ANTARA ANWAR, MANDELA DAN HITLER
Friday, June 26, 2009
Oleh: Mohamad Radzzi
Nelson Mandela di penjarakan selama 26 tahun. Setelah di bebaskan, Mandela hanya menjadi presiden Afrika Selatan selama 4 tahun.
Walaupun begitu disayangi rakyat dan popular, namun Mandela melepaskan jawatannya. Memberi laluan kepada pemimpin lain dan berbakti kepada Afrika Selatan dan seluruh warga Afrika dalam kapasiti yang berbeza.
Mandela menjadi idola dan icon rakyat Afrika dan dihormati seluruh dunia.
Kenapa semudah itu Mandela melepaskan kuasanya? Mandela adalah contoh negarawan tulin. Dia tidak semata-mata berniat untuk jadi Presiden Afrika Selatan. Dia dipenjarakan kerana menentang penindasan dasar Aparthied terhadap orang kulit hitam. Selama 26 tahun dalam penjara, tidakkah timbul rasa dendam? Sama sekali tidak. Mandela tidak pernah tunjukkan perasaan benci untuk membalas dendam kepada golongan kulit putih walaupun ketika berkuasa.

Anwar Ibrahim pernah ditahan ISA selama hampir 2 tahun. Penahanan itu menjadikan Anwar hero dan sering didendangkan pengorbanannya itu. Tun Mahathir yang berminat dengan bakat Anwar, beri laluan mudah menyertai UMNO. Meniti hirarki parti sehingga ke jawatan kedua tertinggi sebagai timbalan presiden dalam tempuh tidak sampai 11 tahun.
Menyandang jawatan sebagai menteri kanan termasuk menteri pelajaran, kewangan dan timbalan perdana menteri. Dengan bakat semulajadi yang dianugerah Allah, Anwar amat berpengaruh. Sepanjang perjalanan politik Anwar, beliau begitu focus terhadap matlamatnya. Bijak menggunakan segala sumber yang ada dan tidak melepas peluang jika ada untuk menempat dirinya dalam politik.
Selepas itu Anwar sekali lagi dipenjarakan. Lebih kurang 5 tahun. Poster mata lebam Anwar sahaja hampir menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya 1999. Betapa hebatnya karisma Anwar, walau dalam penjara, namun posternya bisa berkempen!
Pilihan raya 2008, Anwar tidak bertanding tetapi BN hilang dua pertiga majority dan kehilangan 5 negeri. Sekali lagi kehebatan Anwar terserlah.
Dalam politik Anwar adalah seorang Michavellian yang sebenarnya. Dikalangan pendokong Islam, dia seorang ulamak. Dikalangan orang sosialis, dia lebih Marxis. Dikalangan orang India, dia pejuangkan orang India, dia kata orang India sepatutnya menjadi peneroka FELDA. Di kalangan orang Melayu, dia jadi hero Melayu. Dikalangan orang Cina, Anwar pejuang meritrokrasi. Mahu hapuskan prinsip DEB dan macam-macam lagi.
Sewaktu Hitler mengadakan mesyuarat pertama penubuhan parti Nazi yang hadir hanya 11 orang termasuk dirinya. Tetapi dengan karisma yang dianugerah Tuhan kepada Hitler, 11 orang ini mempengaruhi seluruh rakyat Jerman untuk membenci bangsa Yahudi. Hitler bijak memanipulasikan kemiskinan yang melanda Jerman selepas Perang Dunia Pertama sebagai angkara bangsa Yahudi.
Timbul marah, kebencian dan dendam membara sehingga membangkit semangat rakyat Jerman untuk menawan dunia!
Menurut Max Weber, seseorang yang berkarisma bukan sahaja mampu menarik perhatian dan sokongan orang ramai terhadap ucapan-ucapan dan pendapat serta pandangannya, tetapi juga lebih penting lagi ia berupaya memberikan rangsangan.
Begitulah yang berlaku bila anugerah Tuhan kepada manusia tidak digunakan untuk kebajikan seluruh umat manusia!

3 comments:
salam bro..
tu bagi org yg betul2 taksub dan x boleh berfikir secara mendalam tentang apa yg di perkatakan oleh pemimpin seperti anwar dan hitler..kalau die berkarisma mcmne pun kalau kite dpt berfikir secara mendalam,kite ttp nmpk juga kesilapan dalam diri mereka..tgk hitler dlu perjuanganye sangat la di sanjung tinggi tapi akhirnya rakyat jerman dan segelintir askar nazi dapat berfikir secara mendalam setiap yg di perkatakan hitler dan tindak tanduknye dan mereka juga akhirnya menentang hitler..sama juga mcm anwar,dulu die mmg hero sampai lah sekarang,tapi populariti beliau makin merosot kerana rakyat sudah dapat berfikir setiap apa yg di katakan oleh anwar dan tindak tanduk beliau..tak mustahil anwar akan mengakhiri zaman politik beliau same mcm hitler..
anakmelayu30.blogspot.com
SLM ZIARAH BRO..MANIFESTASI KEGILAAN UTK MERUBAH DUNIA MENGIKUT ACUAN MEREKA AKAN MENGAKIBATKAN MANUSIA MENJADI SEMAKIN TAK TERKAWAL. AKIBATNYA LAHIRLAH MANUSIA2 SEPERTI HITLER, MUSSOLINI, ARIEL SHARON, IDI AMIN DAN YG TERBARU DLM PEMBIKINAN..'ANU'WAR BERAHIM
Pelajar undang-undang? Sila layari llbnotes.blogspot.com
Nota FREE untuk student.
Cuma jangan lupa klik di iklan google dalam blog tersebut untuk support pemberian Nota Percuma kepada student LAW
Post a Comment