PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA BERKEMBANG KE SABAH.

Wednesday, June 24, 2009


Musli Hj Oli dilantik mengetuai PERKASA negeri Sabah
Oleh:Embo Koyoh

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) pertubuhan NGO yang bertujuan memperkukuhkan perpaduan Melayu dan kaum pribumi sebagai teras perpaduan dan keharmonian bangsa Malaysia serta kestabilan negara akan mengembangkan sayapnya ke Sabah pada bulan September depan.

Presiden PERKASA, Dato Ibrahim Ali telah melantik seorang aktivis dan penulis politik, Musli Haji Oli sebagai Ketua Penyelaras Penaja PERKASA Negeri Sabah. Beliau menerima surat tauliah perlantikannya di Ibu Pejabat PERKASA di Kuala Lumpur Rabu.

PERKASA Sabah dijangka akan dilancarkan selepas Hari Raya Puasa iaitu pada bulan September. Sesiapa rakyat bumiputera Sabah yang berminat menyertai pertubuhan PERKASA boleh terus menghubungi Musli Oli dengan menghubungi email muslihjoli@gmail.com atau hp: 0168050550.

7 comments:

SUARA RAKYAT June 24, 2009 at 8:18 PM  

salam.. borang tu cepatlah edarkan..kita-kita ni minat juga

Senjaliza June 24, 2009 at 11:43 PM  

tahniahlah. Saya sokonh adik Musli. Mesti proaktif tau.

Anonymous,  June 25, 2009 at 4:43 AM  

salam en musli.. tahniah atas pelantikan saudara.. Perkasa ne pun best juga.. "The Bumi's Power"...heheh..kalau di peninsula kena pggl "Malay Power".bagi saya la... hehe..

Unknown June 25, 2009 at 7:55 AM  

rakyat pribumi Sabah juga Melayu dalam konteks rumpun Melayu. Perkasa akan perjuangkan pribumi setaraf dengan bangsa Melayu. InsyAllah, kita berada dalam dunia Melayu yang berbahasa Melayu. Ugama itu hanya datang kemudian kerana sememangnya Melayu telah ujud sebelum Islam tiba ke Nusantara.

1BORNEO June 25, 2009 at 3:33 PM  

1.Perkasa akan perjuangkan pribumi setaraf dengan bangsa Melayu.

2.InsyAllah, kita berada dalam dunia Melayu yang berbahasa Melayu.

3.Ugama itu hanya datang kemudian kerana sememangnya Melayu telah ujud sebelum Islam tiba ke Nusantara.

4.Pragraf 1-3 bagi saya mengundang beberapa persoalan yang sdra musli perlu jelaskan secara detail KALAU sdra Musli ingin merealisasikan maksud pragraf 1.

5.Dengan menganalisis secra sepintas lalu keatas maksud pragraf 3, bagi persepsi saya seolah-olah sdra macam memerlekehkan fungsi agama yang telah menjayakan ketamddunan empayar melayu dalam sejarah perkembangan sosio-ekonomi dan politik di nusantara. Mohon betulkan persepsi saya keatas kenyataan sdra Musli seperti dipragraf 3.

6.Apakah mekanisme yang sesuai bagi fikiran sdra Musli untuk merealisasikan maksud pragraf 1.

7.Mohon huraikan maksud pragraf 2. Datuk Seri Najib ada menjelaskan mengenai isu seperti ini "If what I have seen during my recent visits to Sarawak are any indication, the 1Malaysia concept is not only well-supported by the Rakyat, it is a way of life. Sarawakians exemplify what I mean by ‘Unity Through Diversity’, as they collectively honour the cultures and celebrations of their assorted ethnic groups. NEXT akan menyusul sebaik saudara telah respond kepada antara aspirasi dan impian konsep 1BORNEO seperti yang saya mohon saudara Musli jelaskan.

Unknown June 25, 2009 at 7:57 PM  

salam saudara 1Borneo. Rakyat Sabah dan Sarawak dikategori sebagai bumiputera Sabah dan Sarawak, walhal semua bumiputera di kedua-dua negeri adalah bangsa Melayu. tetapi kerana definasi Melayu dalam perlembagaan mensyaratkan beragama Islam maka bumiputera bukan Islam tidak boleh dianggap Melayu. rujuk paparan DEFINASI MELAYU PERLU DITAKRIF SEMULA? www.muslioli.blogspot.com

Ajin b. Gagah June 25, 2009 at 11:24 PM  

Sdra,
Seada nya, tidak banyak beza nya di antara PERKASA dan USBO.
Kedua-dua persatuan dikendalikan oleh pemimpin dari golongan ' Melayu/Bumiputera Islam'.

Rasa nya, ahli-ahli kedua-dua persatuan tersebut pun nanti akan lahir dari kumpulan yang hampir-hampir sama juga.

So, untuk mengujudkan satu lagi USBO disini akan menambahkan lagi komplikasi yang sedia ada.

Kecuali Pemimpin-Pemimpin nya berbeza ( kerana pemimpin kelas satu PERKASA datang nya dari Semenanjung) , segala aktiviti dan perjuangan yang akan di jalankan nanti, hampir-hampir serupa.

Justru itu, tidak dapat di nafikan bahawa di Sabah, akan timbul nanti pergolakan dan 'confrontation' berbentuk 'competition ' di kalangan pemimpin-pemimpin dari kedua-dua persatuan. saperti kata saudara-saudari kita dari suku kaum 'Aramai Ti '

However, dalam dunia yang mengamalkan konsep demokrasi ini, siapa pun berhak untuk menubuhkan persatuan. Dengan syarat ia nya berlandaskan undang-undang dan perlembagaan. ya?

Salam dari saya;

Ahli Majlis Tertinggi USBO

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP