiap kali di umum yang baru.
Saya rase sungguh hairan kerana nampak macam tolak ke tembolok kesemua "stakeholders" saja !
Ta de sapa yang bantah setakat ini.
Tak kan lah dasar dasar kerajaan yang pro Rakyat Malaysia dan pro Bumiputera selama 17 tahun tiba nak nak buang gitu saje ? mana kertas kerja nya ?
Apa bukti nya yang dasar dasar itu gagal ?
Betul Gagal ke ? 10 % 20 % 30 % 40 % ? Tapi tak mungkin 100 % gagal!
Adekah PM dan penasihat nya and jururunding dah buat analysis "what if", ke atau "dynamic model" ke atau "fatal flaw analysis " ke?
Di mana kah asas dan input input dari kementerian MITI,MIDA,NGO,ACCIM,SC, dan BNM.
Takut sangat lah kalau input pengkhususan semua dari satu kelompok--- Bank Bumi aje ?
Bahaya tu kalau tak ade "collegial debate".
Terkini,Siape yang ade "oversight" kapada PEM merangkap MentKewangan ?
Tak kan Tan Sri CEO SC sorang saje kut?
Malaysia sudah buka luas habis daripada dasar imigresen(3.1 juta PATI dan non Pati),dasar langit terbuka(sasaran NYY 23 juta pelancong yang mungkin pembawa HINI SWINE FLU),sekarang nak buka luas lagi dasar kewangan dan hartatanah (RM20 million tak payah gomen lulus),PM tolong cakap berapa ramai orang malaysia mampu beli harta RM20 million sekali pow?
Orang kampung ade berkate :jika kita buka pintu depan luas,jangan salah kan penceroboh yang akan memperkosakan rumah dan isi rumah kita sebab perampok itu akan kate--"tuan rumah yang buka pintu jemput saya masuk jadi saya buat ape yang perampok buat."
Ini semua dasar terbuka ade cermin sikit Kota Singa punye cara.
Kita nak ikut Kota Singa punye model, kerajaan kite kena ikut model kerajaan kota Singa kan ?(faham2 aje).
Tapi kalu ambik sekerat sekerat aje, yang sekerat lagi untuk menyelia,mengawas dan"oversight" tak ambil, itu nama nya setengah masak atua mentah, lagi teruk,"half baked" "half breed" dan "cut and paste".
Saya minta semua ucapan ucapan yang telah di umum kpd orang asing dalam seminggu dua ni, di bentang di Parlimen dan di bahas secara profesional.

Sekarang dengan semangat terbukaan yang pelupori olih Tun(PM baru bersara) dan PM sekarang, siapa nak buka gelangang kan?
Tok Berahim atau Kuda Kepang atau Tok Samad,atau Tok Salleh (Majid),atau Perdana Institute Kepimpinan. .
changkat lobak.
arjuna waspada

Anonymous,  July 31, 2009 at 3:01 AM  

Hari ini 31 Julai 2009, PM lancar ASM1 10 billion unit dan nak bagi peruntukkan Bumiputra untuk melanggan 50 % ?
Quota Bumiputra akan di jual Kpd semua kaum jika quota Bumiputra tidak tidak di ambil.
Sama cerita dengan 1.6 billion kuota bumiputra yang telah di jual tengah bulai julai.
Kali ini bagi peluang lah kapd ajensi Bumiputra beliquota bumiputra yang tidak di langgan, sebagai "pemegang amanah" "on behalf""as trustee".
DSN,Satu panggilan talipon saje ...
changkat lobak.
arjuna waspada.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP