Kalau Nizar faham erti demokrasi…
Tuesday, May 5, 2009
Oleh Zainal Yusof
PERDANA Menteri Nepal, Pranchanda atau Pushpa Kamal Dahal meletakkan jawatan selepas percubaan kerajaan Maois pimpinan beliau gagal memecat ketua tentera kerana dihalang oleh Presiden Ram Baran Yadav.
“Saya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri bagi memelihara demokrasi dan keamanan,” katanya dalam ucapan melalui televisyen ke seluruh negara, Ahad, 3 Mei lalu.
Berbeza dengan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang ‘tersingkir’ dari kerusi Menteri Besar Perak kerana kehilangan sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, masih mahu terus mengaku dirinya Menteri Besar, masih mahu kekal duduk di Kediaman Rasmi Menteri Besar dan enggan memulangkan semula kenderaan rasmi Menteri Besar, walaupun dia tentunya faham, dia bukan lagi Menteri Besar Perak.
Kalau dia masih Menteri Besar Perak, adakah dia masih mempengerusikan lagi mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak yang pernah dilakukannya sekali, selepas tersingkir dari kerusi Menteri Besar? Kalau dia sudah tidak berhak menjadi Menteri Besar lagi, kenapa dia masih enggan menyerahkan kenderaan rasmi Menteri Besar kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) seperti rakan-rakan Exconya, termasuk ‘bossnya’ Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming?
Kalau nak kata Mohamad Nizar tidak faham erti demokrasi, mana mungkin dia boleh bertanding dalam PRU 12 yang lalu dan menang kerusi DUN Pasir Panjang? Bertanding, berkempen dan menang itu adalah proses demokrasi. Proses itu perlu dijaga dan dihargai kerana proses inilah Mohamad Nizar akhirnya berjaya menjadi ADUN Pasir Panjang dan Menteri Besar Perak.
Malangnya, ketika Perdana Menteri Nepal sanggup meletakkan jawatan, dengan alasan mahu memelihara demokrasi dan keamanan, Mohamad Nizar dan kawan-kawannya, termasuk Mohamad Sabu yang tidak lagi dikehendaki sebagai calon ‘ayam tambatan’ dalam Pas, apabila namanya digugurkan dari dipilih dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, sanggup menghasut rakyat untuk menimbulkan suasana tegang.
Mohamad Nizar tahu dia bukan lagi Menteri Besar Perak. Mohamad Nizar faham, dia sudah tidak boleh lagi mengadakan mesyuarat Exco seperti ketika dia masih menjadi Menteri Besar. Mohamad Nizar sendiri mengisytiharkan dia hanyalah ADUN Pasir Panjang ketika mengisi borang pencalonan namanya ketika pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, 29 Mac lalu.
Namun, rakyat mahu terus dikelirukan. Kononnya, dialah Menteri Besar Perak yang halal manakala Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar haram. Dia tidak mahu memelihara demokrasi. Dia tidak mahu memelihara keamanan. Dia tidak mahu tunduk kepada ‘kebijaksaan Sultan’ yang cukup sedar dan penuh bertannggungjawab mengetahui dia (Mohamad Nizar) sudah kehilangan sokongan majoriti di DUN Perak.
Mohamad Nizar tidak sayangkan keamanan. Mohamad Sabu tidak cintakan keamanan. Kawan-kawannya yang pro Pas, PKR dan DAP memilih untuk berkabung seperti berkabungnya orang-orang Cina apabila berlaku kematian. Apabila mereka memakai baju hitam dengan niat berkabung, bermakna mereka berkabung atas kehilangan kuasa DAP (Cina) dan adakah orang Pas juga berkabung dengan memakai pakaian hitam kalau ada berlaku kematian keluarga?
Apabila mereka memilih untuk memakai pakaian hitam kerana berkabung, sahlah yang ‘mati’ kuasa Cina di Perak. Kuasa Cina itu ialah kuasa DAP. Kalau yang mati kuasa Melayu dan kuasa Pas, saya percaya orang Pas akan ‘sembahyang jenazah’ dan mana ada ajaran Islam menggalakkan kita berkabung dengan memakai pakaian hitam?
Saya tidak pula tahu apakah semenjak Nga Kor Ming sudah dibenarkan oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyebut sepotong ayat al-Quran, semua penyokong Pas dibenarkan berkabung seperti berkabungnya keluarga orang-orang Cina apabila berlaku kematian. Mungkin ulama tersohor seperti Tuan Guru Nik Aziz memang ‘ulama boleh’ kerana kebelakangan ini banyak benda yang dibolehkannya, walaupun, sebenarnya tidak boleh.
Berkabunglah mereka yang kononnya sedih dengan ‘kematian’ kuasa DAP di Perak. Maka, berbaju hitamlah Mohamad Sabu dan rakan-rakannya, termasuk mereka yang berjawatan tinggi dalam Pas. Tidaklah saya tahu sama ada Nik Aziz, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Husam Musa dan Datuk Seri Ustaz Azizan Razak juga akan turut berkabung pada 7 Mei, sempena persidangan DUN Perak yang akan dirasmikan Raja Muda Perak, Dr. Raja Nazrin.
Begitu sekali rupanya Pas mahukan kuasa. Diajak berkabung, mereka yang ada PhD dalam Pas pun berkabung. Mereka kata, pakai baju hitam, mereka yang lebih pandai membaca ayat Quran dari Nga Kor Ming pun memakai baju hitam. Bila ada orang bertanya, maka mereka akan menjawab, hitam, hijau, putih dan biru hanyalah warna. Nanti Nga Kor Ming akan bacakan ayat Quran yang menunjukkan Islam tidak ada apa-apa halangan kepada umatnya yang mahu menyarung baju berwarna hitam.
Begitu murah harga ayat-ayat suci al-Quran di mata mereka yang menjadikan agama sebagai alat parti politik mereka. Semoga Allah memberi mereka ini pertunjuk dan saya mengharapkan SS Datuk Seri Mufti Perak tidak berdiam diri dalam soal ‘berkabung ini’ kerana mereka sudah terlajak begitu jauh.
1 comments:
Salam tuan,
saya amat setuju dengan ulasan yang diberikan,dalam PAS,apa yang dapat kat orang lain dipanggil HARRAMU,tapi apa yang dapat kat depa dipanggil HALALUL.
Sebab tu bila boneka cina DAP tak lagi jadi MB Perak seperti yang rakyat semua tau,dek kerana kegilaan kuasa maka bukan saja bangsa yang nak digadaikan,Agama pun mereka cagarkan.
Dalam istilah hilang Jawatan MB,bolehlah diibaratkan yang nizar ni dibagi kahwin dengan perempuan kaya yang cantik apabila pasukan pakatannya menang sabung,maka berkahwinlah ia,tup tup tengah sedap-sedap memadu asmara,tak dan nak puas lagi dan tak dan nak dapat banyak lagi harta perempuan kaya tu,disuruh pula bercerai,mana tak hotnya dia,almaklumlah tak pernah dapat mengulit,dapat mengulit tiba-tiba tak bagi pula........kempunan tau.
Juak-juak yang diperintah turut DAP ni pula,biasalah jenis cucuk hidung bukannya tau apa-apa,yang depa tau orang lain semua tak betul,depa saja yang betul.
Post a Comment