SATU LAGI KUNJUNGAN NOSTALGIA NAJIB. KALI INI DI SARAWAK

Thursday, June 18, 2009


Kalaulah Tun Razak pernah melawat kampong saya dulu..dah beres isu padang ragut!!

OLEH: EMBO KOYOH

Dua minggu lalu saya mendapat panggilan telepon dari seorang rakan yang mendakwa dirinya orang kuat Perdana Menteri. Dia kurang senang dengan artikel saya dalam http://www.muslioli.blogspot.com/ berhubung dengan artikel lawatan Najib ke negara China yang saya anggap sebagai tidak lebih dari sekadar lawatan nostalgia.

Menurut kawan itu, Najib membawa emak, anak dan isteri kerana ingin menunjukkan perjuangan yang dimulakan ayahnya. Part Itu saya setuju. Malah kata-kata Dato Seri Najib semasa di China “kalau kita minum air telaga, jangan lupa siapa yang gali telaga itu?” sebagai merujuk kepada lawatan yang dimulakan ayahnya, juga saya setuju.

Salahkah saya mengatakan kunjungan ke China itu lawatan nostalgia? Semalam berita TV3 siarkan lawatan Dato Najib ke Kampung Pichin, sebuah kampong orang Bidayuh di daerah Serian, Sarawak. Mulut Najib sendiri menyebut ayat nostalgia. Katanya lawatan itu amat bermakna kerana 43 tahun yang lalu, tahun 1966, ayahnya, Tun Razak pernah melawat kampong itu merasmikan projek bekalan air paip.

Antara lain PM berkata “lawatan ini sebagai menunjukkan perjuangan memajukan kampong ini adalah kesinambungan perjuangan daripada ayah kepada anak”. Hari ini saya bercadang ke Arkib Negeri Sabah dengan harapan dapat maklumat mengenai siri lawatan Tun Razak ke Sabah semasa TPM atau PM.

Jika Tun Razak pernah melawat kampong saya, di Kota Belud atau Pitas 30 atau 40 tahun dulu. Sudah tentu lawatan nostalgia Dato Najib pasti disusuli. Saya pasti juga isu padang ragut di Kota Belud dapat diselesaikan PM tanpa orang kampong Labuan dan Kg Wakap adakan tunjuk perasaan sekali lagi dan tidak perlu menulis surat kepada PM.

Jika Tun Razak pernah melawat Pitas atau Kota Marudu, maka akan selesailah juga masalah rakyat dan orang kampong yang masih minum air telaga. Fikir-fikirkanlah

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP