PERPECAHAN POLITIK MELAYU (SIRI AKHIR)
Wednesday, June 10, 2009
Pilihan raya 2008: kombinasi 1969 dan 1999
Tun Mahathir berjaya dalam pilihan raya 1999 kerana bijaksana mengatasi krisis matawang Asia 1997 sungguhpun undi Melayu berpecah selepas pemecatan Anwar.
Artikel ini saya akhirkan pada siri yang ke 4 walaupun sebenarnya banyak lagi peristiwa yang membawa kepada perpecahan politik Melayu seperti penubuhan parti HAMIM, BERJASA, BERJAYA dan parti-parti kecil pimpinan Melayu seperti PSRM tetapi perpecahan itu tidaklah signifikan berbanding dengan penubuhan parti KeAdilan pada 1999 (dikenali sebagai PKR selepas bergabung dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia).
Sungguhpun Parti Perikatan kehilangan majority dua pertiga pada pilihan raya 1969, sokongan orang Melayu tidak berpecah berbanding dengan pilihan raya 1999. Pada 1969, UMNO masih kuat dan majority Melayu masih menyokong Parti Perikatan sungguhpun Kelantan buat pertama kali telah Berjaya di tawan parti PAS.
Apa yang ketara ialah sokongan pengundi bukan Melayu begitu merosot sehingga Pulau Pinang di tawan parti pembangkang GERAKAN. Parti Perikatan juga tidak dapat sokongan majority diPerak. Hanya setelah 4 wakil PPP menyertai parti Perikatan kerajaan dapat dipertahankan.
Situasi politik yang tidak menentu berlaku di Selangor dimana Perikatan dan Pembangkang yang diketuai DAP masing-masing mendapat 14 kerusi sehingga bertitik tolak dari situlah tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei.
Perpecahan undi Melayu begitu jelas berlaku pada pilihan raya 1999. Disamping mempertahankan Kelantan dan menawan Trengganu, ramai pemimpin tertinggi UMNO tewas kepada PAS dan KeAdilan. Adalah dijangka hampir 40% pengundi Melayu telah tidak menyokong BN pada pilihan raya itu.
Yang menyelamatkan kerajaan BN ialah sokongan undi bukan Melayu yang nampaknya masih yakin dengan kepimpinan Tun Dr Mahathir yang dapat mengatasi krisis kewangan ekonomi Asia yang bermula pada 1997.
Keputusan pilihan raya Mac 2008 adalah kombinasi keputusan pilihan raya 1969 dan pilihan raya 1999. Undi Melayu berpecah kepada BN dan Pakatan Rakyat manakala majority sokongan pengundi bukan Melayu adalah kepada parti-parti pembangkang.
Kesimpulannya, perpaduan dan perpecahan Politik Melayu banyak bergantung kepada faktor kepimpinan. Jika pemimpin Melayu kuat maka akan kuatlah perpaduan Melayu. Sebaliknya jika lemah, maka akan lemahlah perpaduan itu.
Persoalannya sejauhmana kekuatan kepimpinan Dato Najib berbanding dengan Dato Seri Anwar Ibrahim. Golongan muda Melayu kelihatan mempertimbangkan ketokohan seseorang pemimpin daripada organisasi parti politik.
1 comments:
nak tgk hadi kena blasah nagn geng pembohong rakyat (PR) lawat
http://ohpolotik.blogspot.com
Post a Comment