PEDULIKANLAH NIZAR DENGAN KEGILAANNYA, RAKYAT PERLU DIUTAMAKAN

Saturday, May 23, 2009

'Track rekod baik yang Zambry tunjukkan dalam masa beliau masih tidak pasti apakah beliau dapat meneruskan tugasnya sebagai menteri besar terus menjalankan tugasnya sepertimana sebelumnya dan sedia menemui rakyat di mana saja'


Oleh ZAKARIA BIDIN

WALAUPUN ‘bekas menteri besar’ Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengesahkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir ialah menteri besar yang sah untuk meneruskan tugasnya, memang ramai telah menduga ia akan berlaku demikian.

Tetapi sebaliknya, jika Mahkamah Rayuan menolak rayuan Zambry semalam, Zambry akan akur dengan keputusan itu sepertimana yang telah beliau katakan sebelum ini. Beliau akan kembali menjadi ADUN Pangkor seperti sebelum beliau dilantik menteri besar oleh Sultan Perak.

Mohamad Nizar yang mewakili semua ADUN Pembangkang PAS dan DAP di Perak pastinya tidak boleh menerima keputusan itu jika tidak menyebelahi mereka dalam semua perkara. Tetapi sebelum ini ketika Mahkamah Tinggi memutuskan Mohamad Nizar, merekalah yang memuji-muji ketelusan institusi kehakiman.

Ketika meraikan kemenangan itu, Pakatan Pembangkang seakan-akan terus lupa daratan lantas bertindak memecat orang itu dan orang ini tanpa mengira pandangan orang ramai yang memerhatikan tindakannya itu begitu gelojoh dan rakus sekali.

Hanya tidak sampai pun 24 jam kemudiannya Nizar dikejutkan dengan apabila rayuan Zambry diterima di Mahkamah Rayuan dan Nizar terpaksa meninggalkan pejabat menteri besar yang baru didudukinya semula kerana sementara menunggu rayuan, Zambry dibenarkan dan berhak meneruskan tugas-tugas menteri besar sehingga rayuannya diputuskan.

Itu baru sehari Nizar berada di kerusi menteri besar. Kalau sepanjang tempoh menunggu rayuan itu Nizar yang meneruskan tugas menteri besar, kita semua boleh bayangkan berapa banyak lagi perkara tidak munasabah akan dilakukan. Beliau mungkin ‘mengganas’ dalam memberi tanah sebanyak mungkin kepada orang DAP terutamanya dan mengarah supaya geran-geran yang diluluskan itu dikeluarkan segera.

Mujurlah Zambry diamanahkan untuk meneruskan tugasnya sebagai menteri besar sementara Mahkamah Rayuan meneliti butir-butir rayuan Zambry yang dikatakan ada cacatnya ketika Mahkamah Tinggi membuat keputusan.

Tentunya di Mahkamah Rayuan, penelitian dilakukan dengan lebih terperinci yang meliputi semua aspek sebelum membuat keputusan yang boleh dikira cukup bermakna kepada satu penyelesaian terhadap kemelut politik di Negeri Perak yang berkaitan rapat dengan hak undang-undang tubuh negeri itu.

Dari saat ini, BN atau mana-mana badan sama ada dalam lingkungan BN atau bukan kerajaan tidak perlulah mengadakan apa-apa bentuk meraikan kemenangan Zambry kerana waktu yang terlepas selama tiga bulan yang mana dipercayai banyak masa telah terbuang untuk menyelesaikan masalah rakyat telah terganggu dan tersadai.

Cukuplah Zambry sendiri mengadakan doa selamat dan menerima tahniah dari pihak yang menyokong beliau. Sebarang bentuk riak atas kemenangan itu akan hanya menyakitkan lagi hati kumpulan Nizar. Biarlah dia membuat rayuan demi rayuan kerana itu juga haknya yang tidak akan berpuas hati dengan apa yang berlaku tanpa menyedari sokongannya yang sahih di DUN pun tidak lagi berjumlah majoriti.

Track rekod baik yang Zambry tunjukkan dalam masa beliau masih tidak pasti apakah beliau dapat meneruskan tugasnya sebagai menteri besar terus menjalankan tugasnya sepertimana sebelumnya dan sedia menemui rakyat di mana saja.

Sikap itu tidak mungkin boleh dilakukan Nizar kalau beliau yang ‘memangku’ jawatan itu kerana beliau sentiasa dihurung oleh mereka yang mempunyai kepentingan terselindung untuk menguasai kuasa Nizar hingga Nizar kelihatan seperti orang lupa diri dalam membuat keputusan besar sebelum ini seperti meluluskan hak milik tanah hingga 999 tahun dan sanggup menganjurkan sidang DUN bawah pokok umpamanya.

Keghairahan Nizar amat ketara sekali gelojohnya dan juga tidak syak juga telah menyebabkan sidang DUN lalu bertukar menjadi medan hamukan pembangkang sepertimana yang begitu ramai rakyat dapat menontonnya dalam rakaman dalam youtube dan dalam bentuk VCD yang tersebar luas.

Inilah masanya rakyat boleh membuat penilaian semula dalam tempoh tiga tahun yang mana sekali lagi mereka berpeluang membuat pilihan yang lebih berhati-hati.

4 comments:

slyderrose May 22, 2009 at 7:20 PM  

Bukan Nizar tapi rakyat dinafikan MB mereka sebenar. MB yg ada ini hanya MB rampasan kuasa melalui katak2

slyderrose May 22, 2009 at 7:23 PM  

katak yg kununnya ada kes rasuah dan korup. Dan bagi umno korupsi tak ada masaalah asalkan sokong mereka. Apa pun rakyat tengah memerhatikan apakan kesudahan kes rasuah 2 ADUN bebas itu?. Apa pun seperti biasa kesudahannya bolih diagak.

Budak Parit May 22, 2009 at 8:12 PM  

Hello;
Let's call a spade, a spade. Issu Perak bukan pasal issu gila kuasa. Tapi issu mempertahankan hak. Dalam Islam, ada dua pilihan, yang hak dan yang batil. Mempertahankan hak adalah wajib! Kalau mati pun mati shahid! Orang yang tidak memperhankan hak adalah termasuk golongan ynag dayus! Jadi kesimpulannya, Nizar mempertahankan hak, mempertahankan perlembagaan, jadi dia ni adalah intan dalam 20++ juta dalam Malaysia. Nizar adalah seorang yang bukan dayus! Yang dayus adalah UMNO, yang pengecut adalah Zamry. Jangan berselindung disebalik orang kotor yang ada rekod rasuah (ex PKR ADUN). Ayuh bubarkan Adun, adakan pilihanraya. Ini akan dapat membersihkan "kedayusan" UMNO dan Zamry. Apa yang Zamry takut, kata orang Melayu dah kembali kepada UMNO?

Junaidi Blog May 23, 2009 at 3:21 AM  

TQ atas komen ... secara sefesifik kita mungkin tidak dapat menaka .. akan tetapi perkara ini terlalau lumrah dalam sepak terajang poletik percayalah saudara musli ... Yanh kalah sama seperti buah durian gugur membawa daun bergolek .... sampai kebawah ini yang kita takutkan ...

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP