Titah Sultan Nizar ingkar, Nizar pecat SS walaupun bukan kuasanya
Wednesday, May 13, 2009
Oleh AHMAD HJ ISHAK
DUA cerita di Perak sekarang. Cerita pertama, Nizar menang kes di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) dan kembali menjadi Menteri Besar (MB) dan kemudiannya, Datuk Seri Dr. Zambry menang pula dalam permohonan di Mahkamah Rayuan dan kekal menjadi MB sehingga satu keputusan lain dibuat.
Cerita kedua, Nizar tidak sabar-sabar untuk memecat (baca: menggantung) Setiausaha Kerajaan Negeri (SS), Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim dan Penasihat Undang-Undang, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, tetapi dibantah Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan dengan mengatakan Nizar sebenarnya tiada kuasa untuk menggantung tugas kedua-dua pegawai kerajaan negeri itu.
Sukalah penulis menarik perhatian penulis Che Ismail Che Yaacob lewat tulisannya dalam blog ini (http://bypass308.blogspot.com/) yang bersorak gembira dengan tindakan Nizar memecat Dr. Abdul Rahman dan Ahmad Kamal, namun dalam masa yang sama, penulis itu, tidak mahu ingat bagaimana Nizar pernah ingkar dan memilih sembah derhaka atas titah Paduka Seri Sultan Perak, apabila Baginda mendapati Pakatan Pembangkang sudah kehilangan majoriti apabila berlaku tiga ADUN meninggalkan parti masing-masing dan mengisytiharkan diri sebagai ADUN Bebas.
Amatlah malang bagi rakyat Negeri Perak (kecuali Che Ismail Che Yaacob – jika dia salah seorang rakyat Negeri Perak) jika mereka mempunyai seorang Menteri Besar seperti Nizar, serta merta nak menunjukkan kuasa apabila mendapat kuasa, seperti ada persamaan dengan bekas Speaker, V. Sivakumar yang dua kali memecat (baca: menggantung) tugas Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak, Abdullah Atong Sabri, kerana mahu menunjukkan dia berkuasa.
Kalaulah SS itu ialah Datuk Ngeh Koo Ham, beranikah Nizar memecatnya? Tentulah tidak ada cukup keberanian Nizar mahu memecat Ngeh. Bukan kerana Ngeh betul, Nizar tidak berani bertindak ke atasnya tetapi Ngeh sebenarnya ‘boss’ kepada Nizar dan ‘big boss’ kepada penulis blog, Che Ismail Che Yaacob.
Rakyat negeri Perak kena membuka mata, seluas-luasnya bagaimana Nizar dari Pas bila mendapat kuasa. Belum sempat panas kerusi Menteri Besar, sudah mahu memecat pegawai. Apakah Ngeh yang suruh? Tentulah jawapannya tidak kerana tidak terdengar pun suara Ngeh berkata begitu. Kecualilah kalau Ngeh dan Nga Kor Ming membisikkan sesuatu ke telinga Nizar (ketiga-tiga mereka Nizar, Nga dan Ngeh adalah 3N) untuk bertindak ke atas Dr. Abdul Rahman dan Ahmad Kamal.
Cerita bomoh seperti yang dituduh ADUN pembangkang terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry sudah semakin dilupakan. Barangkali selepas ini penulis Che Ismail Che Yaacob bolehlah menulis selepas menyiasat siapakah orangnya yang membawa bomoh masuk di DUN Perak dan menjampi kerusi Speaker.
Jawatan Menteri Besar Perak, adalah perlantikan Sultan Perak. Nizar tentunya tahu hal ini. Ngeh dan Nga juga tentunya tahu. Jadi apabila mereka dan kawan-kawan mereka memilih untuk ‘sembah derhaka’ ia akan menyukarkan untuk bekerjasama di masa-masa mendatang.
Alangkah malang, majlis perasmian DUN Perak boleh tertangguh angkara mereka yang tidak ada rasa hormat terhadap Raja Muda Perak yang mahu menyampaikan titah bagi merasmikan Persidangan DUN 7 Mei 2009 yang lalu.
Alangkah malang, majlis perasmian DUN Perak boleh tertangguh angkara mereka yang tidak ada rasa hormat terhadap Raja Muda Perak yang mahu menyampaikan titah bagi merasmikan Persidangan DUN 7 Mei 2009 yang lalu.
Nasib baik Ngeh dan Nizar ‘dititah secara dibisikkan kepada mereka’ oleh Raja Muda supaya tidak meneruskan adegan sarkas di DUN Perak ketika Raja Muda mahu menyampaikan titah perasmian.
Bagaimanalah agaknya kalau mereka kalah di mahkamah, tentulah mereka akan mendakwa mahkamah sudah dipengaruhi BN dan kalau mereka menang, mereka akan berkata, inilah keputusan yang adil kerana kebenaran yang mereka cari sudah mereka dapat semula.
Pas, DAP dan PKR sebenarnya adalah parti yang pakar dalam membuat persepsi. Mereka akan jadikan semua hal sebagai persepsi. Mereka berceramah dengan macam-macam persepsi. Mereka menulis dengan pelbagai persepsi.
Jika polis menahan orang-orang mereka, itu namanya culik. Jika BN menahan orang BN, mereka akan jatuhkan hukuman terlebih dahulu sebelum pendakwaan dan perbicaraan. Mereka bukan sahaja berjaya mengelirukan pemikiran rakyat, malahan, khabarnya ada di kalangan hakim-hakim di Malaysia sudah jelas kelihatan seperti tidak nampak apa-apa kecuali ‘mahu menghukum’ BN.
Tidak hairanlah, jika ada orang Pas ditangkap dengan isteri orang dalam bilik hotel, hukumnya ‘halal’ tetapi memfitnah orang Umno terlibat dengan budak perempuan di bawah umur, dianggap tidak berdosa kerana, Nga sudah dibenarkan menyebut sepotong ayat al-Quran oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Tidak salah jika ada wakil rakyat berbogel dan gambarnya tersebar meluas asalkan dia adalah ahli PKR kerana ‘halal’ berbogel di rumah tetapi dengan syarat mereka orang PKR dan menyokong DAP dan Pas. Jangan terkejut, Wanita PKR dan Pas akan memeluk erat mereka yang mempertahankan ‘prinsip separuh bogel’.
6 comments:
Tulisan beruk lagi bgs....menghasut saja,baik masuk kandang babi
Polis angkat SPEAKER siapa yang suruh?Kerajaan babi kah yang suruh atau Menteri Besar kepala babi yang suruh
Penulis orang sabah baik jgn campur......bodoh.dulu Bn pakai undi hantu masih ingat kah?buat ic palsu masih ingatkah?kalau mau jadi calon pun jgn lah mengampu mcm ni....penulis bodoh.
bro, jangan patah semangat dengan peragai org2 pembngkang ni.. dorang bab bab maki hamun ni memang terer, sebab dorang berfikir mengunakan hati.. kita berfikir mengunakan otak.. so, jangan layan dorang ni.. diaorang ni kecoh! apa apa hal semuanyer nak buat kecoh.. nak buat rusuhan.. nak maki hamun.. sebab otak dorang dah dimanupulasikan oleh anjing besar. so dorang yang berfikir mengunakan hati mudahla terpegaruh!.. sebab tu kita boleh tengok dorang menderhaka dengan sultan sendiri.. kalau dulu hang tuah sanggup mengadaikan nywa demi raja.. tapi sekarang tengok je la.. dorang bersorak gembira menderhaka raja! fikirkanla mengunakan otak, siapa anjing? siapa babi? siapa penulis bodoh?
tuan,
teruskan usaha anda untuk memberitahu perkara yg benar..pihak pembangkang sekarang tengah panas xsedap duduk. para penyokong pr masih membutakan hati. mereka tidak nampak kah apa yang dap buat bila nizar mjadi mb 21jam mereka mahukan tanah 999 diluluskan dgn segera. gelojoh betul mereka mmg komunis..pas hanya gila kuasa manakala dap gila tanah!!
c.c. gan:
tulisan beruk mana yang dimaksudkan?..
menghasut?..
rasanya penulisan pembangkang lebih banyak unsur hasutan dan fitnah..
baik suruh org sendiri masuk kandang babi dari tgk salah org lain..
polis heret sebab speaker besar kepala mcm babi xnak bangun dari kerusi bila disuruh baik2..
rasanya org bodoh ni xreti menulis dan mengupas dgn baik..
mungkin diri sendiri yang bodoh sbb tak tahu menilai siapa yang bodoh..
http://bejahnz.blogspot.com
Post a Comment