UMNO DAN PEMIMPIN POPULAR-SALLEH SAID KERUAK

Wednesday, June 17, 2009


Hari isnin, saya sempat bertemu dengan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Dato Salleh Said Keruak, di Likas. Seperti biasa, sejak menceburi politik hampir 30 tahun (bermula 1981) rumah beliau kerap dikunjungi rakyat dari seluruh pelusuk negeri.
Foto: Dato Seri Panglima Md Salleh Tun Said Keruak

Semasa menjadi KM Sabah (1995-1996) Dato Salleh bukan sahaja mengamalkan pejabat terbuka setiap hari Sabtu tetapi rumahnya juga sentiasa terbuka menerima rakyat di sebelah pagi dan petang untuk menemui beliau. Kerana itulah walaupun menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah tak sampai 18 bulan, Salleh Said tetap dikenang rakyat Sabah sebagai pemimpin yang prihatin.


Pada hari itu, kebanyakan yang hadir adalah dari kalangan Ketua UMNO Cawangan kerana kebetulan cawangan-cawangan UMNO Kota Belud yang di ketuai Dato Salleh baru selesai mengadakan mesyuarat.

“Saya harap semua yang berminat jadi pemimpin terutama ingin menjadi calon dalam pilihan raya akan datang, mulai sekarang mestilah mendekati rakyat, mendengar denyutan nadi rakyat. Soal jawatan dalam parti tidak seharusnya jadi syarat menjadi calon. Rakyat sekarang lebih kritikal seperti pililan raya lepas. Sebagai Ketua UMNO bahagian saya akan cadangkan siapa sahaja pemimpin yang popular di kalangan rakyat” Dato Salleh memulakan perbualan.

Saya tertarik dengan kata-kata beliau, selaras dengan slogan “Rakyat di dahulukan. Pencapaian diutamakan”. Apa yang penting kata Dato Salleh ialah calon yang dipilih disenangi grass roots dan kita menang pilihan raya umum.

3 comments:

SUARA RAKYAT June 17, 2009 at 11:24 PM  

Niat dihati tiada yang tahu. Hanya jauhari mengenal manikam.

Unknown June 18, 2009 at 9:42 PM  

saudara mrakunman maksud itu ialah hanya Johari yang kenal Maniam...tapi ah chong dia tak berapa kenal. bukan begitu saudara mrakunman?

matrasad June 18, 2009 at 9:54 PM  

Negara-negara maju mengekalkan kemajuan mereka kerana rakyat mereka tidak perlu menjadi pak turut dan mempunyai kebebasan untuk menghasilkan kepelbagaian idea dan berdebat secara terbuka.

Gara-gara golongan elit UMNO menyeru orang Melayu menjadi pak turut dan mematuhi segala idea dan aliran fikiran mereka, orang Melayu kini sudah menjadi golongan pak turut yang kurang ampuh menjana idea bernas kerana semuanya datang dari pihak atasan.

Saya tidak sabar menanti tahun 2050, apabila orang Melayu bakal menjadi lebih 70% daripada jumlah penduduk Malaysia.

Pada waktu itu, tiada lagi isu "kingmaker Cina" (sedangkan masyarakat Cina sendiri juga berpecah-belah, cuma ramai orang tidak sedar kerana kurangnya kefahaman tentang masyarakat tersebut).

Dan pada masa itu, golongan elit tidak boleh lagi memaksa bangsa Melayu menjadi pak turut atas nama "perpaduan kaum".

Dengan itu, bangsa Melayu akan bangkit semula apabila orang Melayu sekali lagi berfikir secara bebas dan menghasilkan kepelbagaian idea dan fikiran yang kreatif serta bernas tanpa ditakuti oleh segelintir elit yang mempergunakan isu "pecah-belah" untuk mengawal fikiran orang Melayu.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP