RAMZI DAN SATU KERUSI RODA

Saturday, June 20, 2009


Oleh:Kedah Ku (Jelapang)

Kalaulah kita Ramzi Abdul Rahman, Ketua Umno Bahagian Kuala Krai, seharusnya kita rasa malu dengan majlis yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Kampung Sungai Sok di Manik Urai semalam. http://www.utusan.com.my/utusan

Di majlis tersebut Muhyiddin menghadiahkan sebuah kerusi roda kepada sepasang suami isteri di kampung tersebut.Menurut laporan Utusan Malaysia: "Sejak lima tahun lalu, Yusoff Awang, 76, sukar untuk membawa isterinya Rogayah Samad, 75, yang terlantar akibat lumpuh untuk ke hospital mendapatkan rawatan atau mengambil angin di luar rumah.
Dulu dia menggunakan basikal tuanya yang disediakan palang khas untuk membawa isterinya yang uzur kerana sakit tua keluar rumah, namun basikal itu sudah rosak.

"Selepas lima tahun?
Malangnya tiada langsung rasa segan dan silu pada Ramzi. Semalam Ramzi turut hadir untuk sama-sama bergambar dalam majlis menyampaikan kerusi roda tersebut.Inilah masalah ketua-ketua bahagian Umno. Semasa nak diadakan pilihanraya kecil baru lah kesana kemari menziarahi golongan rakyat yang marhaen.

Selama ini apa yang Ramzi lakukan?Tidak mampukah Ramzi yang juga bekas Setiausaha Politik Tun Abdullah Ahmad Badawi menyediakan peruntukan tahunan untuk membeli kerusi roda untuk mereka yang lumpuh?

Biarlah kita berterus-teras. Sebenarnya, pemimpin Umno di semua peringkat dari Puteri, Pemuda kepada yang tua-tua, semuanya asyik berlari ke sana sini mengejar projek.

Itulah lah sebabnya selepas lima tahun dan kebetulan Adun Manik Urai meninggal dunia baru lah Yusof Awang menerima sumbangan sebuah kerusi roda untuk membantu isteri beliau yang lumpuh ke sana sini.

7 comments:

cari June 20, 2009 at 2:47 AM  

saya setuju pendapat tuan berkenaan tabiat pemimpin politik umno yang cuma mengejar projek sahaja.bila nak praya,barulah kelam kabut masuk ke ceruk kampung dan estet mencari mangsa.dulu semasa praya kecil tempat saya(PRK Bukit Gantang)naik muak saya dengan beberapa pemimpin UMNO terutamanya Ketua Pergerakan w..... ( tak nak sebut nama takut kena saman )Umno Bahagian B gantang yang sanggup berjalan dari pagi ke petang bersalam dengan penduduk-penduduk kampung sekitar DUN Trong dan tidak lokek menitiskan air mata..kononnya dia tidak tahu adanya melayu yang sebagini daif tinggal di Parlimen berkenaan. PIRAAH..bagaimana beliau boleh tidak mengetahuinya sedangkan beliau orang tempatan situ..semuanya hanya lakonan hatta.perkara ini pasti berulang di manik urai..tengoklah nanti.

tapi saudara jika EN Ramzi tidak mampu atau tidak mengambil berat hal pengundi-pengundi(termasuk kerusi roda itu) nampaknya beliau memanglah bersalah.namun begitu tidakkah PAS lebih berdosa kerna setelah 19 tahun berkuasa di Kelantan telah meninggalkan tanggungjawabnya menjaga sekalian rakyat?mana lebih lama,5 tahun atau 19 tahun?

Unknown June 20, 2009 at 7:11 AM  

juga. harga kerusi roda buatan UK atau USA dalam lingkungan rm800 hingga rm1200. buatan local atau made in korea atau China harga sekitar rm480, takkan ramzi dan AJK BAHAGIAN lain yg dah banyak dapat projek tak mampu?

bachok,  June 20, 2009 at 9:58 AM  

ramzi dan AJK bahagian yang lain memang mampu tetapi tidak peka.pemimpin pas yang lain juga mampu kerana kelantan kaya dengan hasil balaknya..yb-yb dari pembangkang juga bertanggungjawab juga

Anonymous,  June 20, 2009 at 12:16 PM  

kerajaan negeri pas patut bertanggungjawab juga. manek urai kawasan pas. kenapa wakil rakyat pas tak lihat perkara ini. pelik juga. 2 kali 5 and 5 kali 2. tapi akhirnya dapat juga saudara islam kita ini kerusi roda. alhamdulillah.

Anonymous,  June 20, 2009 at 7:10 PM  

Ramzi memang salah,,, tapi pada saya mana pemimpin PAS? tak de duit? sepatutnya kalau rakyat tak mampu pemimpin PAS/UMNO kena puasa demi mengumpul wang untuk membantu rakyat dibawah naungan pemimpin ni, kalau perlu bergolok bergadai pun terpaksalah buat.... wahai pemimpin PAS/UMNO....mana NIK AZIZ?

pakcik June 20, 2009 at 7:56 PM  

YANG BERHORMAT DARI ORANG MELAYU DALAM UMNO, PAS, PKR DAN BEBAS BANYAK..TAPI KUALITI TADA.

RAKYAT MASIH TERCARI-CARI DIMANA YB MEREKA.

Generasi Pejuang Bangsa June 23, 2009 at 8:45 AM  

betul tu sdr ...semua ketua2 bahagian UMNO dok kejar projek2 shj .. bila pemimpin besar PM dan TPM turun baru la kalut p sambut ..

itu yg mereka nak sgt berebut jawatan ketua bahagian kerana projek boleh dapat dulu.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP