JEMPUT SPRM DALAM TENDER BOARDS

Sunday, June 21, 2009

Teladani Kerajaan Selangor. Pegawai SPRM dalam ‘tender boards’

Foto: Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor menunjukkan teladan baik untuk dicontohi negeri-negeri lain.
Hari ini saya baca akhbar The Star mengenai peraturan baru Kerajaan Negeri Selangor yang menjemput pegawai SPRM menduduki tender boards semua 12 PBT di negeri itu. Menurut Pengerusi Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu, peraturan baru ini akan mengelakkan kemungkinan berlakunya salah laku dalam proses pemberian kontrak oleh PBT.

“Kita mahu ketelusan dalam semua peringkat membuat keputusan supaya orang awam akan lebih yakin. Dengan kehadiran pegawai SPRM, sudah tentu rakyat akan tahu hanya pembida yang berhak akan mendapat kerja” tegas Ronnie Liu.

Dalam masa yang sama, katanya, ini akan menolak dakwaan bahawa system yang diamalkan sekarang tidak telus. Menepis dakwaan pihak-pihak tertentu bahawa kerajaan Selangor mengamalkan political quotas bila mengagihkan kontrak.

“Walaupun pegawai SPRM tidak terlibat dalam proses membuat keputusan tetapi kehadiran mereka membuktikan kita tidak sembunyikan apa-apa dari rakyat” tegas Ronnie Liu.

Disamping itu, menurutnya lagi, kontraktor yang diberi kerja akan dipantau dan diberi masa tiga bulan untuk membuktikan keupayaan mereka. “Dalam tempuh tiga bulan ini, kita ada hak untuk membatal kontrak syarikat yang tidak memuaskan. Ini juga secara langsung beri peluang kepada banyak kontraktor dan pastikan kawasan-kawasan terjaga dengan baik”

Bagaimana dengan PBT negeri-negeri lain? Tak berhajatkah jemput pegawai SPRM? Jangan hanya laungkan ketelusan tetapi tidak mempraktikkannya! Tahniah kepada kerajaan Selangor.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP