Alahai… kisah SMS macam mahu mendedahkan sesuatu
Saturday, May 9, 2009
MOHD ALI MOHD HAMDAN
BEBERAPA hari lalu saya menulis satu artikel bertajuk ‘SMS Ugut ADUN : Kerani swasta sudah dibebaskan, 10 ADUN macam mana sekarang?’ ekoran kerani swasta yang ditahan polis kerana kes SMS ugutan sudah dibebaskan kerana siasatan sudah selesai, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri.
BEBERAPA hari lalu saya menulis satu artikel bertajuk ‘SMS Ugut ADUN : Kerani swasta sudah dibebaskan, 10 ADUN macam mana sekarang?’ ekoran kerani swasta yang ditahan polis kerana kes SMS ugutan sudah dibebaskan kerana siasatan sudah selesai, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri.
Hari ini, selepas beberapa kali ada berita mengatakan polis menafikan ada mencari sesiapa dari kalangan orang kuat politik Terengganu, yang dikaitkan dengan Geng 10, Timbalan Ketua Polis Negeri Terengganu, SAC 11 Hamzah Mohd Jamil mengeluarkan kenyataan mengatakan polis sedang mencari bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ekoran SMS bernada ugutan tersebut.
Cerita SMS ugutan dan 10 ADUN yang lebih dikenali dengan gelaran Jembalang 10 ini sebenarnya sudah boleh disenyapkan begitu sahaja. Ini kerana, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang sudah pernah mengatakan;“Tidak ada apa-apa tindakan yang bakal dikenakan terhadap 10 ADUN ini dan masalah ini sudah selesai,” tetapi Jembalang 10 tidak pula terus menamatkan kisah memboikot siding DUN Terengganu 13 April 2009 lalu, sebaliknya mereka mengadakan majlis ceramah.
Tentunya majlis ceramah atau mereka mahu majlis itu dikenali sebagai majlis penerangan, mula-mula diadakan di Besut di mana bekas Menteri Besar, yang kini bekas Setiausaha Politiknya sedang diburu polis, telah tampil berucap dengan nada berapi-api menjadikan sasaran belasahnya ialah Menteri Besar sekarang, Datuk Ahmad Said.
Sekali imbas, jika sesiapa membaca tulisan terdahulu saya, saya menyentuh bahawa krisis atau kemelut politik di Terengganu ini ialah seperti ada satu usaha untuk merosakkan Umno dan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan bukan seperti yang digembar-gemburkan oleh salah seorang ADUN, Datuk Rosol Wahid (Ajil) mengenai kelemahan Menteri Besar.
Satu perkara yang orang ramai khususnya rakyat Terengganu kena fikir habis-habis ialah, kalau mahu dilihat situasi politik ini secara mendalam, jika ada pun kelemahan Datuk Ahmad Said ialah beliau tidak mempunyai masa ‘untuk mencipta sms dan menghantarnya kepada tiga ADUN ini’ hingga menyebabkan lahirnya Geng 10, di Terengganu.
Persoalannya, jika SMS bernada ugutan itu tidak diterima oleh tiga ADUN yang bernama Datuk Rosol Wahid, YB Zakaria Ariffin dan YB Abdul Halim Jusoh (bukan adik beradik dengan Datuk Seri Idris Jusoh), adakah 10 ADUN yang sudah semakin popular dengan gelaran Jembalang 10 akan menghadirkan diri ke siding DUN Terengganu tempohari?
Heboh seketika, malahan dalam dakwaan tiga ADUN BN ini iaitu Rosol (ADUN Ajil) sendiri, Zakaria Abdullah (Paka) dan Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) bertindak melaporkan kepada polis SMS ugutan yang diterimannya, kononnya dihantar oleh seorang pegawai di Pejabat Menteri Besar.
Ramailah ‘apek lempang’ di Kuala Terengganu membawa cerita, pegawai di pejabat MB yang mereka tuduh menghantar SMS itu sudah dipindahkan ke jabatan lain dan ada juga yang mengatakan, sudah digantung tugas.
Apa yang sepatutnya ketiga-tiga ADUN ini, Rosol, Zakaria dan Halim lakukaan, jika mereka datangnya dari sepsis ADUN yang cerdik dan bukan ‘cap ayam’, berfikir rasional dan tahu kesan-kesan yang akan timbul, mereka sepatutnya merujuk perkara SMS ini kepada Pejabat Menteri Besar semula, di mana SMS ini didakwa didatangkan.
Jika mereka tidak cukup keberanian untuk berhubung dengan Pejabat Menteri Besar untuk tujuan membuat rujukan, bos mereka selepas Menteri Besar ialah Speaker DUN, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, dijadikan tempat rujukan. Kalau Rosol malu nak pergi jumpa Datuk Tengku Putera Tengku Awang, hantarlah Zakaria dan Abdul Halim atau pilih mana-mana dari anggota Jembalang 10, yang bukan dari kalangan cap ayam untuk berjumpa dan merujuk kepada Datuk Tengku Putera, selaku Speaker DUN Terengganu.
Jika mereka merasakan Tengku Putera pun mereka tidak ‘boleh berurusan dan merujuk’ mereka bolehlah merujuk Ketua Whip DUN yang merupakan salah seorang Exco Kanan.
Kalau mereka bertiga (mungkin mudah mereka dikenali dengan nama Tiga Abdul) pun masih boleh merujuk perkara ini dengan Pejabat Timbalan Perdana Menteri atau Pejabat Perdana Menteri, jika mereka bertiga merasakan tiada siapa lagi orang di Terengganu yang boleh mereka jadikan tempat merujuk.
0 comments:
Post a Comment